Agak menarik juga petang semalam apabila mendengar seorang
peneroka dari Jengka 19 yang membahasakan dirinya sebagai “Abang Nazri”, secara
live dalam rancangan Apa Kabo Weh di Pahangfm selamba mengatakan rakyat kini
telah dikencing oleh kerajaan baharu (PH) yang memerintah pada ketika ini.
Beliau merujuk kepada harga semasa sawit dan getah yang murah serta harga minyak yang tidak
turun ketika ini juga permasalahan-permasalahan peneroka yang tidak
diselesaikan.
“Apa boleh buat kita dah tersalah.... kita semua ni dah
kena kencing,” katanya dalam nada kecewa. Sipemanggil itu juga mengaitkan kemungkinan
Brim yang diterima rakyat memerlukan sejak dahulu, bakal dimansuhkan.
Rancangan tersebut adalah berbentuk interaktif di mana
pendengar boleh membuat panggilan untuk meluahkan pendapat dalam loghat bahasa
Pahang.
DJ Ami yang menjadi hos pengendali rancangan radio RTM terbabit
kelihatan sedikit tergamam dengan luahan spontan sipemanggil, namun tidak pula
menghentikannya.
Mungkin Abang Nazri dari Jengka 19 (dalam Dun Jengka) tidaklah sekuat mana pengaruhnya,
namun ini sekali gus menggambarkan kekecewaan rakyat bawahan dengan tindakan-tindakan
kerajaan baharu ini berbanding kerajaan terdahulu. Berbanding dengan
janji-janji yang ditaburkan, ia seolah-olah bak kata pepatah indah khabar dari
rupa.
Sementara itu, bagi isu-isu Felda lebih-lebihlah lagi,
kerana kerajaan PH secara khusus telah berjanji dalam manifesto untuk
menyelesaikan masalah peneroka antaranya penghapusan hutang peneroka. Ia
disebut dengan jelas dalam janji 100 hari.
Namun janji-janji tersebut tidak terlaksana. Jadi tidak mustahil selepas ini banyak lagi kritikan-kritikan yang akan dihamburkan.
Sebagai perbandingan, bawah kerajaan dahulu peneroka
ada menerima ‘durian runtuh’ di mana mereka menerima sejumlah wang.
Lima puluh kawasan Felda, iaitu kawasan majoriti
Melayu, sebelum ini dikatakan kubu kuat BN tetapi mulai roboh bermula PRU ke-14
yang lalu.
Ada penganalisis yang berpandangan bahawa PH memenangi
PRU yang lalu kerana kejayaan siber trooper mereka membentuk persepsi di
kalangan rakyat teramai dengan memburukkan wajah kerajaan BN di bawah pimpinan
Datuk Seri Najib dahulu. Kini mereka mulai sedar hakikat yang sebenar dan sudah
terbit tanda-tanda kekesalan di kalangan rakyat.
No comments:
Post a Comment