Sunday, September 30, 2018

PRK PD: Para ustaz, cukuplah bagi pelbagai alasan!

Seruan kepada para asatizah!

1.Saya dengan rendah diri menyeru kepada semua ustaz-ustaz dan alim ulama yang cintakan Islam dan risau sangat tentang situasi aqidah serta nasib Islam di tanahair ini agar turun berkempen di PD bagi kemenangan PAS.
 
2.InsyaAllah PAS akan terus istiqomah perjuangkan Islam walau apa badai dan rintangan sekalipun. 

3.Cukuplah memberi alasan; politik tu kotor, bukan sunnah, banyak lagi cara lain, mengundi bukan pilih agama dan macam-macam lagi alasan yang menyebabkan kuasa umat Islam terus semakin rapuh. 

4.Hayatilah semangat Hijratur Rasul SAW yang memberi isyarat bahawa kuasa pemerintahan adalah sangat penting bagi menjamin kedaulatan Islam.

5.InsyaAllah jika kita berpadu dan bersatu menuju ke matlamat yang sama pasti akan menatijahkan sesuatu yang luarbiasa.   

YB USTAZ ZURIDAN MOHD DAUD
AJK Dewan Ulamak PAS Malaysia..

No comments:

Post a Comment