Thursday, March 31, 2011

Rumah penuh wang: Pengarah kastam direman?

Pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk, yang ditahan reman bersama isteri di rumahnya di Temerloh kelmarin oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mungkin bertaraf pengarah.

Demikian menurut sumber yang belum disahkan, tetapi paling heboh sedang diperkatakan di negeri Pahang.

Bagaimanapun sumber rasmi, belum mendedahkan identiti pegawai kanan kastam yang mana isterinya juga pegawai kanan agensi tersebut. Media semalam melaporkan SPRM
menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan kastam di Temerloh.

Pegawai kastam berkenaan dan isterinya, juga seorang pegawai kastam disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.

Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang haram dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara menggunakan penggurup wang serta perlakuan jenayah rasuah.

Jenayah itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain, diketuai oleh SPRM dalam operasi serentak secara besar-besaran pada jam 10 pagi kelmarin di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

“Saya hanya bagi klu bahawa pegawai tersebut mungkin berasal dari sebuah kampung di Temerloh. Beliau pernah aktif dalam Pemuda Umno beberapa ketika dulu,” kata sumber yang tidak mahu mendedahkan identitinya.

Mahkamah Majistret Kuantan semalam mengeluarkan arahan menahan reman pasangan berusia 50-an itu selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Siasatan juga membabitkan kesalahan Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 selain Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.


Wednesday, March 30, 2011

Warga Kuantan berdemo bantah Lynas di parlimen

Lebih 100 penduduk Kuantan bergerombolan dalam empat buah bas pagi ini bagi membuat demonstrasi aman membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.

Mereka terdiri daripada aktivitis termasuk dari NGO, Save Malaysia.

Menurut mesej yang dihantar oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, warga Kuantan yang sampai sekitar jam 9.30 pagi itu telah dihalang oleh pasukan polis dan FRU.

Sementara itu, menurut Ketua Pemuda PAS Pahang Suhaimi Saad, yang turut menyertai penduduk Kuantan ke parlimen itu, hanya 10 orang wakil penduduk yang dibenarkan memasuki parlimen.

Manakala yang lain berkumpul di hadapan pengawal parlimen sambil mengibarkan banner dan melaungkan "Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive dan Selamatkan Malaysia".

Lynas Corp ialah syarikat dari Australia, yang diizinkan beroperasi oleh kerajaan Pahang bagi projek bernilai RM700 juta itu. Syarikat berkenaan memproses bahan dari Australia, sementara sisa pemprosesannya yang mengandungi radioaktif akan dibuang di Kuantan.

Lynas, sebelum ini dikatakan telah ditolak di China dan negeri Perak daripada beroperasi kerana bimbangkan risiko.

Menurut Fuziah, pembuangan radioaktif itu di Kuantan, walaupun lima peratus, tetapi ia boleh memberi kesan seperti kanser dan kecacatan.





Tuesday, March 29, 2011

Jika jumpa ular dan keling, ketuk keling dulu

Pepatah Melayu lama ada mengatakan, “Jika jumpa ular dan jumpa keling, maka ketuklah keling itu dulu”.

Demikianlah pepatah tersebut bagi menggambarkan betapa berhalusnya orang Melayu dalam menilai sesuatu. Keling ialah panggilan kepada bangsa India yang ada di negara ini.

Mengapa dengan keling? Bukankah bangsa itu juga makhluk Tuhan? Betul, akan tetapi bangsa tersebut dikatakan terkenal dengan auta dan pembelit. Saya percaya, mungkin tidak semuanya begitu sebab orang Melayu pun ada yang auta dan pembelit.

Tetapi mungkin kerana mungkin orang Melayu sudah kerap atau banyak yang ‘terkéna’, maka timbullah pepatah tersebut sebagai garis panduan kepada anak cucu yang terkemudian.

Saya tiba-tiba terlintas dalam kepala pepatah tersebut selepas membaca sebuah akhbar hari ini yang melaporkan bahawa Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S Nallakaruppan yang ingin menemui pemimpin PAS untuk mendedahkan siapa sebenar Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mujurlah pemimpin PAS enggan melayan “keling” itu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar kerana PAS mengetahui siapa sebenarnya Nallakaruppan dan tindakannya untuk membuat pertemuan bagi pendedahan itu adalah tidak perlu.

”Kita kenal siapa dia dan mengetahui mengenai sikapnya dan adalah lebih baik PR tidak mengendah-kan permintaannya itu.

”Apa yang cuba dilakukan Nallakaruppan bertujuan menggugatkan PR, tetapi saya yakin dengan pemimpin serta ahli PR tidak akan terpengaruh dakwaan beliau. Kami semakin kuat walaupun pelbagai masalah dan tohmahan datang menimpa PR,” katanya.

Semalam, Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu menyatakan ingin mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS bagi memperjelaskan siapa sebenarnya Ketua Pembangkang.

Menurutnya, banyak perihal Anwar tidak diketahui PAS dan beliau bertindak memberikan penerangan mengenainya.

Menurutnya, perjumpaan itu penting untuk menyelamatkan rakyat terutama orang Melayu dan penyokong kuat PAS supaya mereka benar-benar mengenali Anwar.

Sementara itu, Salahuddin Ayub berkata, PAS tidak perlu melayan permintaan Nallakaruppan.

Baguslah. Saya fikir daripada jumpa Nallakurappan, lebih baik cari ular!




Monday, March 28, 2011

Penduduk Taman Setia Jasa demo air dah sebulan takde

TEMERLOH: Krisis air yang melibatkan sekurang-kurangnya 12,000 penduduk di sekitar daerah ini melibatkan taman perumahan dan kampung tradisional sejak empat hari lalu menimbulkan kemarahan mereka terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA), wakil rakyat dan menteri besar (MB).

Malah menurut penduduk, beberapa kawasan perumahan seperti Taman Setia Jasa, Seberang Temerloh dan Mentakab turut mengalami gangguan bekalan air sejak 1 Mac lalu.

Tinjauan ke Taman Setia Jasa yang mempunyai lebih 400 buah rumah dan seramai 1,800 penduduk mendapati penduduk mula menzahirkan kemarahan dengan memasang sembilan kain rentang sebagai protes kepada JBA dan wakil rakyat dan MB untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka berhubung masalah bekalan air itu.

Antara ayat-ayat yang terpapar pada sepanduk berkenaan ialah: “Mana menteri, mana ahli parlimen, mana wakil rakyat, mana air?”, “Jurutera Air daerah Temerloh, anda gagal menjalankan tugas! Sila undur diri”, “Kalau begini keadaannya jangan harap dapat undi, pecat JD Air!”, “1M, rakyat diutamakan, mana air paip kami? Dah mati baru air keluar” dan satu kain rentang lagi yang mempersoalkan kenapa menteri besar berdiam diri tidak seperti pilihan raya kecil tempoh hari.

Seorang penduduk dari taman sama, Ghazali Idris, 63, ketika ditemui berkata, gangguan bekalan air di taman perumahan itu berlaku sejak sebulan lalu dengan ada ketikanya air keluar kecil. Tetapi sejak awal minggu lalu air terus setitis pun tidak keluar.

Menurutnya, gangguan itu berlaku pada sebelah petang hingga subuh, namun sejak Sabtu lalu, langsung tiada bekalan air.

“Dulu dah pernah berlaku teruk macam ini tetapi selesai, sekarang jadi semula. Kami dah adu pada JBA tetapi mereka kata tak tahu punca dan ada yang ada paip bawah tanah bocor.

"Keadaan ini membuatkan kami di sini jadi seperti balik ke zaman dulu. Bayangkan, saya memandu kereta sejauh 30 kilometer menuju ke Chenor untuk memunggah air Sungai Pahang setiap hari bagi kegunaan makan minum dan kebersihan untuk ahli keluarga,” katanya.

Menurut Ghazali, masalah air di Taman Setia Jasa itu turut menyebabkan pelajar-pelajar sekolah di situ mengalami masalah lewat ke sekolah kerana terpaksa mandi di Jengka setiap pagi.

“Saya ada tiga anak yang bersekolah. Mereka terpaksa bangun awal pagi, balik ke kampung di Jengka untuk mandi dan patah semula ke sekolah di Temerloh. Anak orang lain pun macm tu.

“Jadi sampai bila masalah ini hendak selesai? Kita harap JBA segera selesaikan jangan penduduk telefon pun tak mahu jawap. Bayangkan penduduk yang ada anak kecil, lagi susah,” katanya.

Taman Setia Jasa terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab dan Parlimen Temerloh.

Seorang penduduk lagi, Ahmad Harun, berkata ini merupakan kali kedua penduduk menghadapi krisis air yang serius dan lama sehingga terpaksa memunggah air dari luar.


"Baru-baru ini ada penduduk mengadakan majlis kenduri kahwin, walaupun ada pihak yang menolong tapi teruk memunggah air. Bagaimana pula kalau berlaku kematian?

"Saya fikir Temerloh ini tidak sepatutnya menghadapi masalah air berulang kali kerana berada dipinggir Sungai Pahang yang mewah air. Jadi sudah tentulah ini kelemahan JBA," katanya.

Ahmad berharap, supaya JBA segera selesaikan masalah yang menghantui penduduk iaitu dengan JBA menghantar empat lori tangki air sehari dengan tiga kali penghantaran.

Sementara itu, peniaga warung makan di situ, Rahim Bakri, turut mengakui ketiadaan air menyebabkan perniagaannya banyak terjejas kerana untuk memasak dan membersih terpaksa menggunakan air yang banyak dan beliau terpaksa memunggahnya dari luar.





Saturday, March 26, 2011

Sesudah Jepun, Myanmar pula dilanda gempa

Satu persatu musibah bencana datang dan kian menghampiri kita.

Belumpun selesai cerita duka gempa raksaksa dan Tsunami yang meranapkan negara Jepun serta membaham lebih 10,000 korban manusia, lewat Khamis lalu Myanmar pula dilanda gempa bumi yang berukuran 6.8 skala Richter.

Setakat ini korban dianggarkan 75 orang maut sementara 111 lagi cedera.

Menurut sebuah agensi berita, gempa kuat yang menghentam Timut Laut Myanmar di titik pusatnya 590 km di timur laut Ibukota Myanmar, Yangon dan 772 km di utara Ibukota Thailand, Bangkok itu mengakibatkan sebanyak 390 kediaman, 14 biara dan 9 bangunan pentadbiran kerajaan musnah.

Kebanyakannya di Kota Terlay dan Tachileik, bahagian Shan,

Gempa kuat itu turut dirasa gegarannya di utara Thailand, Laos, dan hingga Hanoi, Vietnam.

Gempa susulan juga terjadi beberapa saat setelah gempa dirasakan dengan kekuatan 5.4. Episentrum gempa berada dekat di perbatasan Thailand dan Laos dengan kedalaman 10 kilometer.


