Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur Ustaz
Rosli Abdul Jabar hari ini tidak ketinggalan menyertai pasukan penyelamat dalam operasi
mencari mangsa hilang di laut di Kuantan.
Mangsa yang hilang ialah Muhammad Riduan, 22 tahun,
dari Kampung Kempadang, di sini pada Selasa lalu yang juga dikatakan seorang
nelayan.
Turut bersama Ustaz Rosli ialah Pengerusi Assabiqun
Pahang Ustaz Ismail Mohamed yang lebih dikenali sebagai Ayah Ngah.
Misi mencari telah masuk hari ketiga. Antara agensi
yang terlibat ialah JPAM, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan
Amal Kuantan serta Persatuan Nelayan.
Dalam pada itu Ustaz Rosli memohon umat Islam
menitipkan doa semoga dipermudahkan Allah akan segala urusan dan segera ditemui serta diberikan
kesabaran kepada keluarganya.
Difahamkan ketika ini air laut sedang bergelora dan membahayakan kepada sesetengah bot kecil.
Ustaz Rosli dan Ayahngah ketika meninjau dan mencari mangsa hilang
No comments:
Post a Comment