Wednesday, September 19, 2018

Mustapa Mohamed dijangka sertai Bersatu turuti sifunya

Ahli Parlimen Jeli Tan Sri Mustapa Mohamed yang mengisytiharkan keluar daripada Umno semalam dijangka akan menyertai PBBM atau Bersatu pimpinan Tun Dr Mahathir dan juga Tan Sri Muhyidin Yasin.

Ini berdasarkan pandangan Dato Wira Othman Abdul Mantan Ahli Parlimen Pendang yang mendakwa sebagai rakat yang amat akrab dengan Mustapa yang terkenal dengan panggilan Tok Pa di Kelantan,


“Saya cukup kenal dan rapat. Dia bukan ahli UMNO akar umbi macam kita. Dia pegawai PTD dan menjadi ahli umno melalui Tun Daim. Mulanya menjadi SUSK Tun D, Menteri Kewangan Lepas itu dilantik jadi SUPOL Tun Daim dan kemudinya dipilih menjadi calon AP. Kemudian jadi menteri.

“Maka seluruh kasih sayang Dato Mustapa adalah kepada Tun Daim. Jadi kita jangan terperanjat  dengan peristiwa ini,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Daim yang mengetuai sebuah majlis penasihat kepada kerajaan pada masa ini dipecat daripada Umno tahun lalu.

Tok Pa yang juga bekas Menteri Anrabangsa dan Industri di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytihar keluar Umno kerana berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej Umno semakin sukar kerana tiada tanda-tanda majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini parti lamanya itu.

Katanya untuk menjadi relevan Umno selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata. Memang sebelum PRU yang lalu Umno dilihat terlalu lantang dan rasis kononnya memperjuangkan nasib Melayu meskipun kedudukan orang-orang Melayu di negara ini keseluruhannya tidak banyak berubah.

Sebaliknya Tok Pa mahukan Umno  yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah. Umno katanya, mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain.

Ini, menurutnya, merupakan jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk.

Namun pada pandangannya, hala tuju yang diambil Umno pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

Tok Pa juga mungkin tidak meyakini keupayaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam meneruskan kepimpinan Umno yang telah berkuasa selama enam dekad yang lalu sebelum kecundang pada PRU 9 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment