Showing posts with label Kalam Editor. Show all posts
Showing posts with label Kalam Editor. Show all posts

Monday, October 1, 2018

Dilarang berpolitik dalam masjid.... tapi Anwar boleh?

Dulu bukan main diheboh diperkatakan supaya jangan berpolitik di masjid. Sampaikan guru-guru agama yang berkuliah pun diberi amaran keras agar tidak cuba mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur politik, meskipun politik itu tidak boleh dipisahkan daripada agama khususnya Islam.

Pada satu masa, ada tok guru yang mengajar dicerca dan diusir keluar kononnya katanya berceramah PAS.

Namun gambar ini jelas menunjukkan calon PH dari PKR yang bertanding di PRK Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, terang-terang berkempen di dalam masjid.

Wednesday, September 12, 2018

Demi jimat wang rakyat, apa kata Anwar jangan bertanding?

Setelah berminggu-minggu spekulasi berlegar, akhirnya hari ini diketahui Presiden (menang tanpa bertanding) PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson.

Ia diumumkan sendiri oleh ahli sendiri, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, bagi memberi laluan kepada Anwar sebagai persediaan untuk beliau menjadi perdana menteri.

Perjanjian yang dimeterikan PH sebelum PRU yang lalu ialah Tun Mahathir akan mengetuai kerajaan selama dua tahun dan selepas itu jawatan berkenaan akan diserahkan kepada Anwar.

Saturday, September 8, 2018

Bina Rumah Makmur dialu-alukan

Usaha Kerajaan Pahang untuk membina Rumah Makmur sebanyak 4,000 buah rumah dalam tempoh lima tahun bagi golongan rakyat Pahang yang berpendapatan rendah dan sederhana memang sepatutnya dipuji dan disokong kerana memiliki rumah sendiri merupakan impian dan cita-cita semua orang khususnya pasangan yang telah  berumahtangga. Ini disebabkan keperluan tempat kediaman ini sama pentingnya selepas keperluan makan dan pakai.

Monday, August 27, 2018

“Kita semua ni dah kena kencing”, kata peneroka Jengka 19 di Pahangfm

Agak menarik juga petang semalam apabila mendengar seorang peneroka dari Jengka 19 yang membahasakan dirinya sebagai “Abang Nazri”, secara live dalam rancangan Apa Kabo Weh di Pahangfm selamba mengatakan rakyat kini telah dikencing oleh kerajaan baharu (PH) yang memerintah pada ketika ini.

Beliau merujuk kepada harga semasa sawit dan  getah yang murah serta harga minyak yang tidak turun ketika ini juga permasalahan-permasalahan peneroka yang tidak diselesaikan.

“Apa boleh buat kita dah tersalah.... kita semua ni dah kena kencing,” katanya dalam nada kecewa. Sipemanggil itu juga mengaitkan kemungkinan Brim yang diterima rakyat memerlukan sejak dahulu, bakal dimansuhkan.

Rancangan tersebut adalah berbentuk interaktif di mana pendengar boleh membuat panggilan untuk meluahkan pendapat dalam loghat bahasa Pahang.

Wednesday, May 16, 2018

Salam Ramafan Al mubarak

Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap muslim dan mukmin tiba jua. Mulai selepas sahur dinihari nanti kita akan menjalani ibadah puasa. Di mana ganjarannya hanya Allah sendiri yang akan membalasnya. Syukur ke hadrat Ilahi yang masih memberikan kita semua ruang untuk menjalani bulan yang barokah di sisi Allah ini.

Salam Ramadan kepada semua pembaca blog Selamatkan Pahang ini.
 
Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

Saya selaku admin memohon maaf di atas setiap salah silap serta keterlanjuran..

_*”Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampuni.”*_ (HR. Bukhari)

Tahniah Wan Rosdy, moga Pahang Barat lebih maju

Pelantikan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang yang baru, diharap semua pihak agar dapat memajukan Pahang Barat, ataupun ulu Pahang, yang sejak sekian lama ketinggalan berbanding sebelah timur khususnya Kuantan.

Wan Rosdy yang merupakan Adun Jelai sejak empat penggal yang lalu dilantik dalam Majlis Pengurniaan Surat Cara Lantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang di Istana Abu Bakar, petang semalam menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob.

Istiadat disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut berkenan berangkat ialah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman.

Tuesday, April 10, 2018

Mengundi hari bekerja: SPR dikecam tidak sensitif

Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui pengerusinya Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah yang menetapkan tarikh Pilihan Raya ke-14 pada hari Rabu 9 Mei, mengundang banyak kecaman.

Ini seolah-olah ingin menghadkan peluang rakyat Malaysia daripada mengundi, kerana hari tersebut bukannya cuti umum.

Betapa tidak sensitifnya SPR, rungut mereka.

Kita mengambil contoh Dun Jengka sahaja. Menurut sumber, terdapat tidak kurang 2,000 pengundi yang berada di luar kawasan terutamanya yang bekerja di Lembah Klang. Bagaimana mereka dapat meraikan ‘pesta demokrasi’ ini jika dipaksa berkejar dan dihambat dalam masa yang singkat, sedangkan SPR mempunyai banyak pilihan hari jika prihatin sedikit dengan kehendak dan keperluan rakyat?

Contoh yang lain, ada beberapa pengundi di Dun Paya Pulai terdiri daripada pendidik yang sedang bertugas di Sabah. Kenapa SPR dengan mudah menafikan hak mereka untuk memilih pemimpin untuk masa depan mereka? Jadilah berlaku pertembungan, dalam mana SPR dan Kementerian Penerangan menghabiskan jutaan ringgit untuk iklan menggalakkan rakyat Malaysia mengundi. Namun pada masa yang sama SPR menetapkan tarikh yang sangat tidak bersesuaian, iaitu di pertengahan minggu.

Satu hal lagi, pelajar sekolah juga akan menjadi ‘korban’ hasil penetapan tarikh yang tidak sesuai ini. Bayangkan, untuk menyusun keperluan petugas polling agents dan counting agents memerlukan kedudukan tertentu terutama susunan meja, bilik kelas, pintu yang ditampal stiker tertentu, kedudukan pusat pengiraan dan lain-lain. Untuk mengatur dan menyediakan semua itu sudah tentu tidak mampu dilakukan dalam sekelip mata. Justeru berapa hari anak-anak pelajar terpaksa bercuti dan guru-guru mereka juga terpaksa bertugas?