PKR Pahang rujuk Azan ke jawatankuasa disiplin

Harakahdaily
TEMERLOH: Mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang semalam meluluskan usul memberi sokongan padu dan tanpa berbelah bagi kepada kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, yang berlangsung di Rumah Rehat dekat sini turut meluluskan usul merujuk YB Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

Menurut Ahmad Nizam, mesyuarat tergempar itu diadakan berikutan kenyataan Azan di muka depan Sinar Harian edisi Pahang semalam (25 Mac) yang memburuk-burukkan kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan (MPP) PKR Pahang.

“Kesemua Ketua Cabang tidak bersetuju dengan kenyataan YB Azan Ismail bahawa PKR Pahang menjadi nazak di bawah pimpinan Dato Fauzi, bahkan di bawah kepimpinannya PKR Pahang berjaya melebarkan sayap parti ke perkampungan Melayu tradisi kawasan Felda dan Orang Asal.



“Keanggotaan PKR Negeri Pahang telah bertambah dengan pesatnya, manakala aktiviti-aktivit serta program-program parti dapat berjalan dengan lancar di seluruh Pahang,” katanya.

Tambah Nizam, Dato Fauzi bekas timbalan menteri yang bersikap mesra rakyat dan sentiasa turun padang justeru tokoh seperti itulah yang amat diperlukan rakyat.

Sebelum ini akhbar Sinar Harian melaporkan 300 ahli PKR cabang Indera Mahkota keluar beramai-ramai dari parti itu yang dipimpin pemangku ketuanya Ibrahim Sidek.

Azan yang kini Pengerusi PKR Terengganu dalam reaksinya menyatakan pengunduran beramai-ramai itu seolah-olah ada kaitan dengan kelemahan kepimpinan Fauzi dengan mengibaratkannya seperti ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ dan menggambarkan seolah-olah Fauzi mempunyai kepentingan peribadi.

“Azan tidak berhak mencampuri urusan PKR Pahang dengan cara negatif dan atau mempersoalkan imej parti. Beliau bukan lagi menjadi anggota mana-mana ranting atau mana-mana cabang di Pahang kerana beliau telah memindahkan keanggotaannya ke Terengganu.

“Sikap yang ditunjukkan oleh Azan itu adalah amat negatif dan tidak langsung menguntungkan parti,” tambahnya.


Orang Asli menang kes babitkan ‘curi’ di tanah adat

Harakahdaily
ROMPIN: Kemenangan kes tiga Orang Asli dari Kampung Buluh Nipis, Muadzam Shah, yang dibebaskan Mahkamah Majistret Rompin daripada tuduhan mencuri kelmarin dianggap kemenangan entiti tersebut dalam mempertahankan tanah adat dan kawasan rayau mereka.

Peguam yang mewakili ketiganya, Fadzli Ramly berkata, terdapat kejanggalan kerana mereka ditangkap dalam kawasan yang mereka anggap tanah adat sebagai tempat untuk mencari makan, tetapi telah ditanam oleh Risda dengan kelapa sawit

Mahkamah Majistret Rompin 24 Mac telah melepaskan tanpa membebaskan ketiga-tiga tertuduh yang terbabit dalam kes mencuri buah sawit di ladang sawit Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Fasa 5, Kampung Orang Asli Buluh Nipis pada 2 November tahun lalu.

Keputusan itu dibuat majistret, Emma Shahriana Ali selepas mendapati pihak pengadu, Basri Lohin, 38, tidak hadir untuk memberi keterangan pada prosiding perbicaraan itu

Ketiga-tiga tertuduh, Udin Tan, 38, dari Kampung Permatang Siput Mukim Temai, Pekan, dan rakannya, Sudin Mahidin, 58, dari Batu 5 Jalan Sabak Rompin serta Juling Dollah, 57, dari Kampung Buluh Nipis didakwa atas kesalahan mencuri buah sawit di ladang itu.

Menurut Fadzli, Risda telah menanam sawit di atas tanah yang merupakan kawasan rayau tempat masyarakat tersebut mencari makan dan dijanjikan dengan pampasan.

“Malangnya, ramai daripada penduduk dari perkampungan Orang Asli tersebut tidak menerimanya, manakala yang mendapat wang pula menganggapnya jumlahnya tidak munasabah.

“Oleh kerana tanah tempat mereka cari makan sudah ditanam sawit, mereka terpaksa memungut buah-buah sawit itu lalu menjualnya untuk buat belanja tetapi dalam masa yang sama perundingan dengan Risda terus dilakukan. Malangnya selepas itu ada pihak yang mengadu kepada polis mereka dianggap mencuri sehingga tiga orang daripada mereka ditangkap,” katanya.

Menurut fakta kes di mahkamah, ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan mencuri kelapa sawit dengan berat lebih kurang dua tan metrik kepunyaan Risda Plantation Sdn Bhd pada jam 1.30 petang 2 November tahun lalu.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwa diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Heng Yen Loo manakala Fadzli dan Pengerusi Majlis Peguam Pahang, Hon Khai Ping telah memberikan khidmat guaman percuma.

Sementara itu, Fadzli berkata kes perjuangan melibatkan Orang Asli yang menuntut hak di tanah adat itu telah mendapat perhatian yang luas kerana ramai wartawan termasuk dari luar negara dan NGO-NGO melibatkan Orang Asli hadir membuat liputan.

“Perkara ini terletak di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan iaitu mereka (Orang Asli) mempunyai hak ke atas tanah milik mereka.

“Selain itu, pihak pembela juga berpandangan perkara ini (hak pemilikan tanah) belum dimuktamadkan dan diputuskan antara kedua-dua pihak iaitu pemaju (Risda) dan penduduk kerana mereka (Orang Asli) tidak memperoleh pendapatan hasil sawit yang memadai hingga terpaksa menjual atau memungut hasil itu,” katanya.

Fadzli juga berkata, pihak pembela dijangka mengemukakan hujah mengenai hak tertuduh sebagai penduduk tanah adat di kawasan itu selepas ini.


Gambar: Fadzli (berkot di tengah) bersama Orang Asli meraikan mahkamah di luar mahkamah

Friday, March 25, 2011

Mufti, bangunlah sebelum malapetaka melanda!

Akhirnya cerita video seks yang dirakamkan oleh musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim (atau upahan Umno) untuk menjatuhkan beliau, kian menampakkan wajah pemfitnah itu sendiri.

Trio Datuk T mulai menceritakan apa yang sebenar di sebalik skandal seks tersebut.

Kita tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku sehingga begitu pantas ada di antara Datuk T yang mengaku ‘hero’ dalam video seks itu bukan Anwar, tetapi individu lain.

Ada beberapa fakta menarik daripada perkembangan isu video seks itu, yang pada asalnya hanya untuk menyahkan Anwar daripada persada politik tanah air.

Ada kemungkinan rahsia sebenar terpaksa didedah kerana tekanan daripada pimpinan Umno sendiri yang takut menjadi ‘back fire’ kepada strategi Umno menjelang pilihan raya, apabila risikan menggambarkan rakyat tidak percaya lagi dengan tohmahan melampau mengaibkan Anwar. Mereka cemas peristiwa Umno ditolak 63% orang Melayu pada 1999 berulang.

Yang menarik lagi ialah pendedahan daripada ‘perogol gadis bawah umur’ sendiri bahawa video dibuat bagi mengumpan ahli-ahli parlimen PKR supaya keluar daripada parti tersebut.

Beberapa persoalan juga muncul dalam kotak fikir saya. Pertama, bagaimana dengan tuduhan panglima-panglima Umno sebelum ini yang tidak sabar-sabar menamakan Anwar sebagai pelakon video tersebut? Apakah tidak ada kiraan dosa pahala? Bagaimana dengan kenyataan Zulkifli Nordin yang baru mendapat status ‘Datuk’ daripada istana Pahang, yang terus percaya 110% bahawa ‘hero’ dalam porno itu adalah Anwar tanpa beliau melihatnya?

Satu lagi, apakah ‘lelaki mirip Anwar’ itu mahu saja-saja beraksi dan dirakam tanpa apa-apa imbuhan?

Lagi satu, kenapa perlu wanita Cina? Kenapa tidak dengan artis kegilaan ramai seperti Ziana Zain atayu Maya Karin? (Maaf, itu hanya contoh semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun mati).

Dalam pada itu, saya sebagai penggemar ruangan Interaktif akhbar Sinar Harian (edisi Pahang) hari ini, juga agak tersentak dengan satu mesej berbunyi:

Negara diambang kemurkaan Allah. Jika tiada usaha golongan ulama untuk mencegah perilaku pemimpin negara pada masa ini yang jelas melakukan kemungkaran sangat hina iaitu memfitnah. Ini salah satu kemungkaran yang amat dilarang keras agama Islam. Oleh kerana si penuduh dan tertuduh semuanya beragama Islam, kita amat bimbang jika kemungkaran ini tidak dicegah. Tidak mustahil bala bencana daripada Allah diturunkan ke atas negara dan rakyat. Justeru itu, wahai orang Melayu yang mengaku Islam, wajiblah menjauhi buruk sangka dan fitnah. Janganlah kamu cenderung kepada orang zalim, nanti kamu akan mendapat musibah kecelakaan daripada Allah. Sesungguhnya negara dan rakyat Malaysia kepunyaan Allah. - AHLI POLITIK KEDAI KOPI BESERAH

Gerun bila memikirkan ini semua. Pada saya, sudah banyak pihak yang susah dengan kerja pemfitnah ini. Seluruh negara daripada parlimen ke coffee house, hinggalah ke kedai kopi, luar bilik darjah dan padang bola orang ramai mulai bercerita tentang video seks, hanya kerana kerja sipemfitnah. Berapa banyak pula negara terpaksa mengeluarkan wang rakyat untuk membentuk suruhanjaya penyiasat, hanya kerana kerja sipemfitmah. Itu belum lagi dinilai herapa banyak maruah yang jatuh, hati yang terluka dan jiwa yang terlilan.

Dalam suasana sekritikal ini, ke manakah mufti? Mana Majlis Fatwa? Mana ulamak?

Setakat ini hanya bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berani bersuara: "... (pembawa video seks) mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea..."

Mana mufti dan ulamak lain?
Kita seru, bangunlah sebelum fitnah dan malapetaka lebih dahsyat melanda!
Terangkanlah kepada orang ramai bahawa dosa fitnah adalah lebih besar daripada membunuh dan pantas mengundang murka Allah!

Na’uzu billahi min zalik...

Thursday, March 24, 2011

Kenapa Ketua Cabang PKR Jerantut sertai parti Kita?

Ketika ini tidak ada sesiapa yang tahu apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik tindakan Ketua Cabang PKR Jerantut, Mohd Nor Jaafar, yang menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut sumber, Mohd Nor dikatakan menyertai Kita minggu lalu tetapi tanpa pendedahan kepada media. Tetapi disahkan oleh pimpinan PKR negeri.

