Wednesday, August 22, 2018

Salam Eiduladha dari PAS Pahang

PERUTUSAN AIDIL ADHA PAS PAHANG.

Assalamulaikum.

Segala puji bagi Allah, Rabb Sekelian Alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarganya dan Rahmat buat sekelian mereka yang beriman dan beramal Soleh.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Umat Islam walau dimanapun mereka berada, disamping kita menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibahim as, Nabi Ismail as serta isterinya Siti Hajar.

Bagaimana pengorbanan yang mereka tunjukan kerana kepatuhan kepada Allah swt adalah sebagai satu contoh yang wajib diikuti oleh seluruh umat Islam yang ingin mencapai darjat ketaqwaan disisi Allaw swt.

Kepatuhan dan ketaatan kepada Allah swt meskipun ianya amat berat bagi hati dan jasad untuk melakukannya, namun pengorbanan tersebut tidak akan disia-siakan oleh Allah swt, semakin berat ujian yang mampu dilepasi maka semakin tinggi darjatnya disisi Allah swt.

Begitulah perjuangan yang sedang kita lalui dibumi Malaysia ini, PAS yang telahpun berada selama 67 tahun diMedan politik Malaysia yang berjuang bagi menegakkan agama Allah swt juga tidak sunyi dari ujian perjuangannya, PAS tidak pernah mendapat laluan mudah untuk sampai kepada matlamat perjuangannya.

Perjuangan PAS sejak awal penubuhannya sentiasa diiringi oleh ujian, serangan peluru fitnah musuh tidak pernah berhenti dari menembusi sosok PAS, namun apa yang perlu kita sedari bahawa bahawa kemenangan itu mustahil diperolehi dengan cara mudah.

PAS Pahang telah memenangi 8 kerusi DUN pada PRU 14 yang lalu, ini beerti PAS Pahang perlu gandakan usaha bagi mencapai hasrat untuk memerintah Negeri Pahang pada PRU akan datang, semua ahli dan jentera PAS mesti bergerak dari sekarang.

InsyaAllah dengan pengorbanan samada tenaga dan harta serta pengorbanan perasaan disertai dengan strategi yang mantap dan kepatuhan serta wala kepada pucuk kepimpinan cita-cita mulia ini akan menjadi kenyataan.

Akhirnya sekali lagi saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS Pahang mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha'.

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG.

No comments:

Post a Comment