Apakah SPR terlepas pandang dengan semua itu?

Rakan penulis blogger Cucu Mat Kilau ( https://cucumatkilau.blogspot.my/2018/04/ngo-angkara-persoal-tindakan-spr.html?m=1 ) juga turut mempersoalkan tindakan menetapkan tarikh tersebut.

Katanya, pilihan raya adalah detik bersejarah yang wajar disertai oleh majoriti pengundi. Hairan, dalam banyak-banyak hari bagaimana boleh memilih hari Rabu iaitu hari bekerja untuk satu detik bersejarah seperti itu.

SPR dalam sidang medianya pagi tadi menetapkan 9 Mei ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) manakala, tarikh penamaan calon pula pada 28 April ini.

Tarikh 5 Mei pula diputuskan untuk hari pengundian awal dan tempoh berkempen untuk PRU-14 kali ini adalah selama 11 hari.

Sebanyak 14,940, 624 pemilih layak mengundi pada PRU-14 kali ini berdasarkan daftar pemilih Suku Keempat 2017.

Rakyat gembira untuk berhadapan dengan pilihanraya, inilah masanya mereka memilih pihak mana yang difikirkan sesuai, Sama ada mahu kekalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) memilih Gagasan Sejahtera (GS) atau pun Pakatan Harapan (PH).

Sewajarnya, pilihlah tarikh hari cuti Sabtu atau Ahad agar senang untuk rakyat keluar mengundi. Kenapa pilih hari bekerja?.

Sebelum ini senario hanya berlaku kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) sahaja. Namun kali ini melibatkan Pilihan Raya Umum (PRU) dan ia merupakan sesuatu yang amat mendukacitakan rakyat sebenarnya.

Paling parah, hari bekerja di tengah-tengah minggu pula (Rabu). Pilihlah hari Isnin, agar pengundi boleh merancang percutian bermula pada Sabtu hingga Isnin, untuk keluar mengundi. Tambahan pula bagi yang mengundi di kampung halaman masing-masing


Memilih hari Rabu menyebabkan ramai yang pasti gagal keluar mengundi dan peratusan juga akan menurun, tambahan pula kepada yang berada jauh di perantauan dan golongan muda. Sebab mereka terpaksa ambil cuti dua hari sama ada Selasa Rabu atau Rabu Khamis untuk balik mngundi. Tidakkah SPR terfikir semua ini?.

Pemilihan hari mengundi perlu dibuat secara teliti dan profesional jika benar SPR mahu menaikkan peratusan keluar mengundi. Bahkan memang dalam sejarah pilihanraya dulu-dulu ada dibuat pada hari bekerja namun dalam memudahkan urusan rakyat keluar mengundi maka keutamaan perlu diberikan pada hari cuti, ia lebih afdal.

Walau pun Rabu diisyhtiharkan cuti peristiwa, namun kesusahan kepada pengundi tetap ada dan ia memang tidak wajar sama sekali pada zaman moden hari ini. Takkanlah tak boleh fikir semua tu. Orang buat kenduri kahwin pun pilih hari Sabtu atau Ahad sebab cuti. Ia bagi memudahkan tetamu datang berkunjung sebab masing-masing bercuti. Inikan pula sebuah pilihanraya yang bertujuan untuk menukar kerajaan. SPR sedar ke tidak semua ini?.

Saya lihat beberapa PRU sebelum ini sudah dibuat pada hari yang sesuai iaitu hari cuti seperti PRU13 (Ahad), PRU12 (Sabtu), PRU11 (Ahad). Tapi tiba-tiba Pengerusi SPR yang ini tetapkan hari Rabu.,.. Ini bukan pilihan raya kecil ini pilihan raya umum, kena guna logik akallah.. nak memudahkan atau menyusahkan orang keluar mengundi.

Sebagai sebuah NGO bebas yang berkecuali saya berharap SPR dapat melaksanakan perjalanan pilihanraya dengan telus dan adil untuk kesemua parti politik yang bertanding.

Ingatlah, kamu melaksanakan amanah rakyat dan Allah atas muka bumi ini. Jalankan dengan ikhlas dan jujur kerana Allah bukan kerana manusia semata-mata, agar PRU14 dapat dilaksanakan secara aman dan harmoni.

Kita tidak mahu ada sikap double standard dalam setiap tindakan, yang menyebabkan rakyat tidak yakin dengan ketelusan SPR itu sendiri akhirnya. Selamat mengundi buat semua rakyat Malaysia.



Parlimen Temerloh: Sharkar bertanding dua kerusi?

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) telahpun mengumumkan Setiausaha Agung Pan, Anuar Tahir sebagai calon mewakili gabungan tersebut bagi merebut kerusi Parlimen Temerloh pada PRU akan datang.

Temerloh merupakan satu-satunya kerusi parlimen yang diperuntukkan kepada parti tersebut.

Anak Perlis yang telah kalah empat kali dalam PRU itu, diamanahkan merebut kerusi yang dimenangi PAS pada PRU yang lalu.

Tiada apa yang memeranjatkan dengan pengumuman tersebut, malah disambut lesu oleh sesetengah tenaga kerja parti tersebut kerana seolah-olah telahpun menjangkakan keputusan ‘KO’ kerana sudahlah kekurangan tenaga jentera atau petugas, malah akan terpaksa pula bertungus-lumus mengambil masa memperkenalkan calon asing yang tidak langsung dikenali ini.

"Tak ada anak tempatan ke?," rungut mereka.

Cuma dari kem BN, ternampak sidikit perhatian. Terdapat sedikit isu yang dibahaskan. Khabarnya Ketua Bahagian Umno Dato Mohd Sharkar Shamsudin sendiri bernafsu untuk bertanding. Paling mengejutkan, khabar dari sebelah sini belian akan bertanding dua kerusi iaitu Parlimen Temerloh dan Dun Lanchang, iaitu kerusi yang disandangnya sejak 1999 lagi.

“Barangkali sudah tiada calon yang diyakini lagi selepas kekalahan dan melompat Dato Saifudin Abdullah,” kata salah seorang pemerhati politik kedai kopi di sini.

“Barangkali Shakar target kali ini, tak Menteri Besar menteri,” kata seorang yang lain pula.