Kepimpinan PKR Jerantut pada masa ini dipangku oleh timbalan ketua cabang.

Ketua AMK Cabang Kuala Krau yang juga Naib AMK PKR Negeri Pahang, Hafiz Harun, ketika ditemui, mengatakan pernah dihubungi Mohd Nor minggu lalu sambil menawarkan jawatan Ketua Pemuda Kita negeri.

Namun Hafiz berkata, beliau menolaknya.

Tambah Hafiz, beliau juga tidak menyangka Mohd Nor tergamak meninggalkan PKR kerana beliau setakat ini, dakwa Hafiz, tidak mempunyai sebarang masalah.

Bagaimanapun Hafiz mengaku bahawa Mohd Nor pada pemilihan kepimpinan PKR tahun lalu telah berkempen atau menyokong Zaid sebagai Timbalan Presiden PKR. Tetapi tidak menyangka sanggup pula keluar PKR demi untuk duduk bersama Zaid.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 Mohd Nor telah bertanding mewakili PKR di Dun Damak, dalam Parlimen Jerantut.

Beliau sebenarnya boleh menang merampas Dun tersebut daripada BN tetapi terhalang kerana berlaku pertandingan tiga penjuru iaitu turut disertai oleh DAP.

Mohd Nor ialah abang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar.

GAMBAR:
Mohd Nor (kanan sekali) bersama kepimpinan PR Pahang dalam satu program di markas PAS Temin, Jerantut


Mesej kepada Najib, Muhyiddin: JKR Pahang ‘tidur’

(Gambar-gambar kemalangan dari facebook)

Jika benar sebagai yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika berkempen di Sarawak baru-baru ini, bahawa mereka akan menjelajah ke seluruh negara menyelesaikan masalah rakyat, baguslah begitu.

Jangan lupa, kita harap keduanya masuklah ke ‘exit’ Tol Chenor (jika dari Kuala Lumpur) dan laluilah jalan dari Simpang Kampung Awah ke Maran.

Di situ, kedua pembesar negara pasti akan dapat melihat dan merasai sendiri keadaan jalan yang ‘standard’nya antara yang terburuk di negara ini. Ini menyebabkan kemalangan kerap kali berlaku. Bukan setakat di Maran, jalan dari Kampung Sungai Gau ke Kampung Awah juga sama buruk dan teruknya.

Kita tidak katakan JKR atau Road Care tidak langsung berusaha membaiki jalan raya penghubung ke ibu negeri itu, tetapi yang lebih kerapnya ialah kerja-kerja menampal dan menampung lubang-lubang yang tiba-tiba muncul di tengah jalan.

Bagaimanapun, kualiti kerja tidak bagus kerana biasanya mutu pembaikan hanya tahan untuk tempoh waktu yang singkat dan selepas itu punah kembali.

Pada satu ketika dulu, jalan Kampung Awah Maran ini merupakan penghubung utama laluan dari ibu negara ke pantai timur. Namun setelah siap Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), jalan ini semakin terbiar, meskipun penggunanya tidak berkurangan.

Perihal keburukan jalan Kampung Awah ke Maran ini sebenarnya sudah banyak mendapat rungutan penduduk dan pengguna. Laman Interaktif akhbar Sinar Harian umpamanya, sering kali memaparkan mesej-mesej daripada mereka yang mahukan jalan tersebut dibaiki segera.

Dalam laman facebook juga tidak terkecuali. Di sini saya paparkan topik perbahasan mereka tentang laluan tersebut di laman sosial itu.

Ramli Awang Abdul Rahman
JALAN MACAM 'POLONG' PUNCA KEMALANGAN

Mungkin perkataan 'POLONG' sesuai untuk saya gunakan bagi memberi gambaran betapa hodohnya keadaan jalan raya di Pekan Awah.

Persimpangan ini juga tidak mempunyai traffic light walaupun saya rasa ia adalah simpang paling sibuk di daerah maran ini.
...
Kemalangan acap kali berlaku,ada mangsa yang menderita hingga kini kerana terlibat dengan kemalangan dipersimpangan 'POLONG' ini.

Paling baru pagi ini satu lagi kemalangan telah berlaku antara kereta dan motosikal.Semua orang yang saya temui semuanya memaki BN (projek jalan 'POLONG') dan meminta saya menyuarakan kemarahan mereka.See More

Jalan KG. AWAH - MARAN gaya 'POLONG'
Muhamad Izwan and 3 others like this.

o
Soopie Cjp La.. Bru tau ke??sya dh 2x trgolek kt ctu..kakaka
February 16 at 8:55am • LikeUnlike
o
Mk IQ-One mmg teruk gler dah kat ctu, mengalohkan mengelok ke periuk api vietnam, mengelok yg lain masuk lubang lain, dun chenor ni nunggu prk je br sume dpt baru huhu..
February 16 at 9:04am • LikeUnlike
o
Mohdrazali B Mat ‎"POLONG" tahap 5 *****, berLEKUK-LEKUK.. jalan kena JERAWAT BATU...mmmmm eh! mcm muka dot dot dot dot dot ???
February 16 at 11:04am • LikeUnlike
o
Ramli Awang Abdul Rahman barang kali jalan ini lebih baik drp negara2 jiran...
February 16 at 12:06pm • LikeUnlike
o
Md Roduan GONE PULOK DH XDE DUIT NOK MELENYE KALA AOKMER MBOH MAGI DUIT BLH LA BELE....
February 16 at 3:05pm • LikeUnlike
o
S Abdul Hadi Salleh
Apa yang dibebelkan ni?
February 16 at 3:24pm • LikeUnlike
o
Semarak Perjuangan nak kate xde adun...sihat je...maybe dia xlalu kt persimpangan 2 kot...xpn buat2 xnmpak...kna tukar yb baru nih....pakat2 tukaq YB PAS pulok....
February 16 at 4:21pm • LikeUnlike
o
Mohd Khairi
Pepalih auk sampai ketahap" POLONG"bermakna seangkatan dgn puaka...POLONG yg diternak agar membiak....bersyukur diTenang, Merlimau jalan tar tengah berminyak... YB padam tanah kubur masih merah lagi sedih keluarga belum hilang..projek dah... jalan...syukur...tunggu pula di Kerdau JKKKKKKKKK mintak apa nak mintak...first sepanjang sungai pahang kasi clear ikan patin sangkar untuk makan besar..Tok Nan turun Tok Jib turun PM tu!!
duit? jgn tanya!,cakap jer...kat Awah siapa YB nya ?, tempat yg banyak YB padam le ni jalannya dah cantik boleh berguling2 lg..YB kat sinun sihat ke?
kalau sihat jemput2 le YB berjemaah sekali sekala tak perlu banyak kala kat masid Kg Awah....See More
February 16 at 4:24pm • LikeUnlike
o
Hasan Omar kena pakat doa prk la plok kat situ...baru ada trafik light ....he..he
February 16 at 6:18pm • LikeUnlike
o
Mohd Ali Pas ni kerdau plak bnyk la projek menanti, raya la......... org kerdau.............ADA YB jln,,, ada projek.....jln pekan awah tu,, kalau belaku kemalangan,,,, baru lah nak baiki,,,, lani pitih tak dok ,,,,,,,,kat marlimau kerdau nak pakai pitih bnyk,,,,,,
February 16 at 6:53pm • LikeUnlike
o
Akma Jusoh stuju dgn ust...klu lalu boleh bocor tayar
February 16 at 7:59pm • LikeUnlike
o
Bu Jold bior ke lantok nyer jln tu gituuu..sapa daya nak lalu situ lalu je lah....lain kali pilih lagi yb cergitu...hahaha.....
February 16 at 10:46pm • LikeUnlike
o
Bu Jold usoh kan kereta lalu kat situ xdaya...berdozor ngelenggg nak lalu situ...ehehehe
February 16 at 10:48pm • LikeUnlike • 1 personLoading...
o
Felda Sg Nerek Jengka wahai para petugas bertanggungjawab - turun kesimpang tu segera - gi tengok - ambil tindakan segera - jangan sampai nyawa yang lain melayang - hospitalpun dah penuh sesak - jalankan tugas dan tanggungjawab anda - amanah dipikul - jangan abaikan
February 20 at 9:04pm • LikeUnlike
o
Felda Sg Nerek Jengka sepatutnya kita berterima kasih kerana sesama mengingati dan menghebahkan - hargailah nyawa yang lain - ambil le tindakan segera - kesian untuk yang lain - sedih bila ditimpa kemalangan - hindarkan
February 20 at 9:12pm • LikeUnlike
o
Syahar Musa Talian Aduan JKR : 1 300 888 557 atau email : aduan@jkr.gov.my atau sms :Taip JKR dan hantar ke 32728
February 21 at 10:57am • LikeUnlike
o
Felda Sg Nerek Jengka tunggu aduan baru nak kerja - tunggu komplen baru nak ambil tindakan - tak cekap le gitu - amanah pikul berat tu
February 23 at 12:33pm • LikeUnlike • 1 personLoading...
o
Syahar Musa
Penyata Rasmi : DR. 17.3.2011, m/s : 125

USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

“…..Saya minta benarlah kepada Menteri Kerja Raya. Jalan daripada Kampung Awah ke Maran, daripada Maran ke Tol Awah, keadaan ...jalan ini cukup teruk dan perlu dibaiki segera. Ini telah menjadi isu yang cukup besar, keluar dalam surat khabar dan Sinar. Jadi, saya kira, saya ingat Yang Berhormat Menteri akan jawab mesti lulus…..” Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Ahli Parlimen Maran]

Butiran lanjut sila layari http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-17032011.pdfSee More

March 18 at 9:49pm • LikeUnlike


Wednesday, March 23, 2011

Laporan polis terhadap Datuk T dan Nazri Aziz

TEMERLOH: Parti Keadilan Rakyat Cabang Temerloh hari ini tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) di sini berkaitan isu yang didakwa fitnah terbaru terhadap Ketua Umum parti tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan dibuat oleh ketua cabang Ahmad Nizam Hamid terhadap “Datuk T”, iaitu individu yang telah mendedahkan kepada wartawan kanan rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu.

Laporan polis juga dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang dianggap mengeluarkan kenyataan seolah-olah membenarkan tindakan Datuk T yang mempertontonkan video berkenaan kepada wartawan di hotel Seri Carcosa Negara di Kuala Lumpur, 21 Mac lalu.

Turut hadir Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan kira-kira 50 penyokong PR.

Nizam dalam aduannya meminta polis melakukan siasatan dan tindakan terhadap Datuk T kerana melanggar seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Bagi seksyen berkenaan, jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Siasatan dan tindakan mesti dilakukan atas kebenaran cerita Datuk T hingga membawa kepada pendedahan rakaman aksi seks berkenaan.

