Thursday, August 16, 2018

PAS tawarkan calon terbaik di Seri Setia

Persoalan siapakah calon PAS yang akan berentap satu lawan satu menentang PH dalam PRK Seri Setia terjawab semalam apabila Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisytiharkan beliau adalah Dr. Hajah Halimah Ali.

Bekas Exco Kerajaan Selangor ini tidak perlu diperkenalkan lagi baik dari segi personaliti, latar belakang pendidikan mahupun pengalamannya.

Sementara Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, PRK Seri Setia ini menandakan titik perubahan bakal bermula.


Istimewanya PRK kali ini ialah menjelang 100 hari selepas PH diberi mandat sejurus memenangi PRU ke-14 9 Mei  lalu di mana umum melihat kerajaan pimpinan Tun Mahathir gagal menepati ‘janji 100 hari’nya. Bukan itu sahaja, sesetengah kehidupan rakyat teramai makin susah akibat barangan harian terus melambung, harga komoditi pertanian terus menjunam dan perniagaa-pernigaan kecil kekal suram. Manakala puak antiagama dan LGBT yang dulunya tidak menonjol, kini tiba-tiba menjelmakan diri seolah-olah mendapat harapan baru. Senario ini menyebabkan majoriti rakyat khususnya orang Melayu menjadi marah.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.

Pada PRU lalu, Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi selepas menewaskan calon BN, Yusoff M Haniff; Mohd Ghazali Daud (PAS) dan S Vigneswaran (Bebas).

Berbeza dengan PRU lalu, kali ini PAS akan berhadapan satu lawan satu sahaja selepas Umno memberi laluan kepada PAS untuk bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Seri Setia dan Balakong dijalankan serentak pada 8 September depan manakala hari penamaan calon ditetapkan Sabtu ini. Ini merupakan PRK ketiga selepas PRU ke-14.

Berikut adalah pengenalan berkaitan diri Dr Halimah.

BIODATA
Tarikh Lahir    : 27 JUN 1960
Suami        : Dr. Ahmad Supian
Anak-anak seramai 6 orang
Dr Imran
Dr Khadejah
Dr Zaid
Dr Hafiz
Dr Zubir
Dr Liyana

PENDIDIKAN
MATRICULATION
Elizabeth Matriculation College, Hobart

BACHELOR OF MEDICAL SCIENCE
University Of Tasmania, Australia

BACHELOR OF MEDICINE, BACHELOR OF SURGERY
University Of Tasmania, Australia

DIPLOMA TASAWWUR ISLAM (PELAJAR TERBAIK)
Institut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM)

PENGALAMAN KERJA
Hospital Universitu, Petaling Jaya
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-Kanak Klang & Shah Alam
Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang
Pengamal Perubatan Swasta selama 25 tahun di dua buah klinik sendiri, Klang.


PRINSIP KEPIMPINAN
Takut Tuhan
Pencapaian
Integriti
Dedikasi
Holistik
Inklusif
Futuristik Kreatif

PENCAPAIAN
EXCO Kerajaan Negeri Selangor Merangkap ADUN Selat Klang (2008-2014).
Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
Mantan Ahli Lembaga Pengarah UNISEL.
Mantan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Selangor
Pengasas Yayasan Pendidikan Islam Selangor(YAPIS)
Pengasas Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
Pengasas Model Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor (SPIES)
Pengasas Pasukan Sukarelawan Briged Amal Selangor (BASE)
Pengerusi Induk menangani gejala social kerajaan Negeri Selangor (GeMS)
Pengasas Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS)
Pengasas Kelas Agama Menengah Arab (KAMA)=Kafa Menengah
Pengasas Quranic Botanical Garden di SRA DAN SRI Farabi Kg Delek.
Pengasas Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).

No comments:

Post a Comment