Friday, August 31, 2018

Subuh berdarah di Kuala Krau

Balai Polis Kuala Krau, di sini, mungkin kelihatan sama seperti balai polis yang lain, namun apabila disingkap kembali sejarah 69 tahun lalu, ia sebenarnya menyimpan satu kisah tragik yang tidak diketahui ramai.

Balai itu pernah diserang hendap komunis pada awal pagi 11 September 1949 dan drama tembak-menembak sama seperti apa yang berlaku ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Johor, itu mengorbankan seorang anggota polis.

Lebih menyedihkan, anggota polis yang dikenali dengan nama Hamzah itu sedang menghitung hari untuk bergelar raja sehari dan merancang untuk pulang ke kampung halamannya di Kuala Krai, Kelantan, sehari sebelum kematiannya.

Thursday, August 30, 2018

PJ PAS Pahang sertai misi menyelamat mangsa hilang

Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar hari ini tidak ketinggalan menyertai pasukan penyelamat dalam operasi mencari mangsa hilang di laut di Kuantan.

Mangsa yang hilang ialah Muhammad Riduan, 22 tahun, dari Kampung Kempadang, di sini pada Selasa lalu yang juga dikatakan seorang nelayan.

Turut bersama Ustaz Rosli ialah Pengerusi Assabiqun Pahang Ustaz Ismail Mohamed yang lebih dikenali sebagai Ayah Ngah.

Adun Jengka rayu ringankan beban peneroka

Tidak salah dikatakan bahawa ghairahnya rakyat menukar kerajaan yang baharu pada PRU 14 lalu ialah ingin melihat negara ini berubah kepada yang lebih baik.

Tanpa menafikan betapa sengsaranya sesetengah rakyat di bawah kepimpinan terdahulu, justeru mereka harapkan PH yang muncul dengan janji yang muluk-muluk, sudah tentulah boleh merubah sedikit sebanyak kehidupan mereka.

Antara komuniti yang terasa mahukan angin perubahan ialah warga warga peneroka Felda. Setelah melampaui setengah abad sepatutnya kehidupan mereka lebih gemilang dan terjamin.

Wednesday, August 29, 2018

Adun PAS tidak setuju projek ECRL dibatalkan

Projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link - ECRL) yang sedang menjadi ‘perang mulut’ antara BN dan kerajaan baharu PH terus menjadi perhatian umum.

Mengikut perjanjian dan persetujuan kerajaan terdahulu, ia dilaksanakan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd akan melibatkan kos kira-kira RM55 bilion  namun Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin berkata ia boleh mencecah RM66 bilion atau lebih tinggi jika ditambah fasa kedua projek mega tersebut.

Monday, August 27, 2018

Selamat hari lahir murabbi kami

“Kita semua ni dah kena kencing”, kata peneroka Jengka 19 di Pahangfm

Agak menarik juga petang semalam apabila mendengar seorang peneroka dari Jengka 19 yang membahasakan dirinya sebagai “Abang Nazri”, secara live dalam rancangan Apa Kabo Weh di Pahangfm selamba mengatakan rakyat kini telah dikencing oleh kerajaan baharu (PH) yang memerintah pada ketika ini.

Beliau merujuk kepada harga semasa sawit dan  getah yang murah serta harga minyak yang tidak turun ketika ini juga permasalahan-permasalahan peneroka yang tidak diselesaikan.

“Apa boleh buat kita dah tersalah.... kita semua ni dah kena kencing,” katanya dalam nada kecewa. Sipemanggil itu juga mengaitkan kemungkinan Brim yang diterima rakyat memerlukan sejak dahulu, bakal dimansuhkan.

Rancangan tersebut adalah berbentuk interaktif di mana pendengar boleh membuat panggilan untuk meluahkan pendapat dalam loghat bahasa Pahang.

Operasi orang hilang di Taman Negara: Tahniah Amal

SEKALUNG TAHNIAH DARI PAS PAHANG BUAT JABATAN AMAL PAHANG.

Sekalung tahniah buat Jabatan Amal Pahang/Jabatan Amal Kuantan kerana terlibat dalam misi penyelamat mencari mangsa hilang di hutan taman negara, Alhamdulillah mangsa telah dijumpai oleh pasukan penyelamat.