Jika benar Sharkar bertanding dua kerusi, bagaimana nasib Dato Riduan Hazimin dan Asririzal (Jayjay) yang dikatakan telah banyak berhabis wang dan masa setelah diisyaratkan ‘nama mereka naik’?

Selain daripada itu, Rafie Dato Hamdan dan Anuar Yunus juga dikatakan masih menaruh harapan.

Bagaimana pula hasrat majoriti penduduk tradisonal Lanchang yang mengidam dan menantikan anak tempatan dari mukim bersejarah itu untuk mewakili mereka sejak merdeka dahulu?

Orang Lanchang khabarnya sudah agak teruja dan menaruh harapan apabila Dato Azmi Mat Ludin yang memenangi jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh (mengalahkan Dato Saifudin dan Dato Akbar VV Aboo). Beliaulah yang diharap-harap mewakili mereka di Dun Lanchang. Malangnya, kali inipun hasrat mereka masih belum tercapai.

Apakah akan berlaku undi protes terhadap calon BN nanti?

“Wallahua’lam. Tetapi nampaknya PAS boleh mempertahankan Parlimen Temerloh lagi kali ini,” kata seorang anak muda apabila ditanyakan hal ini.



Thursday, November 29, 2012

Ibu mufti Pahang kembali ke rahmatullah

Ibu mufti Pahang Dato' Abdul Rahman Othman, kembali ke rahmatullah seawal jam dua pagi semalam (Rabu) di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Dikenali sebagai "Makcik Minah" di kalangan penduduk kampungnya Lebak, Temerloh meninggal dunia dipercayai sakit tua. Beliau sempat dimasukkan ke hospital berkenaan dikatakan berkaitan sesak nafas.

Beliau sebelum itu tinggal di rumah mufti dan seorang lagi anaknya Ustaz Sarafuddin Aisa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam Pahang, yang tinggal bersebelahan di Sungai Isap Damai, Kuantan.

Seorang lagi anaknya tinggal di sebelah kediamannya di Lebak iaitu Madani.

Makcik Minah juga ialah balu kepada bekas Tuan Kadhi Daerah Temerloh Tuan Haji Othman.

Arwah mempunyai pertalian keluarga dengan isteri saya.

Kali terakhir keluarga kami bertemu Allahyarhamah ialah ketika menziarahinya pada hari raya pertama Eidilfitri tahun ini.

Jenazah dimandikan di masjid Lebak dan siap disemadikan tanah perkuburan kampung berkenaan sekitar jam dua petang.

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama para solehin.... amin.


Friday, November 9, 2012

Renungan menjelang muktamar

Dengan izin Allah, hanya berbaki beberapa hari saja lagi, kita akan bersua dalam muktamar terakhir ini sebelum meletusnya ‘ibu segala pilihan raya’. Kita bertemu dalam suasana mood rakyat sudah berada di landasan mahukan perubahan. Kita juga berhimpun dalam senario pihak kerajaan Umno/BN sendiri sedang teraba-raba mencari tarikh pilihan raya umum (PRU).

‘Tsunami’ politik dirasakan hampir pasti akan berlaku berdasarkan negeri “fixed deposit” BN, Sabah pun sudah mula kehilangan pemimpin yang berbondong-bondong meninggalkan partinya, sehinggakan pemimpin tertinggi BN kelihatan cemas menguruskannya.

Ada yang menganalisis bahawa Pahang akan kekal di bawah Umno/BN walaupun kepimpinan Putrajaya bertukar tangan. Sudah tentu antara alasannya ialah komposisi peratusan Melayu luar bandar yang tinggi, tanah rancangan Felda yang jumlah pengundinya merangkumi 60 % keseluruhan dan Perdana Menteri sendiri datang dari negeri ini.

Namun saya harapkan analogi tersebut disambut sebagai cabaran oleh para pendokong kebenaran kerana Pahang tidak mustahil akan menerima limpahan perubahan. Jangan lupa, Pahang juga bersempadan dengan negeri-negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kelantan dan Perak (pada satu ketika dulu). Juga bersempadan dengan dengan negeri-negeri yang dianggap bakal dilanda ‘tsunami’ iaitu Negeri Sembilan, Terengganu dan Johor.

Pahang juga memiliki generasi kedua Felda yang telah berjaya dan kini berada di kota-kota besar yang sedar dan sentiasa mengamat-amati trend perubahan global. Mereka ini tahu dan arif membezakan pencapaian prestasi negeri di bawah PR dan BN. Mereka juga punyai pengaruh.

Najib pula secantik manapun imejnya yang disolekkan, tidak akan dapat lari daripada isu pengundi import dan memasukkan daerah pengundian Kuantan ke Parlimen Pekan.

Pun begitu, saya percaya kejayaan PRU 13 tidak akan berupaya diraih dengan enteng kerana BN yang terdesak sudah mulai meningkatkan tindakan tidak demokratik malah sanggup melakukan perkara di luar batasan perlembagaan negara demi survival mereka.

Sehubungan dengan itu saya menyeru semua anggota parti agar kian mendekatkan diri kepada Robbul Jalil, sekali gus meninggikan kualiti diri dalam semua aspek bagi menghadapi tentangan getir yang mendatang.

Sekian, selamat bermuktamar. Semoga amal jihad kita mendapat anugerah dan kemuliaan daripadaNYA.

Wednesday, August 29, 2012

Mohd Nor mula mencuri perhatian...

Saya sebetulnya tidak gemar sama sekali membangkitkan cerita sebegini walau walau secotet sekalipun. Namun tidak dapat tidak, saya telah dihubungi bertalu-talu minta pengesahan. Kini fokus telah dihalakan kepadanya berikutan laporan lidah rasmi Umno berkaitan cerita "sumbang mahram" yang kemudiannya disensasikan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Seperti dimaklumi umum, media dan blog-blog pro Umno sememangnya gemar memainkan isu seks, lucah dan porno sebagai satu medium serangan.

Serangan yang sebenar sudah tentu mensasarkan PAS.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 Mohd Nor telah bertanding mewakili PKR di Dun Damak, dalam Parlimen Jerantut.

Beliau sebenarnya boleh menang merampas Dun tersebut daripada BN tetapi terhalang kerana berlaku pertandingan tiga penjuru iaitu turut disertai oleh DAP.

