Wednesday, September 12, 2018

Dato' Faisal meninggal dunia

Bekas Adun Beserah Dato' Haji Faisal Haji Abdullah, 71, kembali kerahmatullah awal hari ini.

Jenazah Allahyarham di bawa ke masjid Medan Tok Sira, Kuantan untuk dimandikan, kafan dan Solat jenazah kira-kira jam 10 pagi tadi, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Hutan Setali.

Turut berkenan berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah.


Anak kelahiran Terengganu itu pernah menjadi pemberita sambilan Bernama di Bentong sebelum bertugas sebagai Setiausaha Kerja Umno Pahang membantu Dato’ Bakar Ahmad selaku Setiausaha Perhubungan yang juga Exco kerajaan negeri.

Beliau kemudian dipilih sebagai Adun Beserah mewakili BN selama sepenggal dan tewas kepada Syed Mohamed Tuan Lonik pada PRU 2008.

Allahyarham juga pernah menjadi pengerusi kepada syarikat pembalakan Rangkaian Delima.

Di akhir hayatnya Allahyarham dikatakan menderita sebagai penghidap penyakit diabetis.

Dato' Faisal (kiri) ketika diziarahi bekas Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak

No comments:

Post a Comment