Sebelum ini anggota Amal sering terlibat didalam pelbagai bentuk kerja kebajikan dan misi penyelamat seperti gotong royong, bantuan banjir dan misi penyelamat mangsa lemas, ini adalah kali pertama terlibat dalam misi penyelamat mencari mangsa hilang di dalam hutan.

Sunday, August 26, 2018

Tanpa kuasa pun PAS mampu laksana tanggungjawab

Meskipun belum berkuasa PAS telah menunjukkan komitmen ciri-ciri pentadbir yang baik apabila berjaya melaksanakan tugas majlis perbandaran.

Ia berikutan tindakan pantas Unit Amal PAS dari Jabatan Amal PAS Selangor apabila bertindak turun padang melakukan kerja pembersihan sampah terbiar di kawasan perumahan PPR 2 Lembah Subang hari ini.

Sekali gus, penyelesaian ini membuatkan penghuni-penghuni rumah flat di situ mampu menarik nafas lega apabila masalah bau busuk yang dialami mereka sejak awal bulan ini.

Saturday, August 25, 2018

Harga PAS bukan 90 juta

Takde Orang Berjuang Dalam Pas Kerana Nak Duit, Kalau Ada Pun Tak Lama Akan Duduk Dalam Pas, Lambat Laun Akan Lari Juga Tinggalkan Pas Sebab Yang Ditunggu Tak Kunjung Tiba.

Dalam Pas Ada Orang Kaya Dan Ada Orang Miskin, Orang Yang Kaya Biasanya Masuk Pas Setelah Dia Kaya, Bukan Dia Kaya Kerana Dapat Keuntungan Dari Pas, Malahan Harta Kekayaannya Dihabiskan Untuk Perjuangan Pas.

Orang Miskin Pun Begitu, Bukan Dia Miskin Setelah Masuk Pas, Biasanya Memang Dia Dah Sedia Miskin, Namun Walaupun Dia Tahu Masuk Pas Tak Jadi Kaya, Namun Dia Tetap Juga Berjuang Dan Berkorban Apa Yang Mampu Bersama Pas Kerana Dalam Pas Banyak Peluang Untuk Menabung Bagi Merebut Kekayaan Akhirat.

Wednesday, August 22, 2018

Salam Eiduladha dari PAS Pahang

PERUTUSAN AIDIL ADHA PAS PAHANG.

Assalamulaikum.

Segala puji bagi Allah, Rabb Sekelian Alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarganya dan Rahmat buat sekelian mereka yang beriman dan beramal Soleh.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Umat Islam walau dimanapun mereka berada, disamping kita menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibahim as, Nabi Ismail as serta isterinya Siti Hajar.

Bagaimana pengorbanan yang mereka tunjukan kerana kepatuhan kepada Allah swt adalah sebagai satu contoh yang wajib diikuti oleh seluruh umat Islam yang ingin mencapai darjat ketaqwaan disisi Allaw swt.

Tuesday, August 21, 2018

BAHAGIAN 1: Istimewanya ‘Orang Tua ini’

Saya sering melihat beliau mundar-mandir di bandar Temerloh sejak dahulu. Orangnya amat peramah, suka menyapa sesiapa sahaja dan tidak kedekut membelanja makan minum orang ramai. Itu peribadinya.

Saya tidak pedulikan beliau sangat pada mula-mula dahulu, sehinggalah ada orang memberitahu beliau mahir membicarakan sejarah, iaitu subjek yang saya amat minati.

Lagi ribut melanda di Jerantut

Adun Tahan Ustaz Zakhwan Ahmad Badardin pantas menunaikan tugasannya dengan menyampaikan sumbangan awal kepada penghuni empat buah rumah di Kampung Tanjong Betong, Jerantut yang dilanda ribut kira-kira waktu Maghrib semalam.

Angin deras dan keras itu mengakibatkan atap-atap diterbangkan angin termasuk juga berlaku kerosakan kepada Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjong Betong.

Sunday, August 19, 2018

Buaya mengganas di Sungai Belat, pemancing nyaris maut

KUANTAN:  Seorang lelaki nyaris maut ketika cuba menyelamatkan diri selepas diserang seekor buaya di sungai Kampung Kurnia, Batu 3 di sini, Jumaat lalu.