Mohd Nor pada awal tahun lalu telah menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut seorang sahabat, kes melibatkan Mohd Nor mulai memberi liabiliti kepada PAS Jerantut kerana Umno Jerantut sudah memulakan serangan politik berkaitan isu ini.

“Umno dah menyerang dan kata apalah PAS ni.... abang sendiri pun tak boleh jaga...”.

Sudah ada rakan-rakan yang menghubungi minta pandangan saya. Namun bagi saya sendiri, saya berpendirian begini: Kes ini masih dalam siasatan dan beliau hanya suspek, maka saya tidak mahu menghukum dan mendahului keputusan.

Apa kata jika perkara tersebut fitnah? Tidakkah lebih besar dosanya menyebarkan fitnah yang belum terbukti? Maka saya menyeru sahabat-sahabat tidak menjadi seperti Umno yang memainkan isu mengaibkan orang lain sebagai ‘makanan ruji’ mereka.

Saya memilih untuk tidak mempercayai berita yang dibawa oleh agen 'syaitan yang dikenali' itu.

Begitupun, saya setuju dengan pandangan Shukri bahawa Mohd Nor mesti tampil membela diri dan membersihkan namanya selepas ini.

Wallahu a’lam.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 17, 2012

Cikgu Li Used Car meninggal dunia

Jarang sekali sesiapa yang menetap di bandar Temerloh, tidak kenal Cikgu Ramli yang menjual kereta terpakai. Nama sebenarnya ialah Ramli Mat Taha, 55, dari Kampung Tanjung Lalang, Temerloh.

Cikgu Li pada asalnya ialah seorang guru sekolah, kemudian berhenti dan mengusahakan perniagaan kereta terpakai. Seingat penulis, pada masa itu beliau berkongsi berniaga dengan Dr Shukri (Adun Pulau Tawar) di tengah bandar Temerloh.

Akhirnya beliau membuka perniagaan sendiri di Jeram dan batu 3, dan dikatakan agak mewah kerana mendapat permit menjual kereta-kereta mewah terpakai dari luar negara seperti Mercedes Benz.

Saya amat mengenalinya dan begitu juga beliau, iaitu seorang penyokong PAS. Sebenarnya, saya juga ada mempunyai kaitan persaudaraan dengannya iaitu sebelah arwah abah.

Pada petang Ahad lalu, beliau kembali ke rahmatullah dalam keadaan mengejutkan kenalannya akibat dilanggar oleh sebuah kereta mewah yang sedang berlumba di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Bentong.

Seingat saya, beliau seorang yang baik, peramah dan cepat mesra.

Menurut sahabat yang memandu keretanya, arwah meminta beliau memberhentikan kereta (dalam perjalanan ke Kuala Lumpur) kerana katanya mahu melihat satu kemalangan yang disangkanya membabitkan anak lelakinya.

Katanya, arwah turun dari kereta berjalan kaki kira-kira 50 meter ke belakang di lorong kecemasan dan berpatah balik ke kereta beberapa minit selepas itu.

Masa arwah patah balik saya lihat dia dari cermin sisi dan pada masa itulah tiba-tiba sebuah kereta mewah yang dipandu laju terbabas di lorong kecemasan lalu merempuh arwah dari belakang.

Ketika beliau keluar dari kenderaan dan lihat arwah sudah tidak bernyawa, yang menjadikan dirinya semakin marah apabila mendapat tahu kenderaan yang merempuh arwah dipandu laju kerana berlumba.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Ubudiah Batu Satu oleh para kenalannya. Jenazah kemudiannya selamat disemadikan di tanah perkuburan Kampung Chengal selepas Zohor semalam.

Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Cerita lanjut mengenai Allahyarham boleh dibaca di sini:

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/maut-lihat-kemalangan-1.67569





Friday, June 15, 2012

Haramjadah Najib di Pahangfm

Ruang pertanyaan rancangan Gema Jumaat Radio Malaysia Pahang atau Pahangfm pagi ini, gempar apabila seorang pendengar menelefon bertanyakan ustaz tentang hukum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggelarkan rakyat sebagai ‘haramjadah’.

Rancangan mingguan Gema Jumaat di Pahangfm itu biasanya dikendalikan oleh deejay Adnan Majid, tetapi hari ini digantikan oleh deejay Wan Azizah Sulaiman. Sementara penceramah jemputan pula ialah Ustaz Ramli Hasan.

Saya pula tidak pasti apakah tajuk yang dibicarakan ustaz pagi ini, kerana mendengarnya sudah di pertengahan. Itupun hanya terdengar radio dalam kereta yang sentiasa terbuka ketika memandu.

Pada waktu ruang pertanyaan dibuka, seorang pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Shamsul mengatakan: “Ustaz, apa hukumnya seorang pemimpin memanggil rakyatnya sebagai haramjadah...”. Kemudian deejay segera memutuskan talian dan mengucapkan terima kasih sambil ketawa kecil.

Ustaz Ramli kurang lebih menjawap begini: “Tak kiralah sama ada pemimpin atau rakyat, tidak boleh bercakap terlalu sombong, tidak boleh terlalu bongkak kerana apabila sampai masa Allah akan membalasnya. Tengok Hosni Mubarak dari Mesir, dulu begitulah berkuasa tetapi akhirnya setelah hilang kuasa, apa yang terjadi kepadanya?”

Isu haramjadah ini timbul apabila pada 8 Mei lalu Najib ketika mengisytiharkan ‘durian runtuh’ di Felda Jengka 8 telah menghina peneroka dengan perkataan haram jadah yang ditujukan kepada 8 peneroka yang memfailkan saman injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebelum ini.

Najib mengungkapkan perkataan haramjadah itu dengan diulang-ulangnya tiga kali di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen.

Menurut kamus dewan, perkataan haramjadah bermaksud anak haram atau anak luar nikah. Biasanya digunakan apabila mengutuk atau menghentam seseorang.

Nampaknya isu haramjadah yang keluar daripada mulut Najib itu tidak akan habis begitu saja. Rupa-rupanya bukan semua rakyat (melainkan Umno) yang sukakan pimpinan mereka bersikap biadab!


Sunday, May 6, 2012

Sumber Umno: Bubar 14 Mei, Undi 9 Jun

Hari ini saya mendapat satu lagi mesej berbunyi begini:

PRU 13
Bubar parlimen: Isnin 14 Mei
Penamaan calon: Sabtu 26 Mei
Hari mengundi: Sabtu 9 Jun

Mesej tersebut mendakwa sumber daripada Umno, PWTC.