“Siasatan dan tindakan mesti dilakukan terhadap ugutan yang dibuat oleh Datuk T kepada pemimpin politik berkenaan dan isterinya agar meletakkan jawatan serta tekanan kepada NGO menubuhkan sebuah panel bebas, kononnya mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

“Siasatan dan tindakan mesti dilakukan terhadap Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang membuat kenyataan’ bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting.”

Dalam laporan tersebut, Nizam meminta siasatan dan tindakan mesti dilakukan terhadap Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang menggambarkan tontonan aksi lucah tidak salah jika bukan untuk mencari keuntungan.

“Siasatan dan tindakan mesti dilakukan terhadap dalang di belakang Datuk T dalam konspirasi terbaru untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Laporan polis ini dibuat kerana tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu fitnah yang sangat melampau tanpa sebarang asas yang boleh dipertanggungjawabkan. Pembawa fitnah sendiri tidak mengisytiharkan dirinya siapa apatah lagi mendatangkan empat orang saksi yang adil dan berhemah.”

Sementara itu Mazlan Aliman dalam sidang medianya selepas itu berkata, pendedahan video seks berkenaan bukan sahaja mencemar nama baik Anwar Ibrahim, keluarganya, kedudukan beliau selaku Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR tetapi juga selaku pemimpin utama Pakatan Rakyat.

“Justeru saya meminta para mufti dan semua ulamak di negara ini segera bersuara menyekat trend fitnah mendedahkan keaiban orang Islam itu sebelum malapetaka yang lebih dahsyat melanda masyarakat di negara ini.

“Kepada pimpinan Umno pula saya merayu agar berpolitiklah secara jantan dan janganlah menjatuhkan lawan dengan cara mengaibkan peribadi seseorang,” katanya.


Borang petisyen bantahan loji berisiko radiasi


Borang petisyen ini boleh di download, dicetak dan diedar bagi mendapatkan tandatangan.

Kemudn kembalikan kepada Pusat Khidmat Parlimen Kuantan.

Fuziah Salleh
MP for Kuantan, Malaysia.

Tuesday, March 22, 2011

Ustaz Aris Fezul dimasukkan ke hospital semula

TEMERLOH: Naib Presiden Anak yang juga Setiausaha Lajnah Tanah PAS Pusat, Ustaz Aris Fezul Ismail, petang tadi dimasukkan ke Wad Kenanga 8, Aras 6, Hospital Sultan Ahmad Shah, di sini.

AJK Pemuda PAS Negeri Pahang itu dimasukkan ke wad berkenaan, dipercayai akibat komplikasi selepas pembedahan penyakit ‘tyroid’ minggu lalu.

Rabu lalu, Aris, 40, dimasukkan ke Hospital Putrajaya dan dilakukan pembedahan atas bengkak tyrod di lehernya.

Pada hari Jumaat, doktor membenarkannya pulang ke rumahnya di Jengka 16.

“Sejak 2 hari lepas, kesan sekeliling pembedahan itu membengkak dan merah. Saya hanya menurut nasihat doktor yang meminta merujuk ke hospital jika berlaku fenomena seperti ini,” katanya ketika ditemui di wad berkenaan petang tadi.

Pada ketika ini beliau menghadapi kesukaran untuk berbaring kerana kesakitan leher serta tengkuk dan tulang belikatnya.

Selamatkan Pahang memohon kepada Allah agar diselamat sejahterakan pejuang warga Felda itu, agar segera kembali pulih untuk meneruskan perjuangan.

Amin...



PAS tanding 3 ke 6 kerusi Dun Sarawak

Harakahdaily
TEMERLOH: PAS akan meletakkan calon bertanding antara tiga ke enam kerusi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), hari ini.

Untuk itu, katanya, parti tersebut menyerahkan kepada Timbalan Presiden, Nasharuddin Mohd Isa, untuk urusan perbincangan dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Bagi tujuan itu jawatankuasa DUN yang mahu ditandingi itu telah dibentuk dan kerja-kerja awal telah berjalan. Saya lihat Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak pun bagus dan menunjukkan kesungguhan,” katanya di pejabatnya di sini.

DUN Sarawak dibubarkan semalam bagi membolehkan pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat di Kuching, Rabu ini, bagi memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dun. Pada pilihan raya negeri lepas (2006), PAS hanya bertanding di N24 Beting Maro dan calon PAS, Alem Din hanya tewas kepada BN dengan majoriti 895 undi.

Menurut Tuan Ibrahim, di Sarawak agak kurang kempen isu kaum dan berbeza dengan Semenanjung. Sementara PAS pula akan menumpukan isu tanah, isu pembangunan dan isu pengabaian terhadap rakyat

“Fokus kempen kita yang pertama akan ditumpukan kepada isu tanah. Tanah adat telah dirampas secara zalim di mana tanaman mereka telah dimusnahkan dan tanah tersebut diserahkan kepada kroni.

“Kedua isu pembangunan, di mana pembangunan sangat teruk di Sarawak. Bayangkan hanya setengah jam perjalanan dari bandar Kuching, kemudahan asas sudah tidak ada. Bagaimana kerajaan mahu membawa Malaysia maju 2020.

“Ketiga, isu pengabaian terhadap rakyat oleh oleh Adun-Adun BN sehingga ada di anatara mereka yang tidak pernah turun padang menjenguk rakyat,” katanya yang baru pulang dari Sarawak.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengakui kesedaran politik kepada masyarakat luar bandar di Sarawak amat ketara sehingga mereka tidak tahu hak mereka.

Katanya, antara lain disebabkan kawasan yang luas dan maklumat susah nak sampai sebab itu PR minta tempoh kempen dipanjangkan sehingga dua ke tiga minggu.

“Bayangkan, terdapat dua jurang masyarakat yang melampau di Sarawak iaitu yang kaya sangat kaya manakala yang miskin pula terlampau miskin.

“Jadi sasaran kita ialah berusaha untuk menafikan majoriti dua pertiga BN di dewan bagi memperjuangkan hak rakyat yang tidak menggambarkan di negara 50 tahun merdeka.

“Sebab itu pada seminar anjuran Lajnah Tanah PAS Pusat di Sarawak yang saya hadiri dulu ada sedikit sambutan. Saya katakan kepada mereka bahawa perubahan dan kekuasaan berada di tangan rakyat sendiri,” katanya.

Tambahnya, usaha dan gerak PAS menampakkan sedikit kesan dan harapan mereka kepada PR tinggi.

“Kita harap pengundi Sarawak akan menghantar isyarat kepada Putrajaya bahawa ‘tsunami politik 2008’ masih berjalan.”


Malaysia menuju era politik lucah!

Warta Kerajaan Rakyat

Percubaan pihak tertentu yang mengaitkan tokoh utama pembangkang dengan individu di dalam rakaman video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Hotel Seri Carcosa, Kuala Lumpur semalam dianggap sebagai permulaan bagi menghalalkan kepada percaturan politik lucah bagi mencemar maruah sekaligus menjatuhkan musuh politik.
Ketika sesetengah pihak menganggap ia bukanlah sesuatu yang baru dalam arena politik negara, pihak lain pula berpendapat, walaupun ini bukan pertama kali berlaku tetapi ia merupakan petanda satu permulaan baru yang lebih buruk dan tidak terkawal dalam politik negara.

Penayangan video seks semalam juga dianggap membawa dimensi baru kepada percaturan politik lebih menjengkelkan dengan peningkatan berganda dan terbuka terhadap tindakan berbalas serangan demi menjatuhkan maruah dan moral musuh politik kedua-dua belah pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum ini, Ahli Parlimen Labis, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dikataka ‘diperangkap’ oleh musuh dalamannya sendiri apabila rakaman video seksnya disebarkan kepada umum dan membawa kepada perletakkan semua jawatannya dalam MCA dan juga kerajaan.
Cuma bezanya, ketika itu tiada media dipanggil untuk ‘tayangan perdana’ dan Soi Lek sendiri membuat pengakuan bahawa lelaki di dalam rakaman video lucah terbabit adalah beliau.

Selain Soi Lek, Elizabeth Wong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menerima nasib yang sama apabila foto beliau sedang tidur yang diambil tanpa pengetahuannya di kediamannya sendiri tersebar di internet.

Selain isu yang mengaibkan maruah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan itu, ketika itu beliau juga hampir berputus asa dengan niat untuk mengundurkan diri daripada arena politik negara.

Bagi pihak yang mahu percaya dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa tindakan seperti ini merupakan tindakan demi kepentingan moral masyarakat dan bukannya satu tindakan berkepentingan politik merupakan sesuatu yang bodoh pada masa ini.

Lebih-lebih lagi, pada hari yang sama juga Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak baru sahaja dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ke 10 diadakan.
Pada masa artikel ini ditulis, identiti ‘host tayangan perdana’ terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk T semalam masih belum dikenal pasti dan pemimpin Barisan Nasional (BN) pula tentunya menafikan penglibatan mereka dalam pembikinan dan penayangan video tersebut.

Jadi bahan kempen PRN Sarawak

Ketika pemimpin BN menafikan penglibatan mereka dan pada masa sama mengaku ‘tidak mempraktikkan’ sebarang tindakan serangan peribadi yang mengaibkan, juga adalah bodoh untuk mempercayai isu ini tidak akan digunakan sekurang-kurangnya di peringkat jentera mereka dalam kempen PRN Sarawak nanti.

Malahan ketika pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor sebelum ini tindakan menyerang peribadi lawan turut dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri apabila membuka isu kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya ketika berkempen.

Bagaimanapun, serangan tersebut dibalas kembali secara umum dengan kejadian yang di dalam pengetahuan Anwar ketika masih di dalam kabinet, namun enggan memperincikan lebih mendalam tentang skandal yang dimaksudkannya itu.

Di pihak PR, meskipun turut mengambil kesempatan keuntungan politik terhadap sebarang isu yang membabitkan moral pemimpin BN, namun tindakan mereka seringkali dilapik atas alasan demi mendapatkan keadilan.

Antara kes berprofil tinggi yang pernah mendapat perhatian masyarakat dan pemimpin pembangkang ialah kes kematian model warganegara Mongolia, Altantuya Shariibuu beberapa tahun lalu.

Ketika perbicaraan kes ini telah lama selesai, ia tetap menjadi ingatan apabila dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Polis DiRaja Malaysia yang didakwa oleh peguam bela bahawa mereka merupakan pihak yang tidak menerima sebarang faedah atas kematian mendiang telah dijatuhkan hukuman mati.

Sementara itu, beberapa isu lain yang membabitkan moral pemimpin BN, pada masa ini masih kurang tersebar secara terbuka dan meluas melainkan secara terpencil di alam siber.

Bagaimanapun, ‘tayangan perdana’ rakaman video lucah semalam dikatakan mampu menjadi penyebab kepada pendedahan demi pendedahan isu moral yang membabitkan pemimpin BN walaupun status sesetengah isu tersebut masih diragui kesahihannya.

Tindakkan itu nanti juga akan menimbulkan reaksi berbalas serangan dengan membuka pekung lawan masing-masing sekaligus menjadikan politik Malaysia maju setapak lagi melangkah ke era politik lucah.

