Thursday, March 13, 2025

LALUAN PERTAMA PAHANG KE KUALA LUMPUR

Negeri Pahang dan Selangor mula2 dihubungkan melalui Jalan Lama Bentong-KL . Jalan lama ini menghubungkan Kampung Ketari di Bentong dan Gombak di Selangor.

r.  

Ada yang berpendapat laluan ini mulai digunakan oleh pahlawan-pahlawan dari Pahang yang turun membantu dalam Perang Selangor pada pertengahan abad ke 19 dahulu.

Jalan lama menghubungkan ibu negara ini dibina oleh kerajaan Inggeris di Tanah Melayu pada tahun 1915 dan terus digunakan sehinggalah siapnya Lebuhraya Karak.

Jalan Gombak FT68 asalnya merupakan sebahagian jajaran Jalan Kuala Lumpur-Kuantan FT2. 

Namun, jalan raya ini terkenal kerana selekohnya yang sangat tajam, gaungnya yang dalam, keadaan jalan yang sempit serta kekurangan ciri keselamatan, menjadikan jalan raya ini sangat berbahaya. 

Maka, pada tahun 1970an Lebuh raya Kuala Lumpur- Karak (Karak hiway) sepanjang 75.2 km tersebut dibina dengan kos RM136.4 juta dan dibuka kepada lalu lintas pada 7 Januari 1978.

Jalan Gombak lama diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan 68.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak FT2 kemudian dinaik taraf menjadi lebuh raya capaian terkawal penuh pada tahun 1994.

Sementara itu tiada usaha pemulihan dilakukan terhadap Jalan Gombak FT68 selepas itu, mungkin kerana kos yang tinggi.

Akibatnya  begitu berkurangan sekali pengguna jalan raya yang sanggup melalui jalan lama Federal Route 68 ini kerana keadaan laluannya yang berbahaya, kecuali ketika Lebuhraya KL-Karak mengalami kesesakan teruk semasa musim perayaan.

No comments:

Post a Comment