Tuesday, November 26, 2019

Amaran Kepada PH: Jangan Budayakan Arak Dalam Masyarakat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan mutakhir pemimpin politik dari kalangan Pakatan Harapan berhubungan dengan isu arak.
Rakyat Malaysia satu masa dulu dikejutkan dengan cadangan untuk mengadakan ‘Oktoberfest’ yang secara jelas bertentangan dengan agama, akhlak dan moral serta budaya ketimuran. Begitu juga tular di media sosial pemimpin PH dengan bangga memegang gelas dan botol arak, kononnya atas dasar hak asasi manusia.

Friday, November 22, 2019

PAN dan NAFAS

1. Suasana Dewan Rakyat pada tengah hari tadi dikejutkan dengan pendedahan skandal RM 1.4 bilion NAFAS yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
YB Ayer Hitam ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyentuh mengenai Butiran 040400 - Subsidi Harga Padi, Butiran 040500 - Subsidi Baja Padi, Butiran 040600 - Insentif Pengeluaran Padi dan Butiran 040800 - Subsidi Benih Padi Sah yang dibacakan bersekali.

2. Beliau mendedahkan 3 isu dalam ucapan tersebut;
a) Pembatalan beberapa syarikat tempatan yang sebelum ini telah pun dipersetujui sebagai pentender secara item mengikut Zon 1, 2 dan 3 bagi tender membekal, menghantar dan menjalankan Kerja-kerja Pengapuran Bagi Kapur Di Bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tempoh tiga (3) tahun dengan tawaran berjumlah RM52.4 juta melalui surat bernombor tender QT190000000058589.

Thursday, November 21, 2019

Hari ketiga perbahasan Belanjawan 2020 Dun Pahang

Lima orang Adun PAS Pahang bangun berucap pada hari ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri membahaskan Belanjawan Negeri Pahang 2020.

Dalam sidang media harian yang dipengerusikan oleh Adun Beserah Andansura Rabu, antara yang dibangkitkan ialah isu tulisan jawi, kedua tentang belia yang juga ketengahkan beberapa cadangan serta tentang sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri juga dibangkitkan dan sebelah petangnya berkaitan dengan perumahan rakyat.

Adun Damak bangkit keperluan pejabat JPJ, doktor pakar di Jerantut

Adun Damak Ustaz Zuridan Mohd Daud, membangkitkan kewajaran pihak kerajaan menyediakan pejabat urusniaga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kemudahan rakyat di Jerantut, yang merupakan daerah terbesar di negeri Pahang.

Berucap dalam persidangan ke 14 Dewan Undangan Negeri Pahang, beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, menyebut ia merupakan kepentingan rakyat bagi urusan memperbaharui lesen, saman, menukar hak milik kenderaan dan lain-lain yang berkaitan.

Wednesday, November 20, 2019

Muafakat Nasional, BMF dalam ucapan Ustaz Rosli

Ustaz Rosli (hadapan), mempengerusikan mesyuarat
Adun-Adun PAS berkaitan Belanjawan Pahang 2020
Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar yang bangun berucap dalam perbahasan Belanjawan Pahang 2020 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) ke 14 pada hari kedua (Selasa), menyentuh tentang Muafakat Nasional dan keperluan Buy Muslim First (BMF).

PAS Pahang belum berhasrat terima jawatan Exco

KUANTAN: Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Pahang tidak bersedia menerima sebarang jawatan dalam kerajaan negeri termasuk dilantik sebagai barisan Exco sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Adun Tanjung Lumpur yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, bagaimanapun selepas PRU15 ia bergantung kepada kepentingan pada ketika itu menerusi kerjasama politik yang dijalinkan antara PAS dan Umno.

Thursday, November 14, 2019

800 pelajar di Pahang terima manfaat Program BTS Yayasan PETRONAS

Andan (tiga, kanan) menyerahkan bantuan kepada seorang pelajar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu diberi penghormatan menyempurnakan penyampaian sumbangan dalam Program Back to School (BTS) Yayasan PETRONAS 2019 yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Balok Baru di sini semalam.

