Wednesday, September 19, 2018

Biar hanya pimpinan tertinggi bercakap soal dasar parti

Saranan Ustaz Zuridan Mohd Daud yang mewakili negeri Pahang ketika membahaskan Ucapan dasar Presiden dalam muktamar yang baru berlalu, patut benar-benar dihayati ahli-ahli PAS terutama pimpinannya.

Antara lain beliau yang juga Adun Damak itu, menyarankan agar kenyataan yang berhubung kait dengan dasar, pendekatan dan strategi parti mestilah diucapkan oleh pimpinan tertinggi sahaja supaya ianya tidak mengelirukan ahli-ahli bawahan.


“Kita mesti memastikan pimpinan kita tidak bercakap mengeluarkan kenyataan yang kadang-kadang boleh membingungkan ahli-ahli di bawah. Harap dalam isu berkaitan Umno dan BN secara khusus dikeluarkan kepada pimpinan tertinggi supaya tidak berlaku kerisauan kepada ahli-ahli di bawah,” katanya.

Sebelum itu beliau memuji pemikiran dan  pendekatan baru yang dibawakan oleh Tuan Guru Presiden iaitu Budaya Pilitik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang mengetengahkan konsep tahaluf siyasi dan taawun kerana sangat berkesan.

Buktinya, katanya, di Pahang pada PRU lalu berjaya melonjakkan PAS sehingga mencipta sejarah memperolehi 8 kerusi dan pada PRU 15 pula PAS mensasarkan akan menerajui negeri Pahang.

Zuridan seterusnya menjelaskan tahaluf dan taawun yang akan ketengah dan perkasakan supaya lebih mantap dengan tiga perkara:

“Ada perkara yang tetap ada yang anjal. Dari sudut golongan yang menentang, prinsip kita adalah tetap. Taawundalam konteks di Pahang kita lihat hubungan ini semakin akrab dalam sudut memperkasakan perkara-perkara yang disuruh Allah.

“Manakala bagi yang terus memusuhi kita. Kita tidak patut dipatuk dua kali dalam satu lubang. Di snilah kita mesti berhati-hati.  Kita Mesti meneliti keikhlasan dan kesungguhan Umno sejauh mana menerima dasar-dasar kita dan tidak menentang kita dalam memertabatkan syariat Allah.

“Konsep yang ketiga mestilah ada konsep almurakabah. Iaitu pemantauan yang  berterusan. Dalam erti kata supaya dasar ini sentiasa dijaga dan dipelihara,” katanya.

Mengenai tugasan selaku wakil-wakil rakyat PAS di dewan undangan negeri, beliau berkata sudah melaksanakan tugas dengan baik.

“Cuma kita (wakil-wakil rakyat PAS) ada satu permintaan. Kalau betul Umno ini nak bersama dengan kita. Umno kena bertaubat, yang kedua berbuat baik dan yang ketiga buktikan kebaikannya.

“Justeru itu dalam konteks negeri Pahang kami 8 Adun PAS negeri Pahang telah bersepakat menuntut agar hari Jumaat dijadikan hari cuti. Kalau kita kata Pahang ini negeri Pantai Timur maka sepatutnya kita boleh mengikuti negeri Kelantan dan Terengganu yang bercuti pada hari Jumaat. Seperti juga Johor dan Kedah.

“Ada alasan meraikan non-Muslim, hakikatnya di Johor Melayu hanya 50 peratus sedangkan di negeri Pahang ada lebih 70 peratus orang Islam Melayu. Jadi alasan ini tidak sepatutnya berlaku.

“Jadi kami menyeru pimpinan Umno Pahang agar berusaha menjadikan hari Jumaat sebagai cuti umum sebagai tanda meraikan hak-hak ibadah muslim.”




No comments:

Post a Comment