Kasihan rakyat Malaysia, hari peristiwa sepenting inipun, iaitu untuk menentukan masa depan negara, 28 juta rakyat masih terpaksa bermain teka-teki hanya kerana menurutkan kepala seorang pemimpin.

Tidak boleh dibayangkan, apakah nilainya rakyat negara ini di sisi pemimpin sehingga untuk mengetahui tarikh memilih pemimpin pun terpaksa dirahsiakan seperti rahsia rumah tangga dan peribadi.

Apakah Majlis Fatwa tidak mahu membuat fatwa dalam kes ini?

Friday, May 4, 2012

Saya malu, bukan Islam pertikai mainan seks Umno

Kami sendiri cukup hairan entah apakah yang ada di dalam kepala hotak editor di Utusan yang begitu gemar memainkan isu seks, lucah dan porno sebagai fitnah politik. Kita kesal kerana lidah rasmi Umno dibaca daripada pelajar-pelajar yang baru pandai membaca kerana dilanggan di perpustakaan sekolah.

Tidak terlintas sedikitpunkah akan kesan gejala sosial pada masa akan datang? Tidak insafkah dengan kes-kes sosial yang sudah sedia menggerunkan pada masa ini?

Kini bukan Islam pula mempertikaikan cara lidah rasmi Umno itu yang bukan main kecur dan bernafsu lagi memainkan isu jijik, yang tidak sanggup disiarkan oleh akhbar Cina dan India sekalipun.

Betapa bahayanya jika mereka menganggap lidah rasmi itu sebagai sumber kerajaan, selama ini mereka menyimpulkan bahawa kerajaan yang memerintah menjaga Islam. Apabila pihak yang dianggap memelihara Islam itu sendiri tidak henti-henti memainkan isu seks, tidakkah akhirnya tindakan meletakkan seks sebagai propaganda itu sebagai dibenarkan Islam? Na'uzubillah. Tidakkah akhirnya mengsekskan pemikiran pembaca itu sendiri memburukkan Islam yang suci?

Apakah Umno tidak pernah terfikir semua itu? Di mana menteri Agama, ulamak dan para mufti Umno? Kenapa dibiarkan lidah rasmi Umno melakukan mungkar terang-terangan?

Apakah ini salah satu daripada tranformasi wasatiyyah yang di laung-laungkan Menteri Wanita Najib Razak selama ini?

Di lama facebook, sudah ada bukan Islam yang mempertikaikan cara lidah rasmi Umno itu mencari faedah politik kerana mereka tidak senang, tidak selesa dan malu dengan perbuatan Melayu Umno di Utusan.

Berikut sebahagian petikannya.


Lawrence Lau
Dengan hentaman bertubi-tubi, tanpa batasan menyiarkan berita seks, seks, seks dan seks, sebagai Non Muslim, saya ingin tahu adakah Editorial Board Utusan Melayu itu Malayu Kafir atau Melayu Islam, kerana saya tidak nampak nilai murni seorang Malayu mahupun seorang Islam!!!


Ahmad Redza Yang ada nilai nak menang tidak kira apa cara digunakan...:(

Lawrence Lau orang debat, lawan atas dasar dan kepedulian Rakyat,kapala hotak depa hanya dipenuhi seks!


Nor Sumida Haron Mereka menghalalkan cara untuk terus mendokong pemerintah bacul.


Ahmad Redza Mereka kalau debat pasal dasar ataupun rakyat mesti kalah, sebab tu pakai seks3

Lawrence Lau tu lah dia, tidak peduli juga pengaruh negatif kepada pembaca anak muda...SIAL Utusan Meloya!

Illa Nur
memang sial pun...

Richard Skin Chua Desperado..!! Ni yg orang kata dah takda modal..! Balik2 seks! At least bagi ler citer lain sket.. Baru best baca kan? Keboringan cerita mereka sama dgn keboringan cara mereka memerintah negara ini.. yawnn..!! ZZZZzzzzzzz..!

Lawrence Lau hahaha...bro, ko lebih minat kalau ada cerita terperinci kan? bila mai tempat aku?

Hanafi Halim Itulah yg ada dlm kepala mereka selalunya...seks

Morvollo Shiny Tan oleh kerana kotor, sebab itulah kita mahu BERSIH BERSIH kan selalu....

Christina J. Lim Mmg seks topik utama n hangat. Bukan ker melayu jenis ni suka main kau tiga simpan perempuan sini sana? Isteri trofi sini sana? Pastu ckp org wat fitnah. Melayu ni b bkn melayu kafir,, bkn melayu Islam...tp melayu meloya, melayu bangsat, melayu me-layu. Melayu jenis ni lbh baik pupus semuanya.

Sunday, April 15, 2012

Cerita sebalik bangunan Umno Temerloh port maksiat

Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Bandar Temerloh pasti akan melihat bangunan Umno Temerloh yang tersergam di pinggir jalan berhadapan tangga Taman tasik, berhampiran kedai Chuan Thye yang terbiar sejak sekian lama.

Ramai yang mengatakan Umno tidak sepatutnya membazir setelah menyiapkan bangunan di atas tanah kerajaan itu, kemudian dibiarkan terbengkalai sehingga rosak teruk terutama di sebelah dalamnya. Cermin sudah banyak yang pecah, kabel dicuri dan dinding dirosakkan. Bangunan luar pula sudah diconteng dengan macam-macam perkataan sementara di kelilingnya pula sudah dihiasi belukar.

Pada ketika ini bangunan Umno di lokasi strategik itu menjadi port maksiat utama bagi orang jahat Temerloh. Saya sendiri pernah masuk dan mengambil gambar terdapat botol arak, jarum pencucuk dadah, kondom, longgokan sampah dan akhbar tempat jantan-betina melampiaskan nafsu di situ. Air yang menakung akibat tempiasan hujan mula membiakkan aedes dan denggi.

Tentulah janggal apabila pemimpin Umno sering menasihati rakyat supaya berhemat dan berjimat cermat, malangnya parti itu sendiri membazir dengan begitu teruk sekali.