Monday, March 21, 2011

Serangan politik seks: Najib seperti Mahathir

Saya kira cara atau stail Umno berpolitik masih tidak berubah walaupun masa terus berlalu, iaitu menjatuhkan lawan politik mereka dengan tuduhan terlibat dalam skandal seks yang divideokan.

Ertinya, dalam mempertahankan kuasa, apa cara dan apa kaedah sama ada baik atau tidak di sisi Islam, tidak pernah diperhitungkan. Yang penting, lawan mereka akan aib dan dengan harapan rakyat akan menolak lawan politik pemerintah itu.

Metod ini bukannya baru, ketika Datuk Seri Anwar mahu dijatuhkan daripada jawatan kedua tertinggi negara dulu, beliau juga sebelum itu diaibkan. Termasuk melalui buku “50 dalil” dan pelbagai saksi yang ditampilkan dan dihadapkan ke mahkamah.

Saya masih ingat, di Pahang pada kempen PRU 1999, pernah diadakan 'road show' di atas pentas politik didatangkan dua orang wanita yang kononnya ‘rakan seks’ Anwar. Yang menaja kehadiran wanita itu pula ialah 'bekas orang Anwar' yang sudah menjadi orang penting Umno Pahang!

Tadi, wartawan-wartawan media arus perdana telah dibawa menyaksikan satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali.

Video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Mungkin penyaksian wartawan-wartawan terhadap video berkenaan tidak datang secara ‘direct’ daripada kepimpinan tertinggi Umno. Akan tetapi anda percayakah ia berani dilakukan oleh sesuatu pihak tanpa restu atasan? Beranikah mereka jika ini bukan satu konspirasi?

Apa jaminannya ia bukan satu konspirasi untuk mengaibkan pimpinan Pakatan menjelang pilihan raya Sarawak? Anda percayakah video ini tidak akan menjadi bahan kempen BN pada pilihan raya nanti?

Seperti biasa, Tv3 mengambil kesempatan terawal mengungguli memainkan isu tersebut. Benar atau tidak pemimpin tertentu dalam skandal berkenaan tidak lagi penting, yang penting ialah dalam kepala rakyat ‘orang tertentu’ sudah terpahat.

Menurut laman Malaysiakini, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan (pembangkang) meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Alangkah buruknya stail berpolitik cara ini di mana lawan dijatuhkan bukannya di medan demokrasi tetapi dimalukan dengan cara terancang. Selepas ini, seakan-akan dapat dibaca bahawa akan ada demonstrasi di sana sini mahukan pemimpin tertentu berundur. Akan ada 'road show' tanpa diusik oleh polis.

Skripnya sudah siap, tinggal lagi untuk dilakukan sahaja!

Bagaimanapun, masih ingatkah anda bahawa isu seks yang dikenakan terhadap Anwar pada 1998 dahulu tidak diindahkan rakyat malah fitnah tersebut telah menyebabkan kira-kira 65 % orang Melayu telah berpaling daripada Umno dan mengundi Barisan Alternatif pada PRU 1999?

Untuk kes terbaru ini, saya menyeru para ulamak yang bencikan fitnah, orang Islam yang takut dengan bala dan azab Allah akibat fitnah, agar segera bermunajat dan memohon Allah SWT segera ‘mengajar’ golongan yang bertindak mendedahkan keaiban seorang muslim ini.

Cukuplah daripada membenarkan mereka mendapat kekuasaan melalui mengaib dan memangsa fitnahkan orang lain. Ingatlah, di hujung kehidupan kita ialah kematian.

Mohonlah kepada Allah SWT agar segera mengazab dan menghina golongan pencacai fitnah agar dunia ini terselamat daripada bala bencana yang tidak memilih sesiapa!


Radioaktif: Penduduk Kuantan sokong halang Lynas

Harakahdaily
KUANTAN: Usaha Pakatan Rakyat menghalang operasi sebuah kilang dari Australia yang memproses nadir bumi (rare earth) atau logam lathanides yang mana sisanya boleh mengeluarkan radioaktif di kawasan industri Gebeng di sini, mula mendapat sokongan ramai.

Kelmarin, kempen “Halang Lynas! Selamatkan Kuantan” yang diketuai Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang bermula di Pasar Tani Kuantan berjaya mengutip 500 tandatangan orang ramai.

Sementara dialog pada sebelah petangnya di Kuantan Comfrim Centre dihadiri lebih 300 penduduk tempatan.

Lynas Corporation Ltd merupakan syarikat milik penuh Australia yang akan beroperasi hujung tahun ini memproses lathanides iaitu bahan yang digunakan sebagai bahan pembuatan mentol lampu jimat tenaga, bateri kering serta pelbagai produk teknologi moden.

Manakala bahan mentah pula akan dibawa masuk dari kuari milik Lynas di Pergunungan Weld, New South Wales sebelum diproses di Gebeng.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, jika kilang tersebut beroperasi, jika berlaku sesuatu kebocoran sisa radioaktif itu bakal membahayakan penduduk serta generasi akan datang.

”Apa yang tidak diketahui kebanyakan orang bahawa elemen-elemen sumber asli itu sebenarnya berpotensi menghasilkan kadar radiasi peringkat rendah dan sederhana akibat penghasilan sisa radioaktif. Sebab itulah pihak pemaju industri ini memerlukan lesen khas dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum memulakan operasinya”.

“Persoalannya mengapa Lynas yang sebelum ini beroperasi di negeri China telah pun terpaksa beralih tempat untuk memproses bahan tersebut sehingga terpaksa mencari lokasi baru. Kenapa Lynas juga enggan memprosesnya di negara mereka sendiri, Australia. Kenapa? Kerana kedua-dua negara tersebut telah sedar kesan buruknya. Kenapa mereka sanggup membawa bahan tersebut ke Malaysia?”.

Menurut Fuziah, sebelum ini pada bulan Julai 2007 Kerajaan Negeri Trengganu telah menolak untuk membenarkan kilang tersebut beroperasi di Telok Kalong, Kemaman, selepas mengkaji isu-isu keselamatan yang membabitkan nyawa manusia serta maklumbalas daripada pelbagai badan NGO.

Namun begitu pada 24 Ogos 2007 MIDA mengenalpasti lokasi baru di Gebeng, Kuantan dan Kerajaan Pahang pula menjadi pak sanggup menerima projek tersebut.

Menurut Fuziah lagi, sejarah hitam industri pemerosesan lathanides telah pun berlaku sekitar awal 1990an di Bukit Merah, Perak di mana syarikat usahasama dari Jepun yang mendakwa menggunakan teknologi pemperosesan bahan tersebut telah gagal menguruskan sisa buangan industri mereka dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Akibat radiasi sisa buangan radioaktif tersebut, kata Fuziah, telah meningkatkan kadar kejadian kanser, kelahiran bayi pramatang dan cacat malah kes keguguran bayi meningkat secara mendadak melebihi kadar purata yang direkodkan di peringkat kebangsaan. Justeru penduduk setempat telah menjadi mangsa serta hidup merana. Setelah puas menentang, akhirnya mahkamah membatalkan lesen syarikat terbabit.

”Memanglah syarikat-syarikat seperti itu menjanjikan keselamatan masyarakat dan kebersihan alam sekitar menjadi keutamaan mereka. Pernah saya jumpa Menteri Besar Pahang dulu bila saya utarakan persoalan ini, beliau juga yakin kebocoran tidak akan berlaku”.

“Tapi apakah mustahil setelah lama beroperasi kemungkinan kejadian-kejadian seperti pelupusan sisa secara haram dilakukan. Malah, kemudahan penyimpanan sisa buangan sementara seperti yang dituntut peraturan juga mungkin tidak lagi menjadi keutamaan. Sisa-sisa mungkin akan dibiarkan secara terbuka dan mendedahkan bahaya kepada masyarakat dan alam sekitar”.

“Kita sudah ada bukti timbulnya masalah sebelum ini di Bukit Merah Perak di dalam industri yang sama. Tambahan pula di negara kita ini penguatkuasaan memang menjadi masalah. Masalah pembuangan sampah merata-rata pun kita susah nak buat penguatkuasaan. Jadi saya khuatir bagaiamanakah kita mampu melaksanakan penguatkuasaan dalam kes ini yang melibatkan sisa radioaktif merbahaya”.

Fuziah mengandaikan jika berlaku kebocoran di tempat penyimpanan sisa buangan sudah tentu akan mencemarkan Sungai Balok yang kemudiannya akan mencemarkan ikan-ikan dilaut China Selatan.

“Kuantan merupakan pengkalan penangkapan ikan yang terbesar didalam Negara. Ikan-ikan dari Kuantan dihantar ke Pasar Borong di Selayang yang kemudiannya di hantar ke pasar-pasar dan ke restoran-restoran seluruh negara”.

“Saya sendiri membangkitkan perkara ini di parlimen baru-baru ini memandangkan projek ini yang begitu sensitif terhadap keselamatan orang awam dan berisiko tinggi, saya menggesa Ketua Pengarah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya mengarahkan satu kajian Detailed Environmental Impact Analysis (DEIA) yang kemudiannya perlu pula dipamerkan kepada orang awam selama 40 hari untuk maklum balas”.

“Walaupun projek ini mungkin tidak memerlukan DEIA dilakukan tetapi demi memastikan keselamatan awam tidak rugi sekiranya pihak Kementerian membuat kajian yang lebih teliti sebelum projek ini dimulakan. Keselamatan orang awam, bayi dalam kandungan dan generasi akan datang yang terancam tidak boleh di gadaikan,” katanya.

GAMBAR:
1. Fuziah Salleh sedang memberi penerangan dan kempen di pasar tani Kuantan
2. Secara kebetulan, Timbalan Menteri Pengguna (kanan) hadir untuk kempen yang lain bagi pihak kerajaan sehingga berlaku pertengkaran kecil dengan Kamarul Hatta


Anak peneroka saman pejabat tanah Bera

Harakahdaily

BERA:
Seorang anak peneroka Felda Bukit Mendi, Roslan Abu Bakar, hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh terhadap Pejabat Tanah Bera kerana mendakwa berlaku penipuan dan tuntutan palsu terhadap tanah arwah ayahnya.

Roslan, 50, yang kini menetap di Kula Lumpur, berkata ayahnya Mohamad Nor @ Abu Bakar Sulaiman telah beberapa kali menerima surat amaran tuntutan cukai tertunggak dan notis 6 A berjumlah sehingga RM3,000

“Beberapa bulan sebelum kematian ayah saya, arwah juga ada menerima surat yang sama dari Pejabat Tanah Bera sehingga dia merasa sangat takut dan sanggup menjualkan tanah pusaka arwah ibunya yang terletak di Negeri Sembilan.