Tuesday, November 12, 2019

Ustaz Rosli: Aku budak pondok

Oleh ROSLI ABDUL JABAR

Remaja dizaman memondok, seiring dengan usia. Perkembangan sosial juga menjadi satu cabaran hebat kepada pelajar pondok. Zaman saya remaja, budaya hedonisme sedang membadai jiwa remaja dizaman itu, sangat kuat rempuhan ombaknya, sehinggakan ada juga pelajar pondok yang terpengaruh dengan suasana itu. Saya juga datang kepondok dengan meragakan pakaian budaya tersebut".

Semuanya dilucutkan dengan ikhlas kerana perasaan inginkan perubahan dan sesuatu yang lebih baik buat diri, "yakinlah semakin kita hampir dengan agama maka semakin kita akan beroleh kebaikan pada diri kita", ini antara nasihat ketika mula daftar masuk Pondok, saya akur dan tidak pernah lagi memakainya sehingga kini.

PRK Tanjung Piai: Pengundi Cina tolak DAP

Oleh: MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI .

 hari penamaan calon di PRK Tanjung Piai, ramai yang berpendapat bahawa PH akan kembali memenangi semula kerusi Parlimen tersebut berdasarkan sentiment PRU14 yang lalu terutamanya gelombang pengundi bukan Melayu secara spesifiknya kaum cina. Dengan PH hanya memiliki kelebihan 524 undi ketika PRU14 yang lalu, senario yang berlaku Tanjung Piai sekarang menampakkan tanda – tanda bahawa PH bakal kalah PRK kali ini.

Monday, November 11, 2019

MPKKP: Satu lagi langkah "U Turn" kerajaan PH

Keputusan mewujudkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) oleh kerajaan persekutuan bermula tahun hadapan merupakan satu langkah yang bakal memecah belahkan masyarakat semata-mata hanyalah kerana mahu mendapatkan keuntungan politik.

Friday, November 8, 2019

Pelajar Tahfiz Maut Dipercayai Dibelasah Rakan

Seorang pelajar pusat tahfiz di Kampung Kuala Kuang, Lanchang, Temerloh, Pahang berusia tujuh tahun maut dipercayai dibelasah rakan.

Mangsa Muhammad Aimin Nurul Amin, ditemui dalam keadaan lemah kira-kira jam dua petang semalam di asrama dan dikejarkan ke Klinik Lanchang untuk rawatan.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik  pada jam 2.54 petang semalam.

Asal usul orang Kampar di Pahang

Kampung Tanjung Kerayong, Metakab: Majoriti penghuninya orang Kampar
Di Pahang, fenomena orang Kampar sudah menjadi lazim dan meletakkan kaum tersebut di dalam sejarah negeri ini sendiri. Rupa paras mereka sama seperti anak jati kelahiran Pahang, tetapi apabila bertemu sesama mereka, melalui bahasanya lah baharu diketahui mereka daripada entiti Kampar.

Kehadiran mereka, baik sebelum merdeka mahupun mutakhir, lebih sinonim dengan perniagaan. Samada di pekan sehari, pasar malam atau di ekspo-ekspo, mereka ada. Pasar Malam Mentakab umpamanya, mereka yang menguasai mewakili orang-orang Melayu.

Wednesday, November 6, 2019

Banjir: Adun Panching turun pastikan saluran diselenggara

Tarmizi meninjau saliran yang sedang dibersihkan bagi mengelakkan
daripada mudah melimpah kapsyen
Penghujung tahun sememangnya menimbulkan rasa cemas bagi penduduk-penduduk di sebelah Kuantan, iaitu bimbang dilanda bencana banjir. Bukan sahaja disebabkan hujan lebat, malah fenomena ‘air pasang besar’ dan juga parit yang tidak diselenggara boleh menyumbang kepada paras air naik.

