Wednesday, September 12, 2018

Demi jimat wang rakyat, apa kata Anwar jangan bertanding?

Setelah berminggu-minggu spekulasi berlegar, akhirnya hari ini diketahui Presiden (menang tanpa bertanding) PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson.

Ia diumumkan sendiri oleh ahli sendiri, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, bagi memberi laluan kepada Anwar sebagai persediaan untuk beliau menjadi perdana menteri.

Perjanjian yang dimeterikan PH sebelum PRU yang lalu ialah Tun Mahathir akan mengetuai kerajaan selama dua tahun dan selepas itu jawatan berkenaan akan diserahkan kepada Anwar.


Sebelum ini banyak ramalan mengatakan ada beberapa kerusi yang akan dikosongkan antaranya Pandan, Nibong Tebal dan terbaharu Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh pula menawarkan kerusinya di Pahang itu.

Fuziah yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal Islam) juga terlibat dalam perebutan jawatan Ketua Wanita PKR dalam pemilihan parti bulan ini.

Saya kebetulan menemukan satu posting facebook yang menarik yang dihantar kepada saya. Pemilik facebook berkenaan ialah Irwan Mohd Subri dan saya difahamkan beliau memiliki gelaran Profesor Dr.  

Mesejnya dalam bentuk menyindir tetapi ada kebenarannya. Beliau mencadangkan supaya Anwar tidak bertanding dalam PRK demi menjimatkan wang rakyat. Berikut diperturunkan teks penuh dari status fb beliau:

Saya nak cadangkan buat masa terdekat ni, PKR tidak perlu kosongkan mana-mana kerusi untuk Anwar Ibrahim bertanding. Ini sebagai langkah penjimatan wang kerajaan (baca: wang rakyat) yang selalu disebut oleh kerajaan PH bawah duit kerajaan sedang nazak.

Tunggu saja mana-mana ahli parlimen PH yang meninggal dunia, barulah namakan Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi itu. Tapi andai kata tiada ahli parlimen PH yang meninggal sehingga PRU 15 pun tiada masalah.

Tunggu je lah. Nak kalut apa. Kalau menang sekarang pun bukannya Tun Mahathir nak lantik jadi Perdana Menteri terus. Bak kata PH, takkan menang hari ini, esok hang nak jadi PM.

Ini cadangan ja. Amboi, nak bagi cadangan sikit pun tak boleh. Komunis betul.

No comments:

Post a Comment