Kejadian pada pukul 4 pagi itu menyebabkan mangsa, Hamid Mohd. Ismail, 42, yang menetap di Rumah Kedai, Kuala Pahang, Pekan dekat sini cedera di kepala akibat digigit buaya berkenaan.

Bekas staf Paip berisiko buta akibat diabetis

Seorang bekas kakitangan Perbadanan Air Pahang (Paip) menghadapi kemungkinan buta mata akibat penyakit kencing manis kronik yang dideritainya.

Bukhairi Omar, 40-an dari Kampung Paya Luas, Temerloh pada tahun lalu telah kehilangan sebelah kaki dipotong akibat dari penyakit yang sama.

Beliau sebelum ini dirujuk ke Hospital Ahmad Shah kerana masalah mata yang semakin kabur akibat masalah saraf.

Beliau kemudiannya dicadang melakukan pembedahan di klinik pakar mata Pusrawi, Kuala Lumpur.

Friday, August 17, 2018

Kedai serbaneka jual arak di kawasan Melayu

Sebuah kedai serbaneka yang dikatakan baru dibuka di Taman Temerloh Jaya, Temerloh didapati menjual arak kepada umum.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh penduduk yang turut mempamerkan minuman tersebut yang disusun atas rak bersama barangan lain, di kedai hujung yang sebaris dengan 7E.

Bagi penduduk, tindakan tersebut sudah tentu menyalahi Islam kerana hukumnya sudah jelas. Minum (arak) haram, (mereka) yang menjual (arak) haram, yang membungkus botol (arak) haram, yang mengangkut kotaknya haram.

Tambahan Taman Temerloh Jaya merupakan kawasan perumahan terbesar berhampiran bandar Temerloh dan lebih 95 peratus merupakan penghuni Melayu dan Islam.

Atap tercabut akibat ribut di Batu 13 Chenor

Ribut kencang yang melanda daerah Maran lewat petang semalam telah menerbangkan atap serta kerosakan kepada tiga buah rumah terdiri daripada dua buah kedai dan sebuah pondok menjaga tanaman di Kampung Jengka Batu 13 di sini.

Mangsa yang terlibat ialah Muhamad Nasir Zakaria, Md Bakhri Osman dan Rohani Idris serta keluarga masing-masing.

Thursday, August 16, 2018

PAS tawarkan calon terbaik di Seri Setia

Persoalan siapakah calon PAS yang akan berentap satu lawan satu menentang PH dalam PRK Seri Setia terjawab semalam apabila Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisytiharkan beliau adalah Dr. Hajah Halimah Ali.

Bekas Exco Kerajaan Selangor ini tidak perlu diperkenalkan lagi baik dari segi personaliti, latar belakang pendidikan mahupun pengalamannya.

Sementara Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, PRK Seri Setia ini menandakan titik perubahan bakal bermula.

Wednesday, August 15, 2018

Kemarau punca bekalan air terganggu di Kuantan


Kemarau berlarutan yang melanda seluruh Pahang ketika ini  menyebabkan penduduk menghadapi gangguan bekalan air khususnya di Kuantan di mana dilaporkan 80,000 pemegang akaun terjejas, berpunca daripada penurunan mendadak paras air di dua loji utama ekoran musim kemarau..

Ini akibat air sungai makin kering sehingga banyak tempat yang terjejas. Takungan air semakin berkurangan dan penduduk mengadu air paip yang dicatu kadang-kadang ada terasa payau, kemungkinan sudah bercampur air laut yang pasang.

LGBT satu kesalahan jenayah, bukan pengiktirafan

Sejak pertemuan Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof dengan pejuang LGBT (lesbian, gay, bisexual, and transgender) Nisha (sebenarnya seorang lelaki tetapi menyerupakan dirinya sebagai wanita) yang diakhiri dengan berjabat tangan, sudah banyak pendapat dan ulasan yang disuarakan.

Sudah tentulah ada pandangan pro dan kontranya. Ada yang menyokong dan ada yang membantahnya.