Rupa-rupanya ada cerita di sebalik bangunan Umno Temerloh yang dibiar tinggal itu. Pada penghujung 1990-an dulu, ketika itu pemimpinnya Dato’ Sabaruddin Chik dan Dato' Mohd Sarit Shamsuddin, bangunan tersebut telah dibina oleh seorang kontraktor Cina dari Mengkarak, Bera yang digelar orang sebagai “Tauke Hitam”.

Demikian saya diberitahu oleh seorang bekas OCPD yang mendakwa tahu benar tentang cerita bangunan berkenaan. Malah Dato’ Sarit didakwa sebagai rakannya.

Katanya, bangunan berkenaan dibangunkan dengan harga jutaan ringgit oleh tauke Cina itu.

Saya diberitahu setelah siap disempurnakan, entah apakah masalahnya, Umno Temerloh tidak melunaskan bayaran sehingga menyebabkan Tauke Hitam mengambil tindakan mahkamah.

Bangunan Umno itu dikatakan hanya sempat dibuka sekitar dua bulan, kemudian di arahkan tutup oleh mahkamah sehingga kes selesai. Operasi Umno Bahagian Temerloh pula berpindah ke bangunan Umno Mentakab (dulu parlimen kini Dun).

Rupa-rupanya Tauke Hitam yang kecewa dengan Umno yang mungkir janji, dikatakan telah naik mereng kerana sangat tertekan dengan penipuan Umno itu.

Bekas OCPD tadi memberitahu, Tauke Hitam masih hidup tetapi sekarang keadaannya tak keruan berjalan mundar-mandir setiap hari di Mengkarak, kadang-kadang meracau dan minum di mana suka kemudian akan dibayar oleh anaknya pada sebelah petangnya.

Tambah bekas OCPD itu lagi, kasihan melihat Cina Tauke HItam itu tetapi apa boleh buat dah dianiaya Umno. Daripada kaya, kini kehidupannya seperti merempat.

Sumber lain menyebut, bangunan tersebut akan dibeli oleh bekas Adun Kuala Semantan yang akan menjadikannya sebagai show room kereta jualannya, sementara di sebelah atas pula dikatakan akan dibuat hotel bajet.

Dato Medan mungkin boleh menyelamatkan maruah Umno Temerloh, tetapi biul Tauke Hitam sukar dipulihkan!




Saturday, March 24, 2012

Bekas Adun Umno mahu sertai PAS, PAS Pahang jangan ‘lewat’ lagi

Seorang bekas Adun BN Pahang daripada Umno sudah menyatakan hasrat untuk menyertai PAS kepada rakan-rakannya.

Dulu saya dengar di hujung-hujung telinga saja, tetapi terbaru disahkan oleh rakan karibnya sendiri yang juga bekas Adun yang sudah cabut meninggalkan Umno.

Tokoh muda yang hanya bertahan sepenggal di Dewan Undangan Negeri itu sebenarnya berkelulusan agama dan pernah berucap dalam Perhimpunan Agung Umno dulu.

Latar belakang keluarganya sememangnya karat Umno, tetapi bapanya orang perjuangan dan agak berpengaruh manakala rakan-rakannya pula sudah sekian lama di kalangan orang PAS.

Saya sebenarnya secara peribadi amat mengenali beliau, iaitu sebelum diangkat menjadi YB tempoh hari. Perhubungan kami amat rapat pada satu ketika terutama berkaitan perniagaan. Jika sekarang ada orang bertanya tentang saya kepadanya, saya yakin dia masih mengingati saya!

Kekaguman saya kepadanya ialah beliau sangat jujur dalam bersahabat dan tidak mengkhianati kawan serta suka berterus terang lagi pemurah. Itu saya pasti betul-betul.

Satu perkara yang saya amat menyanjunginya ialah boleh menguasai dua bidang sekali gus yang jarang bakat ini ada pada satu orang, iaitu pintar berpidato dan cekap menulis.

Beliau dikatakan sudah berada di pentas pidato dan debat sejak zaman persekolahan lagi. Apabila berpidato, beliau gemar menyelang-nyelikannya dengan pantun dan seloka sehingga mampu memukau ramai.

Manakala ada beberapa buah buku tulisan beliau pernah diterbitkan (saya juga diberikannya buku itu) yang ditaja oleh Najib Tun Razak sendiri ketika itu.

Memang pada ketika itu beliau sudah Umno, tetapi pada tahun 1998 itu beliau menyokong reformasi kerana menentang pemecatan Anwar Ibrahim.
Beliau beristeri dua, tapi lantaklah itu apa saya peduli. Lagipun beliau memang tampan dan keluarganya dihormati.

Lama saya tidak mendengar berita mengenainya kecuali sesekali beliau dikatakan berulang ke Indonesia.

Beliau orang perjuangan seperti ayahnya. Kali ini beliau mahu meilih PAS dan kita harap janganlah berlengah lagi.

Kita masih ingat pada satu ketika dulu pernah Dato’ Fauzi Abdul Rahman menyatakan hasrat untuk keluar Umno dan menyertai PAS. Tetapi nyata PAS Pahang bertindak agak ‘liat’ dan bertangguh, mungkin atas sebab-sebab tertentu.

Datuk Seri Anwar lebih pantas apabila segera menemui Fauzi dan membawanya menyertai PKR dan diberikan jawatan Ketua Perhubungan.

Memang menyertai PKR lebih baik daripada terus menetap dalam Umno. Cuma rugilah bagi PAS, kerana pada asalnya beliau memang mahu menyertai PAS dan menyertai PKR selepas kelewatan PAS Pahang bertindak.

Kini sahabat saya (dia orang besar, saya orang kecil) sudah terbuka hatinya untuk menyeberang meninggalkan Umno. barangkali beliau sudah nampak 'Umno yang busuk hingga ke usus' sebagaimana yang dilihat Dr Mahathir.

Bagus, tahniah dan syabas. Semoga sukses dengan wadah baru ini nanti.

Lantaran itu mudah-mudahan kali ini PAS Pahang tidak terlambat dan kerugian lagi. Segeralah susuli tokoh muda berkenaan dan saya jangka eliau merupakan aset besar kepada PAS pada masa depan.


Monday, February 27, 2012

Negeri ini tidak ada polis? Menteri KDN sila letak jawatan!

Sejak akhir-akhir ini kita dengar semakin banyak program anjuran Pakatan Rakyat telah diganggu terutama oleh samseng Umno.