Serentak dengan itu Adun Panching Ustaz Tarmizi Yahya turun padang melihat kerja-kerja penyelengaraan longkang monsun di tali air Kampung Baru Pandan 2 dan Lubuk Puyu kelmarin.   

Kerja-kerja pembersihan parit utama Kampung Baru Pandan 2 hingga Kampung Permatang Badak (Cendering - Kampung Baru Kermatang Badak - Surau Ar Rahman - Masjid Lama Permatang Badak) yang tertangguh sementara, telah dimulakan kembali penyelenggaraannya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang (JPS) bermula Isnin lalu.

“InsyaAllah kerja penyelenggaraa longkang akan terus dilaksanakan oleh JPS bagi mengurangkan risiko banjir yang sering berlaku setiap hujung tahun.    

“Tuan Puan yang menghadapi masalah atau aduan serta cadangan, boleh ajukan di ruang laman sesawang atau terus ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Panching

Sebelum ini YB Ustaz Tarmizi meninjau sendiri kerja-kerja pembersihan yang dijalankan pada peringkat awal.

Masalah saliran tersumbat dan tidak diselenggara sehingga menyumbang kepada banjir pernah berlaku pada bah besar tahun 2001 dan 2013 persekitaran laluan Sungai Kuantan.

Tuesday, November 5, 2019

PRK Tanjung Piai: MCA bertanding PAS yang kena serang

Oleh DR MOHD ROSDI ISMAIL 

1. Dari sudut hukum, sesudah terbtnuk Piagam Muafakat Nasional, adopsi Piagam Madinah, orang perlu yakin bahawa pendirian PAS menyokong calon MCA dalam PRK Tanjung Piai tidak bercanggah dengan ayat Alu Imran/28 tersebut, kerana sesudah pemetrian Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO, yang tidak dibangkang oleh MCA dan MIC sebagai komponen BN, PAS sudah berada dalam kedudukan 3D. Sudah ada muafakat resmi berdasarkan syarat-syarat yang telah dipersetujui dengan UMNO, MCA dan MIC.

Monday, November 4, 2019

Tangki baharu bagi selesai masalah air: YB Andan

Andan (kanan) memberi penjelasan ketika menemukan PAIP dengan penghuni 
Masalah gangguan bekalan air bersih yang berlarutan sejak sekian lama, bakal berakhir dengan pembinaan tangki baharu di Kampung Batu Hitam dan Alor Batu Jabor oleh Pengurusan Air Paip Pahang Berhad (PAIP).

Adun Beserah Andansura Rabu berkata, pihak PAIP telah bersetuju dengan pelan penyelesaian dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Friday, November 1, 2019

PAS Maran kunjung hormat pejabat PAID

Berdiri empat dari kiri, Hasnan, Mujibu Rahman, Nik Ibrahim dan Mohd Sofian
Rombongan PAS Kawasan Maran diketuai oleh Yang Dipertuanya (YDP) Hasenan Harun telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Agama Islam Maran kelmarin.

Ziarah mahabbah ini adalah untuk mengalu-alukan Al Fadhil Tuan Qadhi Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah selaku Pegawai Agama Islam Daerah Maran yang baru bertukar, bertugas mengantikan Al Fadhil Ustaz Rizzal Mohd Ali Nafiah yang berpindah ke Daerah Temerloh.

Mufti Pahang turut rai pengantin di Walimah Perdana Paya Besar

Kehadiran Mufti Pahang Dato' Seri Dr Abdul Rahman Osman meraikan enam pasang pengantin ke program Walimah Perdana anjuran PAS Paya Besar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Adun Panching, turut memeriahkan sambutan.

Program yang julung-julung kalinya itu, diadakan di Arena Terbuka Dato’ Sri Abdul Manan, Jalan Permatang Badak Baru 2, Kuantan, pada Sabtu.