Sunday, September 2, 2018

Adun Chenor, Luit turun bantu mangsa ribut

Ribut serta angin kencang yang melanda negeri Pahang ketika ini sejak sebulan lalu sungguh menggerunkan kerana akibatnya merosakkan harta benda terutamanya kediaman penduduk.

Malapetaka ini menjadi ujian kepada Adun-Adun PAS baru beberapa bulan mengangkat sumpah bagi menangani masalah.

Antara yang terlibat ialah Dun Tahan di Jerantut, Dun Beserah di Indera Mahkota, Dun Luit dan Jengka di Maran serta Dun Chenor juga di daerah yang sama.

Dun Chenor antara yang banyak menghadapi musibah ini. Semalam Adunnya Ustaz Mujibur Rahman Ishak menziarahi rumah Puan Jamilah Mat Bakar, 74 tahun, di Kampung Nyak, Seberang Chenor yang dilanda taufan baru-baru ini sehingga memusnahkan hampir 100 peratus bumbung rumah serta strukturnya.


Ustaz Mujibur Rahman turun sambil menyampaikan sumbangan kepada Jamilah sekeluarga bagi meringankan sedikit beban beliau itu. 


Dalam kejadian 7.30 petang Rabu itu Jamilah yang tinggal bersama suami dan anaknya berkata beliau sekeluarga sedang berehat sementara hujan renyai-renyai dan tiada angin kuat.

“Tapi tiba-tiba ribut datang sekitar 5 minit lalu menerbangkan bumbung rumah kami dalam sekelip mata. Kami sekeluarga terpaksa duduk dibawah rumah kerana takut ribut kembali semula.

“Walau bagaimanapun kami tetap bersyukur kerana tiada kecederaan berlaku antara kami,” katanya.

Jamilah dalam pada itu mengharapkan ada pihak yang dapat membantu beliau sekeluarga memandangkan dirinya sudah tua manakala suaminya sudah tidak dapat melihat sekarang ini.

Sementara itu seorang penduduk di Kampung Luit, Maran turut mengalami musibah yang sama.

Ruiyah Nong, 43, berkata ketika beliau tinggal di rumah kelmarin tiba-tiba ribut telah menumbangkan pokok besar berhampiran rumahnya lalu menghembap bahagian tengah rumahnya dan memusnahkan bumbung.

Adun Luit telah bergegas melihat keadaan mangsa dan membantu penduduk yang masih di dalam trauma.

1.           Ustaz Mujib menyerahkan bantuan kepada Fatimah

2.           Sofian (tengah) mambantu memotong pokok tumbang di Luit yang dilanda angin kencang serta memusnahkan kediaman penduduk.






No comments:

Post a Comment