Di Pulau Pinang kita dengar semalam samseng Umno dan sayap mereka Perkasa mengganas dalam program Himpunan Hijau.

Ceramah Pakatan di Kuantan juga diamuk oleh samseng Umno semalam.

Sebelum ini di Shah Alam beberapa kali program bukan Umno diceroboh dengan jayanya, ala samseng tanpa sekatan dan tidak takut-takut.

Di Johor, di Semberong dan Kulai umpamanya, samseng Umno juga berleluasa boleh mengamuk sewenang-wenangnya tanpa halangan. Itu hanya beberapa kes. Kita percaya amukan samseng ini akan terus bermaharajalela, kerana ia seolah-olah mendapat lesen besar!

Orang Umno menumbuk orang sudah menjadi kelaziman sekarang ini.

Apa yang menjadi kerunsingan semua, apakah agensi keselamatan kerajaan sekarang sudah tidak berfungsi? Apakah pihak keselamatan, apabila di atas nama Umno mereka halalkan atau butakan mata?

Berapa juta wang rakyat yang digajikan untuk membiayai pasukan polis demi memelihara keselamatan dan mempertahankan undang-undang, kenapa jenayah samseng politik ini terus-terusan dibiarkan?

Apakah apabila orang Umno yang mengamuk, bermakna tindakan mereka menjadi halal? Apakah warganegara yang sah di negara ini hanya Umno dan konco-konconya?

Kita bukanlah bias atau prejudis, tetapi kebanyakan kes dan insiden yang dilaporkan, mendapati polis seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk menghalang keganasan.

Sudahlah kes jenayah semakin hari semakin menggerunkan, samseng politik ini juga diabaikan? Kepada siapa lagi rakyat Malaysia mahu mengadu jika sikap polis sendiri tidak mahu benar-benar menjaga ketenteraman?

Kenapa mahu dibiarkan sehingga masyarakat akhirnya akan memandang rendah kepada institusi polis dan profesionalisme mereka?

Dulu semasa Pak Lah menjadi PM, ada dicadangkan Suruhanjaya pembaikan polis atau IPCMC. Tujuan untuk membaiki perkhidmatan pasukan itu.

Polis berada di bawah bidang Kementerian Dalam Negeri. Pak Menteri buat apa dengan kes samseng yang semakin galak ini? Apakah Pak Menteri dibayar gaji dengan wang rakyat hanya untuk membisukan isu-isu samseng Umno ini?

Kita faham, samseng-samseng Umno menjadi “kepanasan” ketika ini kerana dibakar oleh pimpinan mereka sendiri yang saban hari ucapan mereka seolah mahu melancarkan “perang” lagaknya.

Tetapi pemimpin atasan Umno itu mungkin cerdik sedikit dan faham demokrasi kerana ucapan yang berapi-api itu ialah sebagai propaganda menjelang pilihan raya. Tetapi bagaimana dengan Umno akar umbi ini?

Sepatutnya api perkauman dan kepartian inilah yang mesti Pak Menteri ambil tindakan membendung sebelum semakin marak sehingga boleh mengundang bencana. Kita faham Pak Menteri yang jaga polis juga merupakan pemimpin Umno. Tetapi pengasingan tugas dan kuasa mesti jelas. Sebab itu merupakan amanah.

Kita tidak nafikan mungkin pihak kementerian atau polis berusaha juga secara senyap-senyap. Tetapi kenapa semakin hari keadaan semakin membimbangkan? Malaysia mahu dinobatkan sebagai negara maju pada tahun 2020, tetapi bagaimana dengan status ketenteramannya?

Tidakkah Pak Menteri terasa keresahan dan denyut nadi rakyat yang cemas pada ketika ini kerana samseng Umno sangat berkuasa?

Pak Menteri sepatutnya jangan leka sehingga membiarkan undang-undang rimba berleluasa seperti zaman dulu di mana “orang samseng dan kuat menjadi raja”.

Akan tetapi jika Pak Menteri lemah, tidak berupaya dan memandang sebelah mata sahaja dengan gelagat samseng Umno ini, baiklah letak jawatan. Kerana kamu tidak mampu lagi sebenarnya menjaga keselamatan dan ketenteraman negara ini!


Friday, January 20, 2012

Semuanya mahu diumnokan...

Padang di Dataran Temerloh, berhampiran Dewan Tun Razak, dikawal oleh Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

Selama ini MPT begitu ‘strict’ tentang politik. Buktinya, jika terdapat poster atau baner program PAS yang tergantung atau dilekatkan di mana dalam kawasan bandar, pekerja-pekerja MPT akan segera menanggalkannya.

Kononnya, MPT tak mahu politik.

Akan tetapi kelmarin, lain pula ceritanya. Umno Temerloh telah menggunakan pada MPT untuk tujuan ceramah politik. Terang-terang dan nyata. Mereka mengambil kesempatan daripada majlis penyerahan baucer RM500 di Dewan Tun Razak pada siangnya.

Sebab itu kebanyakan yang mendengar ialah wanita.

Penceramah undangan ialah N Gobala Krishnan dan Zahid Mat Arip, kedua-duanya sedang mencari makan dengan memburuk-burukkan Anwar. Zulkifli (9/10) yang sepatutnya turut berceramah, tidak hadir dan digantikan dengan seorang Cina.

Dengar cerita, semua sistem peralatan disediakan oleh Jabatan Penerangan. Kanopi hak milik MPT.

Bagi pihak Umno Temerloh diwakili oleh Ketuanya Sharkar, timbalannya Saifuddin dan Exco.

Para pendengar dipunggah dengan empat buah bas, kebanyakannya dari Lanchang. Ada pula yang mendakwa, kakitangan jabatan kerajaan juga dikerahkan atau dipaksa untuk hadir mendengar ceramah maki hamun itu. Ada pula yang membangkitkan, wang ‘upah mendengar’ juga turut diberi bersama beg kertas 1Malaysia.

Secara jujur, ceramah di tengah bandar Temerloh itu didengari lebih kurang 400 ke 500 orang.

Mula saja ceramah, mauduk utamanya ialah menghentam dan membelasah Anwar sesuka hati dan sekehendak perasaan.

Sementara penceramah Cina tadi mengambil kesempatan memaki hamun Tuan Guru Nik Aziz.