“Apabila semakan dibuat melalui penyata pada tahun 2004, iaitu pada kali terakhir ayah saya membayar cukai, ia tertunggak hanya RM1,309. Saya syak berlaku penipuan kerana cukai tanah sebelum itu hanya RM205,” ujarnya.

Menurut Roslan, ada kemungkinan wang cukai yang dibayar ayahnya cukai tanah yang dalam proses tanam semula pada tahun 1998 hingga beliau bersama ayahnya mengambil alih dan memulihkan ladang yang diberikan Felda itu pada 2003.

Tambahnya, dalam tempoh itu (1998 hingga 2003) Felda hanya membayar cukai sebanyak RM199 sebulan.

“Saya mahu penyiasatan dans eterusnya tindakan undang-undang diambil terhadap penipuan dan tuntutan palsu oleh Pejabat Tanah Bera selain daripada menebus maruah ayah saya yang kononnya cuai dan culas untuk membayar cukai.

“Tindakan salah itu bagi kami amat menyusahkan dan memalukan juga menyebabkan kami sekeluarga tidak dibenarkan untuk mengadakan bicara kuasa sejak 2008,” jelasnya.



Friday, March 18, 2011

Saman ekor: Kerajaan makan duit haram!

Saya fikir kerajaan Malaysia yang bertulangbelakangkan Umno bertindak amat keterlaluan dalam isu memeras wang rakyat kerana kesalahan saman ekor.

Bagi saya, menekan dan memeras ugut titik peluk rakyat hanya kerana kes kesalahan yang sekadar dibuktikan melalui kamera semata-mata, amat menganiaya dan menzalimi orang ramai yang rata-rata sedang terhimpit dengan kos hidup yang tinggi sekarang.

Lebih zalim lagi, bagi mangsa yang tidak membayar (yang sudah pasti kerana merasa tidak bersalah) akan disenaraihitamkan sehingga dihalang daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu oleh JPJ.

Tidakkah itu berbentuk tekanan dan peras ugut terhadap rakyat hanya kerana kerajaan semata-mata dahagakan wang rakyat?

Bayangkan kenderaan yang sudah menjadi keperluan manusia hari ini, hanya kerana kesalahan yang tidak pasti, kemudahan yang ada menjadi satu kesusahan pula bagi mangsa saman ekor.

Malangnya, pihak kerajaan tidak langsung mahu mendengar suara hati rakyat yang meronta-ronta dan memberontak tidak bersetuju peras ugut itu. Kenapa begitu sekali?

Kebetulan, tadi, saya terbaca satu mesej mangsa saman ekor yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Mesej yang bertajuk 'Tak halal duit saman' berbunyi begini:

Saya bekerja dan tinggal di Kuantan. Satu saman direkodkan atas nama dan kenderaan saya di KLIA sedangkan ketika itu saya dan kenderaan berada di Kuantan. Walaupun saya rasa tak bersalah, tapi untuk mengelak disenarai hitam, terpaksa bayar juga saman. Agaknya begitulah nasib ramai lagi pengguna. Walaupun saman saya bayar, duit itu saya tak halalkan. - BENGANG SOKMO

Kepada saya, semua mangsa saman ekor jelas tidak menghalalkan wang mereka tetapi mereka terpaksa membayar kerana peras ugut oleh kerajaan sendiri!

Saya juga ada dengar satu kes melibatkan sahabat saya, iaitu Ustaz Abdul Hamid Bahatim dari Bentong. Beliau baru-baru ini apabila menyemak samannya di polis bahagian trafik, terperanjat besar kerana didapati ada saman ekor bernilai RM2,000 lebih.

Oleh kerana tidak mahu disenaraihitam (kerana sistem matalah dan sebagainya), beliau secara rela paksa terpaksa juga membayar jumlah tersebut. Tetapi selepas meminta senarai saman tersebut di kaunter, alangkah terperanjat besarnya beliau kerana kesalahan yang dibuat di lokasi yang tidak pernah beliau pergi seumur hidup dan pada catatan waktu yang amat mustahil baginya berada di situ.

Tetapi apa boleh buat? Siapakah pembesar yang sudi mendengar rintihan hatinya?

Saya fikir kes kesilapan seperti ini banyak berlaku kepada mangsa lain, namun pihak kerajaan tidak mahu langsung memperbaiki kesalahan atau sistem saman yang dimangsakan malahan berkeras mahukan wang rakyat.

Tidakkah kerajaan pimpinan Umno merasa sekelumit pun kesalahan apabila memeras wang daripada rakyat sendiri? Apakah denda yang dikenakan berbentuk hukuman untuk mengajar atau untuk memeras ugut rakyat yang melantik mereka memerintah?

Tidakkah yang menjadi mangsa saman ekor itu kebanyakannya rakyat bawahan yang hidupnya sekadar 'kais pagi makan pagi'?

Jika pimpinan kerajaan boleh bermewah-mewah keluar negara, mampu boros berbelanja, boleh berbelanja sakan dalam pilihan raya kecil, kenapa rakyat marhaen yang sudah susah mencari makan mahu disusahkan lagi kehidupan mereka?


Kerajaan digesa bela nasib generasi kedua Felda

Harakahdaily
KUANTAN:
Kerajaan digesa mengambil serius nasib dan masa depan generasi kedua Felda daripada terlalu berpolitik dengan menjanjikan pelbagai imbuhan dan wang kepada komuniti itu.

Anak seorang peneroka Felda dari Kota Gelanggi 1, Kamarul Hatta Mohamed Ali, 42, berkata, selain peneroka generasi kedua di tanah-tanah rancangan yang berjaya juga sepatutnya diberi banyak peluang supaya mereka tidak berhijrah.

Tambahnya, apabila mereka yang mendapat pendidikan formal dan berkemahiran tinggi tidak diberi ruang akhirnya terpaksa membina kerjaya dan kehidupan di luar Felda sehingga tinggallah generasi kedua yang sesetengahnya bermasalah.

Menurut Kamarul, pengalaman berkempen di kawasan Felda pada pilihan raya kecil (PRK) Kerdau baru-baru ini beliau banyak bertemu generasi kedua dan ketiga yang pulang ke Felda untuk mengundi, rata-rata tidak puas hati kerana tiada peluang pekerjaan di tanah rancangan sehingga terpaksa berhijrah ke ibu kota mencari rezeki dengan meninggalkan ibu bapa yang telah tua.

“Anak peneroka sepatutnya diberi peluang membina kerjaya dalam rancangan Felda seluruh negara melalui peningkatan peluang pendidikan dan kemahiran dengan misi agar pengurusan Felda kelak akan di tadbir oleh anak-anak peneroka.

“Anak-anak peneroka yang telah terbukti berjaya di luar patut dibenarkan lebih ramai bekerja dalam anak-anak syarikat Felda. Apa yang berlaku tidak begitu, contohnya kontrak-kontrak yang diserahkan oleh Felda Plantation dan Technoplant kebanyakannya dijalankan oleh orang-orang luar,” ujarnya

Tambah Kamarul, akibatnya anak-nak peneroka terpaksa bekerja sebagai kuli kepada kontraktor luar yang mengusahakan ladang-ladang bapa mereka.

Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak mengambil berat pendedahan daripada Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye bahawa kadar jenayah di Felda semakin meningkat setiap hari.

“Isu ini tidak boleh di pandang remeh. Dimana peranan pengurusan Felda didalam menyelesaikan masalah ini? Sehingga kini tiada satu usaha pun dilihat bagi membendung masalah gejala sosial dan maksiat.

“Tidak adakah rasa simpati dengan sesetengah generasi kedua dan ketiga yang masih terpaksa menumpang sebumbung dengan ibu bapa walaupun sesetengahnya sudah berkeluarga. Jadi Felda yang sudah maju dengan hasil titik peluh peneroka sepatutnya memberi kemudahan perumahan untuk mereka.

“Bagi menjamin pengeluaran hasil berterusan di samping nasib anak Melayu terbela, anak-anak peneroka patut digalakkan terlibat dalam pengurusan ladang dan persekitaran melalui agihan dan memajukan lot-lot tanah kosong untuk keperluan mereka,” katanya.

Dalam pada itu Kamarul mendesak kerajaan negeri Pahang supaya mempercepatkan proses pemberian geran tanah setelah peneroka menjelaskan bayaran kembali dan menaik taraf penempatan Felda yang telah mendapat hak milik.

Katanya, beliau diberitahu kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah bertungkus lumus menyelesaikan masalah geran kepada peneroka.


GAMBAR:

Kamarul Hatta (baju putih, tengah) bersama Dato' Fauzi dan jentera pakatan Rakyat di Jengka 22 dalam PRK Kerdau

Thursday, March 17, 2011

Kasihan penoreh, harga getah terus menjunam

Itulah takdir Tuhan yang Maha Kaya. Betapa lemah hamba-hambanya untuk menghidu hukum sebab dan akibat, apa lagi mengatasi kuasaNYA.

Hanya beberapa minggu lalu, iaitu sewaktu rancak kempen pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau, menoreh getah dianggap sumber pendapatan yang lumayan. Ini disebabkan harga getah yang tinggi dan stabil sehinggakan harga getah sekerap sahaja pernah mencecah RM8 sekilo.

Ketika itu rata-rata orang kampung menganggap betapa makmurnya bumi 1Malaysia ini di bawah pentadbiran Kerajaan BN. Pemimpin-pemimpin kerajaan juga ketika berkempen memenangkan calon Umno, terus mendakwa hanya mereka menyebabkan harga getah tinggi.

Pada ketika itu, penoreh getah tidak lagi dianggap ‘pekerja kelas dua’ kerana sedikit demi sedikit mereka boleh mengumpul harta termasuk mencantikkan rumah dan bermotokar.

Banyak kes, anak-anak muda yang bekerja kilang di bandar-bandar besar rela pulang semula ke kampung untuk mengusahakan kebun-kebun getah orang tua masing-masing kerana pendapatannya tinggi dan kerjanya senang.

Bagaimanapun sejak seminggu seusai PRK, fenomena ini mulai berubah dengan penurunan mendadak harga komoditi itu.

Bayangkan, terdapat aduan harga getah pada ketika ini menjunam sehingga RM3.50 sekilo, iaitu penurunan lebih 50 peratus. Sesetengahnya berkata, ada beberapa pemebeli getah berhenti daripada urusniaga kerana tidak mahu menanggung kerugian setiap hari apabila harga yang dibeli daripada pekebun lebih rendah daripada harga jualannya.

Keadaan ini memberi kejutan besar kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri tersebut. Ditambah lagi dengan kos harga barangan keperluan harian yang sentiasa melambung tanpa kawalan pada ketika ini.

Lebih mencemaskan, harga komoditi tersebut dikatakan akan terus menjunam dalam tempoh terdekat ini dan melihat kepada trend sekarang, ada yang berkata harga getah boleh jatuh sehingga ke paras RM1 sekilo.

