Dari ke hari, makin banyak kita dengar kes2 kemalangan berkaitan remaja membawa motosikal laju..
Malah, sesetengahnya fmengakibatkan kecederaan parah bahkan kematian.
Paling membimbangkan, ia berlaku di jalan2 luar bandar dan kawasan perumahan.
Saya mengambil contoh tragedi ngeri yang berlaku di kampung kami sendiri jalan Teluk Ira, pada Isnin baru2 ini.
Untuk rekod, jalan kampung kami adalah penghubung dari kampung2 pinggir Sungai Pahang di seberang sini ke pusat bandar Temerloh.
Pada siang harinya, dikhabarkan geng remaja bawa motosikal laju telah bertembung dengan sebuah kereta. Ia berlaku di sebelah hulu sana.
Lebih tragis lagi kejadian pada sebelah malamnya.
Ia melibatkan salah seorang ahli jamaah masjid kami, iaitu veteran tentera, 66 tahun, telah dirempuh oleh geng remaja yang 'berlumba' ini.
Menurut saksi, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal ketika balik dari masjid selepas solat terawih.
Ketika membelok untuk memasuki simpang ke rumahnya, beliau telah dirempuh beberapa buah motosikal yang datang dari arah belakang.
Saksi memberitahu motosikal dipandu dengan laju seolah2 dalam kondisi berlumba.
Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter dan terhempas di atas jalan rata.
Menyebabkan berlaku kecederaan parah di kepala..
Ketika tulisan ini disiapkan, beliau masih berada HTAA Kuantan dan keadaannya dilaporkan kritikal.
No comments:
Post a Comment