Sudah tentu pada masa itu, pendengar tidak terasa lagi dean harga barang yang melambung setiap hari. Mereka terlupa sebentar isu lembu-kondo RM250 juta. Tidak teringat pula cincin Rosmah RM24 juta. Bahkan pembaziran yang pembinaan jambatan gantung di Kuala Semantan juga lupa.

Pada masa itu adakah yang nak bertanya pasaran ikan patin Temerloh dikuasai patin Pekan? Siapa peduli pasar daging babi di terus menjadi rungutan? Terlupa pula dengan sikap penguatkuasa MPT yang nak menyaman kereta saja kerjanya!

Penganjur berjanji, ceramah seumpama itu akan terus diadakan pada masa akan datang. Maknanya, Umno akan terus perguna (istilah sebenar ceroboh) harta rakyat untuk kepentingan politik. Sementara PAS atau Pakatan, jangan harap untuk diberi ruang.

Begitulah keadaannya demokrasi di Malaysia ini. Di bandar Temerloh iaitu Dun Kuala Semantan, kerusi tersebut dimenangi PAS. Tetapi Adun PAS tidak pernah dipanggil dalam sebarang mesyuarat yang membuat keputusan. Walaupun penduduk Temerloh memilih YB Syed Hamid.

Bukan itu saja, Ahli Majlis (MPT) pula dimonopoli oleh orang Umno termasuk Ketua Umno Cawangan merata ceruk.

Jadi begitulah, Umno boleh menggunakan apa saja kemudahan kerajaan yang mereka mahu. Walaupun jika dikaji, semua harta benda majlis adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai, termasuk orang-orang PAS dan mereka yang bencikan politik.

Ini semua kerana Umno merasakan mereka sudah memiliki segala-galanya akibat terlalu lama berkuasa. Sehinggakan hak rakyat dan kerajaan dirasakan seperti harta benda sendiri yang difaraid daripada ibu bapak nenek moyang mereka!

Friday, December 30, 2011

Peneroka Umno, pergi tanya Zainal Hasan

Seseorang itu tidak akan dilihat bodoh jika dia sendiri tidak memperlihatkan kebodohannya. Begitulah sebaliknya.

Di Jengka baru-baru ini terdapat sekelompok peneroka Umno yang berdemonstrasi, kononnya membantah tindakan empat orang peneroka dari Jengka 15 baru-baru ini yang memfailkan injunksi terhadap KPF yang akan bermesyuarat menetapkan status Tan Sri Isa Samad (5 Jnauari depan) yang mahukan Felda melalui FGVB disenarai dalam bursa saham.

Kalau nak diikutkan kenyataan akhbar pendemo yang diketuai oleh peneroka Umno itu, mereka percaya bahawa tindakan kerajaan untuk menyenaraikan aset Felda (yang dibangunkan duit peneroka) itu adalah tepat dan mereka percaya kepada perdana menteri.

Barangkai peneroka Umno tidak pernah bertanya ke mana lenyapnya Bank Bumiputera. Pandai sangatkan pimpinan tertinggi Umno sehingga hilang institusi kewangan terbesar Melayu?

Janganlah tertipu dengan kenyataan untuk dapat durian runtuh, harta benda peneroka boleh dipajak.

Saya sarankan peneroka-peneroka Umno ini pergilah merujuk kepada Dato’ Zainal Hasan. Sebab saya dengar Dato’ Zainal antara ahli lembaga pengarah Felda yang menentang cadangan Isa Samad untuk senarai sahamkan harta Felda.

Mereka juga boleh tanya Ketua Peneroka iaitu Pak Sam, yang mahu “diluku” oleh Isa Samad dalam ceramahnya. Cuba tanya mengapa Pak Sam tak setuju. Pada perkiraan kita, tentulah Pak Sam lebih cerdik sedikit daripada peneroka-peneroka Umno Jengka!

Selain daripada itu, peneroka-peneroka Umno juga boleh membaca apa yang ditulis oleh bekas YB Umno Dun Pulau Manis iaitu Dato’ Aris Sabri.

Antara lain beliau menulis dalam blognya: “Setelah di IPO kan, pegangan FGV ialah sekitar 28%. ( 39% dari 70% perniagaan). Pegangan KPF ialah 42%. FGV akan set aside sebahagian dari saham mereka untuk di agihkan kepada 220,000 peneroka. Berapa banyak yang akan di agihkan? Katalah 10%. 10% itu berapa nilai nya dalam sebutan mutlak? Saya tidak tahu macam mana mereka buat perhitungan, tapi target FGV ialah mencatat nilai 7 billion apabila di IPO. Jadi kalau mereka set aside 10%, maka nilai mutlak nya ialah 700 juta. Bahagikan 700 juta ini dengan 220,000, maka seoang peneroka akan mendapat lebih kurang RM3200 seorang.

“Terpulanglah kepada peneroka untuk berfikir adakah premium 3200 seorang ini setimpal dengan penyerahan segala yang mereka miliki secara langsung melalui KPF dalam FH berbaloi. 3200 di bahagikan dengan 12 bulan, tidak sampai 300 Ringgit sebulan.”

Datuk Sak juga menggesa jangan cepat sangat percaya dengan kata-kata manis Isa dan Najib yang sering menyebut durian runtuh. Durian runtuh itu hanya sekali, cuba renung apa akan jadi dalang jangka panjang.

Kalau tak tahu bab saham-saham ni, tanya orang yang arif ekonomi macam Dato’ Sak.

Katanya: “Apabila penstrukturan berlaku, kepentingan peneroka akan meningkat kepada 61%. Kan itu lebih banyak? Tapi 61% daripada berapa? Jika 30% saham di resebkan untuk orang awam, maka baki perniagaan yang tinggal ialah 70%. 61% dari 70% hanya sekitar 42% sahaja. Jadi pegangan kepentingan peneroka mengecil dan bukan membesar. Tapi business nya besar kata pihak FELDA. Ianya besar setelah IPO. Betul, tapi nilai pegangan peneroka akan hanya bertambah jika modal yang di perolehi oleh FGV di laburkan semula kedalam bisnes FGV. Tapi kita tidak pasti ini akan berlaku. Rekod FGV tidak menyokong optimism seperti ini.”

Jadi kalau tak tahu, peneroka-peneroka Umno jangan buat-buat tahu. Jangan ugut peneroka lain yang mahu mempertahankan hak mereka!