Tuesday, August 14, 2018

PASTI Mujtahid Jengka 14 ketiga terbaik seluruh negara

PASTI Mujtahid Jengka 14 bukan sebarang pusat pendidikan awal kanak-kanak. Tidak jauh dari Bandar Tun Razak Jengka, pada tahun 2016 telah dianugerahkan oleh PASTI negeri Pahang sebagai PASTI terbaik peringkat negeri. Malah pada tahun yang sama juga telah mendapat anugerah PASTI ketiga terbaik peringkat kebangsaan.

Pada ketika ini PASTI Mujtahid beroperasi pada sesi pagi dan bertindah sebagai SRITI pada sesi sebelah petang. Insyaallah ia bergerak kehadapan selangkah lagi, pada tahun hadapan akan membuka kelas hafazan al Quran sepenuh masa, berasrama dengan pengambilan pelajar seramai 10 orang sahaja peringkat permulaan.

Monday, August 13, 2018

‘Di bawah cahaya bulan’

Oleh ROSLI ABDUL JABAR

PAS telah menelusuri perjuangan yang panjang bersama agenda Islam di tengah kepesatan pembangunan jiwa insan yang terbina dengan sistem pendidikan sekular dan juga pembentukan biah (persekitaran) acuan pemimpin yang bermazhabkan sistem penjajah.

PAS melalui jalan yang sangat sukar dan kadangkala begitu getir dengan tindakan dan serangan pembencinya, kecaman, tuduhan, fitnah malahan sehingga meragut nyawa. Di tanah perkuburan Kampung Parit Panjang, Kedah telah bersemadi kujuran 14 tubuh insan yang menjadi antara bukti begitu sadisnya perjalanan perjuangan PAS.

Thursday, August 9, 2018

NDI, IRI semakin subur, IKSIM, JAKIM bakal terkubur

Seorang penulis Alang Ibnu Shukrimun meramalkan dua agensi hal ehwal Islam Kerajaan Persekutuan iaitu Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terkubur. Ini berikutan serangan demi serangan telah dihalakan kepada agensi tersebut termasuk oleh pihak kerajaan kerajaan sendiri.

Ini menandakan sesuatu akan berlaku sekurang-kurangnya akan distruktur semula.

Ribut kuat landa Ulu Pahang, 20 rumah rosak teruk

Tiada sesiapa yang meminta, tetapi itulah ujian Allah kepada kita hamba-hambanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam kelmarin, hampir 20 buah rumah terjejas teruk akibat dilanda ribut  di Felda Sungai Retang. Kampung Lada dan di Taman Ria.

Di antaranya ada yang tercabut bumbung dan rugi kemusnahan dianggarkan mencecah RM100,000 keseluruhannya.

Wednesday, August 8, 2018

Pertanian adalah sumber kewangan, kata Adun Chenor

Pertanian merupakan kerjaya yang boleh menjana sumber kewangan jika diusahakan dengan betul dan gigih. Demikian kata Adun  Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri program "menugal jagung“ santai-santai bersama penduduk di tapak kebun jagung di Kampung Charuk Tualang.

Tanaman jagung tersebut telah diusahakan secara komersil sejak 2014 lagi ia membabitkan keluasan tanah sekitar 30 ekar di bawah seliaan Jabatan Pertanian Daerah Maran.

Menang dengan ‘bantuan agen Amerika’?

Tajuk di atas mungkin terlalu keras bunyinya, namun itulah reaksi rakyat di peringkat bawahan berkaitan isu dakwaan International Republican Institute (IRI) yang heboh pada ketika ini.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kenyataan IRI dalam satu forum yang mendakwa badan tersebut telah mengukuhkan parti-parti pembangkang di Malaysia sejak tahun 2002 lagi.

IRI diasaskan sebagai salah satu daripada empat pertubuhan prodemokrasi yang disalur dana oleh National Endowment Democracy (NED) milik kongres Amerika Syarikat.

Tuesday, August 7, 2018

Paip rugi tiga tahun berturut-turut

KUANTAN: Kedudukan kewangan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) disifatkan sebagai kurang stabil apabila mencatatkan kerugian sebelum cukai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut mulai 2015.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 yang dikeluarkan hari ini, menyatakan Paip mencatat kerugian RM114.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015, RM108.22 juta (31 Mac 2016) dan RM103 juta (31 Mac 2017).