Bagi yang pendapatan mereka bergantung kepada getah, keadaan tambah merungsingkan apabila hari hujan atau bagi yang menoreh getah secara pajak atau “perdua”.

Sebab sebenar kenapa terjadi demikian tidak diketahui namun ada yang berkata senario ini ekoran Tsunami dan gempa yang berlaku di Jepun atau kemelesetan ekonomi dunia.

Pihak kerajaan yang sepatutnya berbuat sesuatu untuk membantu pekebun-pekebun kecil, malangnya terus membisu tanpa sebarang kenyataan.

“Harga getah terus menjunam daripada RM8 masa kempen pilihan raya dulu kini dah jadi RM3.50. Penurunan besar ini sudah tentulah sangat menjejaskan pendapatan dan amat memeritkan kehidupan pekebun kecil seperti kami yang bergantung sumber pendapatan dengan kebun getah”.

“Ini disebabkan harga barangan keperluan harian yang melonjak sejak kenaikan harga minyak dulu tidak pula turun-turun”, keluh seorang pekebun kecil, Ahmad Mohd Yaman, 62.

Beliau berkata, jika pihak Umno dan kerajaan semasa berkempen dahulu mengaitkan ketinggian harga getah kerana kepandaian memerintah maka beliau berharap pihak tersebut melakukan sesuatu sekarang demi kepentingan orang Melayu kampung yang rata-rata bergantung dengan pertanian itu.



Wednesday, March 16, 2011

Rungutan orang Kerdau selepas PRK

Saya selalu memikirkan bahawa warga Kerdau akan berada dalam situasi yang lebih selesa jika tidakpun mewah, selepas tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung kira-kira dua minggu lalu.

Ini disebabkan, pelbagai macam kesenangan dan janji-janji ditaburkan kepada kira-kira 20,000 penduduk Kerdau, sebaik sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan berkenaan, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, menemui ajalnya 12 Februari lepas.

Sejak itu, puluhan juta dibelanjakan sama ada melalui menteri, menteri besar, ketua-ketua jabatan, ahli politik hinggalah kepada jentera kempen Umno tanpa sebarang audit atau penyata kewangan. ‘Kemewahan’ ini sehingga memenangkan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, dengan undi yang lebih besar.

Sepatutnya warga Kerdau (penduduk luar bandar dan Felda), berdasarkan ambil berat pemimpin dan janji-janji mereka, sudah barang tentu berada dalam keadaan amat selesa, hidup senang dan tiada masalah lagi yang timbul.

Namun begitu, tanggapan saya meleset apabila ada-ada saja makluman tidak puas hati penduduk diadukan dan sering didengari.

Sejak semalam, beberapa SMS masuk ke telefon bimbit saya mengatakan bekalan air paip sudah kembali kepada keadaan asal sebelum PRK, iaitu sering terputus di banyak kawasan di Kerdau.

Sebelum PRK, sudah acap kali berlaku penduduk di Batu Sawar, Pulau Pasir Mandi, Paya Perak dan kampung-kampung (dalam Dun Kerdau) menghadapi terputus bekalan air paip. Namun masalah tersebut digelapkan seketika dengan pihak tertentu meletakkan tong air besar di simpang masuk kampung.

Sebenarnya, masalah besarnya ialah batang paip besi saluran air yang berselirat di bawah tanah sudah berusia puluhan tahun, telah tersumbat, pecah rosak dan sebagainya. Tetapi masalah ini tidak diselesaikan bagi mengatasi masalah jangka panjang.

Banyak cerita lagi yang terlarat untuk dimuatkan di sini. Papan tanda masjid baru di Kampung Ketam, janji membaiki semula perumahan di Paya Taram, jalan yang belum siap berturap dan pelbagai-bagai lagi.

Kini menteri dan pembesar-pembesar kerajaan yang bergentayangan dan hiruk-pikuk bersama orang Kerdau ke kebun dan ke dapur dulu, sudah pulang dengan hati yang puas setelah menang PRK. Tinggallah penduduk yang terus mengomel dan merungut masalah yang sudah berlarutan puluhan tahun tanpa penyelesaian.

Namun begitu tersentuh juga hati saya bila ada yang mengatakan, takdirnya sehari dua ini berlaku sekali lagi PRK Kerdau. Maka BN akan menang lagi!

Terima wang SES: Peneroka patut terima kasih kepada PAS

TEMERLOH: Bekas calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau, Hassanuddin Salim, mengingatkan peneroka seharusnya berterima kasih kepada PAS kerana dengan perjuangan parti itu mereka menerima wang SES dan wang insentif sawit daripada Felda.

Serentak dengan itu, beliau menggesa Felda segera memulangkan wang berkenaan kepada semua peneroka di seluruh negara dan tidak hanya menunaikan janji pilihan raya.

Kelmarin seramai 260 peneroka Felda Jengka 22 menerima bayaran SES sebanyak RM13,000 manakala peneroka Felda Jengka 23 menerima bayaran Skim Insentif Tanam Semula (SITS) daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Sebelum itu, bayaran tersebut telah dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan diulang semula oleh Datuk Ahmad Maslan ketika berkempen dalam PRK Kerdau.

Jengka 22, 23 dan 25 merupakan kawasasan Tanah Rancangan Felda yang termasuk dalam Dun Kerdau.

“Wang SES dan wang insentif sawit merupakan isu hak peneroka yang dibangkitkan oleh PAS dan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dalam kempen PRK Kerdau minggu lalu.

“Oleh kerana tersepit PM dan Felda terpaksa berjanji demi untuk meraih undi dan sekarang mereka terpaksa tunaikan janji.

“Sebab itu Felda Jengka 21 dan Jengka 24 yang hanya berada bersebelahan tidak dapat bayaran SES atau wang insentif itu kerana tidak termasuk dalam Dun Kerdau,” ujarnya.

Wang SES ialah bantuan tanam semula Risda daripada kutipan setiap jualan getah berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan getah sebanyak 15 sen per kilogram kering yang mana 10 sen untuk kerajaan dan 5 sen mesti dikembalikan semula kepada peneroka.

Najib ketika berkempen dalam PRK Kerdau baru-baru ini, telah memberikan tiga pilihan kepada warga peneroka berhubung bayaran SES berkenaan.

Pilihan pertama peneroka menerima bayaran kira-kira RM13,000, tetapi bayaran kembali (BK) mereka akan bertambah sebanyak RM650 sebulan, sementara pilihan kedua SES, mereka dapat separuh, RM6,500 dan BK mereka, RM550 sebulan. Jika mereka tidak menuntut apa-apa, mereka hanya perlu bayar balik BK RM400 sebulan.

Dalam pada itu, Hassanuddin mahu Felda menyelesaikan kedua-dua pembayaran wang tersebut kepada peneroka seluruh negara kerana itu hak mereka.

“Semua peneroka berhak menerima semula wang mereka tanpa syarat. Apakah kerajaan mahu menunggu satu demi satu wakil rakyat kawasan Felda mati baru nak bayar untuk umpan peneroka dalam PRK?,” soal Hassanuddin.



Monday, March 14, 2011

Loji nuklear Jepun meletup: Benarkah tidak boleh keluar rumah?

Saya mendapat satu SMS dalam bahasa Inggeris yang berbunyi: “A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4.30 AM today. If it rains tomorrow or later, don’t go outside...”

Apakah kesannya kepada kita jika hujan yang mengandungi radioaktif itu mengenai kulit kita atau beredar di perudaraan sekeliling kita?

Setakat ini pihak berkuasa, sama ada Alam Sekitar mahupun Kesihatan, belum memaklumkan apa-apa. Bagi saya, jabatan-jabatan tersebut mesti mengisytiharkan sesuatu supaya rakyat tidak panik!

Menurut sebuah laman sesawang yang saya tinjau pula:

“Semua sedia maklum, bahawa loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun telah bocor akibat gempa bumi dan tsunami.. Apa yang merisaukan kita adalah kesan radiasi tersebut, iaitu pencemaran radioaktif.. Di Jepun sendiri, lebih 170,000 diarahkan berpindah dari kawasan timur laut itu.

“Pencemaran radioaktif ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kanser, kecacatan, kelahiran pra-matang dan lain lain lagi.. Setakat yang aku belajar kat sekolah dulu, inilah antara kesan kesan buruk. Jadinya, aku pun sokong agar Malaysia bawa pulang rakyat/pelajar yang kini berada di Jepun.

“Memang menakutkan jikalau pencemaran radioaktif ini merebak ke negara kita.. Tapi menurut Profesor Datuk Dr. Proom, kesan radiasi hanya berlegar di sekitar loji terbabit memandangkan suhu di kawasan tersebut hanya dianggarkan 300 darjah celsius.. Hanya jika suhu melebihi 1000 darjah celsisus, kesan radiasi akan naik ke atmosfera dan mampu merebak ke negara kita.. Kalau tengok peta pun, jarak Malaysia dan Jepun jauh... Harapnya tak sampailah.

“Agensi Nuklear Malaysia pula akan beri penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Jepun dalam tempoh terdekat dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air turut meminta orang ramai agar tidak menimbulkan spekulasi berhubung kejadian ini.. Kita tunggu jelah.

“Berhubung pembinaan loji elektrik nuklear kat negara kita plak, aku rasa kerajaan kena fikir elok-elok lah.. Memang ade baiknya dan dalam masa yang sama ade jugak buruknya.. Ape ape pun, tempoh untuk menjalankan penyelidikan masih panjang.”

Selamatkan Pahang mahu Kerajaan segera menjelaskan kekeliruan ini. Sama ada bahaya atau tidak...

Amanat untuk pelajar Melayu di Mesir

“Belajarlah rajin-rajin sehingga lulus cemerlang, dan medan sebenar untuk para ustaz ialah apabila balik nanti kerana terpaksa berhadapan dengan realiti penyelewengan paling besar iaitu pemerintah yang tidak mendaulatkan Islam.

“Satu lagi, lawan kita nanti ialah sebuah parti (Umno) yang juga didokong oleh sebahagian ustaz dan ustazah lulusan universiti Timur Tengah sehingga banyak umat Islam yang terkeliru seolah-olah yang direbutkan hanya kuasa sedangkan persoalan yang paling besar ialah terpinggirnya hukum Allah. Kerana dari situlah lahirnya pelbagai syirik.

“Apabila berada di lapangan dakwah nanti, ustaz-ustaz akan terpaksa menjelaskan hukum tahalluf siasi, iaitu di mana signifikannya PAS berkerjasama dengan DAP. Setakat ini kerjasama yang asas hukumnya ada dalam Sirah itu, dikelirukan Umno kepada orang Melayu (tradisional) sehingga mampu menang besar di PRK Kerdau baru-baru ini.

“Walaupun Umno bersama MCA dan MIC sudah 60 tahun bersekongkol, ini pula diselindungkan. Semua ini perlukan para ustaz semua bila habis belajar nanti terjun ke tengah medan dan bangkit memperjelaskan semua kekeliruan yang ditimbulkan.”

