Sunday, August 26, 2018

Tanpa kuasa pun PAS mampu laksana tanggungjawab

Meskipun belum berkuasa PAS telah menunjukkan komitmen ciri-ciri pentadbir yang baik apabila berjaya melaksanakan tugas majlis perbandaran.

Ia berikutan tindakan pantas Unit Amal PAS dari Jabatan Amal PAS Selangor apabila bertindak turun padang melakukan kerja pembersihan sampah terbiar di kawasan perumahan PPR 2 Lembah Subang hari ini.

Sekali gus, penyelesaian ini membuatkan penghuni-penghuni rumah flat di situ mampu menarik nafas lega apabila masalah bau busuk yang dialami mereka sejak awal bulan ini.


Penduduk dikatakan menderita bau busuk berkenaan berpunca daripada longgokan sampah di tepi jalan utama kawasan flat tersebut.

Unit Amal yang juga dikenali tentera merah dan terkenal dengan kerja-kerja sukarela serta ringan melakukan kerja kebajikan ini bagaimanapun bertindak pantas turun seawal petang tadi di kawasan perumahan tersebut bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.


Sebelum ini tular di media sosial sekeping gambar kenderaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N31 Dun Seri Setia dari Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar yang datang berkunjung ke kawasan perumahan terbabit dan melalui kawasan longgokan sampah tersebut.

Menurut halaman Harakahdaily, meskipun Halimey yang juga bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah berkunjung ke kawasan tersebut masalah longgokan sampah dan bau busuk itu tetap berlarutan dan tiada sebarang tindakan diambil sehinggalah calon PAS, Dr Halilmah Ali turun meninjau kawasan tersebut dan menerima aduan daripada penduduk.

Prihatin dengan masalah itu Unit Amal dengan pantas menggalas tanggungjawab tersebut membantu membersihkan longgokan sampah tersebut.

Sebelum ini, diberitakan Unit Amal pernah membersihkan jalan Lipis – Gua Musang pada satu musim perayaan di mana dikiri kanan jalan didapati sampah berteraburan merata-rata.

Usaha murni tersebut mendapat pujian pelbagai pihak, kecuali musuh PAS yang tetap terus-terusan menghentam.

No comments:

Post a Comment