Selain itu, pengurusan bekalan air oleh syarikat yang ditubuhkan pada 6 Februari 2008 juga didapati dilakukan dengan kurang cekap manakala amalan tadbir urusnya juga disifatkan sebagai kurang memuaskan.

"Pengurusan bekalan air telah diuruskan dengan kurang cekap yang mana prestasi Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) tidak mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

"Pengurusan pengebilan air telah diuruskan dengan kurang cekap yang mana tunggakan hasil air bagi kategori rumah tangga dan perdagangan meningkat setiap tahun. Amalan tadbir urus Paip kurang memuaskan kerana tiada prosedur operasi standard (SOP) disediakan dengan lengkap," kata laporan itu.

Sementara itu, Paip menerusi maklum balas pada 27 Februari lalu, menyatakan prestasi kewangan yang tidak stabil itu adalah ekoran tarif air yang rendah menyebabkan jualan air tidak dapat menampung kos operasi dan pentadbirannya.

"Bagi kos operasi dan pentadbiran pula, tidak termasuk bil Tenaga Nasional Berhad (TNB), peningkatan kos yang ketara adalah pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015, disebabkan peningkatan kos bahan mentah oleh pembekal.

"Kos bil TNB pula menunjukkan peningkatan ketara pada tahun berakhir 31 Mac 2015 iaitu 19.7 peratus disebabkan peningkatan tarif elektrik. Kos bil TNB ini termasuk dengan denda surcaj lewat bayar," katanya.

Paip menambah walaupun mengalami kerugian tiga tahun berturut-turut, mereka masih mampu menampung kos operasi dan pentadbiran tidak termasuk bil TNB melalui kutipan hasil jualan air dan bantuan modal daripada kerajaan negeri.

Mengulas  cadangan meningkatkan tarif air, Paip berkata pihaknya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memohon kenaikan itu pada 2015, namun ia ditangguhkan oleh kerajaan negeri.

"Paip telah menubuhkan Jawatankuasa Kajian Tarif pada peringkat lembaga pengarah dan telah bersidang pada 2016, yang mana cadangan pelarasan tarif air dikemukakan sekali lagi kepada kerajaan negeri serta sedang menunggu keputusan muktamad mereka," katanya. - Bernama

Saturday, August 4, 2018

Adun PAS sambut baik keputusan penurunan kuasa urusan tanah

Akhirnya masalah pemilikan tanah yang menjadi ‘duri dalam daging’ kepada rakyat negeri ini yang dikekang dengan pelbagai akta dan birokrasi, dapat diselesaikan dengan pengumuman Menteri Besar Pahang yang menurunkan kuasa pihak berkuasa negeri (PBN) kepada Pentadbir Tanah dan Pendaftar Daerah, berkuat kuasa serta-merta.

Perkembangan baharu ini sekali gus disambut rakyat dengan menarik nafas lega.

Isu ini juga pernah dibangkitkan oleh Adun PAS Beserah Andansura Rabu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.


Thursday, August 2, 2018

Mufti Pahang sokong penuh cuti Jumaat, Sabtu

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, menyokong penuh cadangan mengubah cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu di negeri ini berikutan ada banyak fadilat untuk umat Islam beribadah.

Jika dilaksanakan, beliau berkata, kaum Muslimin dapat hadir awal ke masjid pada waktu Jumaat dan fokus beribadah tanpa memikirkan urusan duniawi seperti perlu menyelesaikan pekerjaan.

Wednesday, August 1, 2018

Perkasakan tahfiz bukan UEC

Pengasas dan juga Pengerusi Pusat Tahfiz Darul Abrar, Ustaz Roslan Md Esa berkata, tindakan PH mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) walaupun bertentangan dengan Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan menimbulkan kemusykilan.

Dalam kenyataan medianya, beliau yang juga Pengerusi Generasi Kedua Felda (GENERASI) berkata, pihaknya tidak bersetuju dan membantah keras usaha tersebut kerana tidak bertepatan dengan masyarakat Malaysia hidup saling melengkapi antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan bahasa.


Menurut Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia itu, walaupun masih di fasa awal cadangan namun, tuntutan UEC ini perlu dilihat daripada kaca mata perpaduan kaum serta kesan jangka masa panjang terhadap sistem pendidikan di Malaysia.