Demikianlah antara amanat disampaikan Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanuddin Salim, mewakili Badan Perhubungan kepada 60 pelajar Malaysia yang akan pulang ke Mesir pada 20 haribulan nanti.

Mereka merupakan anak-anak Pahang yang kebanyakannya belajar di Universiti Al-Azhar, yang pulang ke tanah air baru-baru ini ekoran berlaku pergolakan dan revolusi sehingga tercampaknya Presiden Hosni Mubarak dari tampuk pemerintahan.

Turut memberi ucapan ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.

PR Pahang gesa kerajaan sediakan pelan proaktif naik taraf jalan

KUALA LIPIS: Ekoran sungutan penduduk yang terlibat sekitar kawasan projek naik taraf jalan dari Lipis ke Gua Musang, Pakatan Rakyat (PR) negeri Pahang menggesa kerajaan menyediakan pelan proaktif agar sumber pendapatan mereka tidak terjejas.

Menurut Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Pahang Roslan Zainal, jika sesuatu tidak dilakukan pendapatan mereka yang rata-rata berniaga di sepanjang jalan yang menghubungkan Kelantan dengan ibu kota akan merudum dan terus gulung tikar.

“Oleh yang demikian pihak kerajaan mesti menyediakan pelan proaktif yang praktikal bagi memastikan para peniaga di sepanjang laluan Projek Menaik Taraf Jalan Laluan 8 Dari Kg Relong ke Gua Musang tidak terjejas sumber ekonomi mereka ekoran projek tersebut.

“PR Pahang menerima sungutan dan aduan penduduk terutamanya di Pekan Merapoh dan Kampung Teluk Gunung yang bimbang kemungkinan punca pendapatan mereka yang membuka perniagaan di sepanjang jalan raya sedia ada akan terjejas teruk.

“Kebimbangan ini kerana di bawah projek tersebut, laluan sedia ada didakwa dilencongkan sepenuhnya bermula daripada jambatan Sungai Tanum berhampiran Felda Chegar Perah hingga ke sempadan Pahang – Kelantan di Kampung Mentara,” ujarnya .

Roslan yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Pahang berkata, lencongan tersebut merupakan laluan baru sepenuhnya yang tidak lagi melalui Perkampungan Felda Chegar Perah, Perkampungan Felcra Sungai Temau, Kampung Kubang Rusa, Kampung Teluk Gunung dan Pekan Merapoh.

Tambahnya, antara premis perniagaan yang bakal terjejas teruk ialah Stesen Minyak Caltex dan beberapa pusat Rawat dan Rehat (R & R) di Merapoh. Difahamkan stesen minyak tersebut baru sekitar setahun lebih beroperasi dan dimiliki oleh sebuah koperasi tempatan.

“Justeru PR Pahang menggesa kerajaan negeri Pahang serta semua agensi kerajaan Persekutuan yang terbabit menyediakan pelan tindakan alternatif bagi merangsang pertumbuhan ekonomi kampung-kampung tersebut di samping merangka program segera untuk membantu para peniaga yang terkesan langsung daripada projek berkenaan.

“PR Pahang juga menggesa Kerajaan Persekutuan menimbang kembali pelaksanaan Projek Lebuh Raya Laluan Tengah Utama (Central Spine Highway) berkapasiti empat lorong dari Seremban – Simpang Pelangai – Kuala Krai yang tidak diluluskan kerajaan pada pertengahan tahun 2010,” jelasnya.

Roslan berkata, projek lebuh raya tersebut mesti diluluskan dan dilaksanakan secara berperingkat serta berhemah dengan memastikan kelestarian alam sekitar dan khazanah hutan, dan lebih penting ianya bebas tol.

Tambahnya, lebuh raya tersebut jika dilaksanakan bukan sahaja melancarkan kesesakan melampau trafik di musim perayaan malah mampu merangsang pembangunan kawasan Pahang Barat yang selama ini seakan-akan terpinggir daripada arus pembangunan.

Ujarnya lagi, rakyat Kelantan dan Pahang Barat boleh membantu supaya projek ini menjadi realiti dengan menyertai kempen berkaitan di laman komuniti Facebook “Central Spine Expressway.”


Ihsan daripada akhbar KABAR

PAS Pahang mahu kegiatan lombong besi dihenti

Harakahdaily

KUANTAN: Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang, Ramli Abdul Rahman, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang serta Pejabat Tanah dan Daerah bertindak menghalang aktiviti perlombongan bijih besi di Kampung Selamat Pelabuhan, dekat sini berikutan pencemaran teruk.

Menurutnya, aktiviti perlombongan yang dijalankan di kawasan seluas empat ekar sejak lima bulan lalu itu telah menimbulkan masalah pencemaran udara sehingga menimbulkan masalah kesihatan kepada kira-kira 1,000 penduduk tempatan.

“Saya telah melawat kawasan berkenaan setelah menerima aduan penduduk dan mendapati lokasi perlombongan amat tidak sesuai selain sikap kontraktor yang tidak mengindahkan keselamatan penduduk tempatan. Sekarang Kampung Selamat sudah tidak selamat.

“Kawasan di situ mengalami pencemaran teruk sehingga diselaputi banyak habuk apabila waktu panas dan berlaku banjir lumpur pada musim hujan. Keadaan ini menyebabkan ramai terutamanya kanak-kanak di situ menghidap batuk, selesema dan demam selain kering tekak.

“Penduduk juga mengadu, oleh kerana kawasan pengumpulan bijih besi hanya 100 meter dari kediaman penduduk menyebabkan berlaku pencemaran bunyi bising sehingga menyebabkan penduduk tidak lagi merasa aman,” ujarnya.

Tambah Ramli, turut teruk terjejas ialah peniaga kedai makan yang semakin kurang dikunjungi pelanggan akibat meja yang sentiasa berhabuk, bunyi bising dan suasana yang tidak selesa.

Menurutnya lagi, terdapat tiga kawasan penyimpanan bijih besi di situ dan pada setiap hari lebih 10 lori berulang-alik mengangkut besi berkenaan tanpa mengira waktu.

Yang menyedihkan, mereka seperti tidak menghiraukan keselamatan dan kesihatan penduduk sekitar yang berdepan dengan pencemaran udara selain kawasan yang kotor dengan lumpur.

“Operasi melombong seperti ini tidak boleh dibiarkan di kawasan kediaman seperti ini. Saya lihat ada penduduk yang terpaksa berkurung 24 jam seperti tinggal di dalam gua kerana pintu dan tingkap rumah tidak boleh dibuka akibat habuk berterbangan dengan banyak.

“Harapan saya kepada JAS, pejabat tanah dan pejabat menteri besar supaya berikhtiar menghentikan aktiviti membahayakan penduduk ini. Janganlah kerana memberi keuntungan kepada pihak tertentu, keselamatan penduduk pula terabai,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ramli berkata beliau akan mengusahakan pengumpul tanda tangan penduduk bagi membantah kegiatan itu dan akan dihantar kepada Menteri Besar Pahang.


Sunday, March 13, 2011

Mahu DNA Anwar atau mahu lindung Rosmah?

Umno ternyata mahu mengusutkan lagi keadaan perbicaraan mahkamah yang telah sedia kusut, dalam kes konspirasi liwat 2 melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keduanya, mereka berbuat begitu kononnya bagi melindung pemimpin mereka daripada mula dikaitkan terlibat dalam kes berkenaan.

Sekarang rata-rata Umno meniru gaya pembangkang berdemonstrasi, cuma bezanya polis tidak akan asak, ganggu atau serang mereka dengan tembakan gas. Demonstrasi terbaru mereka ialah meminta Anwar segera menyerahkan DNA kononnya bagi menyelesaikan profil misteri lelaki “Y”.

Pagi tadi, seorang ‘pemimpin kecil’ Umno Temerloh menunjukkan kepada saya satu SMS yang dihantar oleh Umno yang lain kepadanya (dan jangka disebarkan juga di kalangan penyokong Umno di sini) agar meminta mereka dan NGO sekutu Umno yang lain berkumpul di hadapan Masjid Abu Bakar Temerloh pada jam 11 pagi. Tujuan mereka, seperti yang saya sebutkan tadi, ialah kononnya untuk mendesak Anwar menyerahkan DNA.

Persoalannya jika sebelum ini tidak terdapat DNA Anwar di juburtaik Saiful, bagaimana pula beliau boleh disabitkan dengan kes berkenaan sehingga terpaksa diheret ke mahkamah?

Kenapakah perlu dapatkan DNA Anwar dulu baru mahu dedahkan profil “Y”? Jika profil “Y” dianggap misteri, bagaimana pegawai penyiasat polis boleh mengaitkannya dengan Anwar?

Sebagai seorang yang bukan loyar, saya bertanya demikian kerana bersarang kekelabuan dalam kepala saya (dan saya rasa termasuk rakyat teramai) berkaitan kes berkenaan.

Akan tetapi, saya rasa ada satu isu lagi, tentunya yang lebih besar, mahu dilindungi Umno dalam perbicaraan yang hanya dikatawakan sahaja di luar negara itu.

Jumaat lalu, seorang pegawai penyiasat kes yang disifatkan sebagai ‘konspirasi peringkat atasan’ itu, Supt Jude Blacious Pereira, dalam keterangannya sebagai saksi akhir telah mengakui beliau telah bertemu dan mengambil keterangan daripada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes liwat itu.

Kenapa penyiasat polis perlu menemui Rosmah dahulu sebelum atau selepas menyiasat sesuatu kes melibatkan ahli politik? Apa jawatan Rosmah dalam pasukan polis?

Malangnya pengakuan polis berkenaan tidak dilaporkan mana-mana akhbar arus perdana (pro-Umno) dan hanya tersiar di internet.

Selain Rosmah, pegawai polis berkenaan juga mengaku bertemu suaminya Datuk Seri Najib Abdul Razak dan rakat karibnya Datuk Mumtaz Jaafar.

Untuk apa?

Persoalan ini menghantui kepala rakyat teramai yang sudah tentu jengkel dengan kes berkenaan.

Saya rasa, yang aulanya ialah orang Umno yang mahu berdemonstrasi meminta polis menjelaskan apa yang diambil daripada Rosmah. Inilah yang sebenarnya bagi melicinkan perbicaraan dan supaya dalam kepala rakyat tidak berfikir yang bukan-bukan. termasuk juga rakyat melihat Umno mahu menutup kenyataan berkenaan.

Apabila Umno hanya mahu berdemonstrasi dengan berkepentingan politik dan menutup isu pertemuan polis dan Rosmah, keadaan kes ini akan membawa kepada lebih sukar untuk dirungkai.

Bagaimanakah kalau sekiranya pemuda AMK pula, dan yang lebih besarnya pemuda Pakatan Rakyat berdemonstrasi mahu minta Rosmah memberi penjelasan kenapa beliau boleh ditemui Jude?