Wednesday, August 8, 2018

Pertanian adalah sumber kewangan, kata Adun Chenor

Pertanian merupakan kerjaya yang boleh menjana sumber kewangan jika diusahakan dengan betul dan gigih. Demikian kata Adun  Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri program "menugal jagung“ santai-santai bersama penduduk di tapak kebun jagung di Kampung Charuk Tualang.

Tanaman jagung tersebut telah diusahakan secara komersil sejak 2014 lagi ia membabitkan keluasan tanah sekitar 30 ekar di bawah seliaan Jabatan Pertanian Daerah Maran.


Seramai 40 orang peserta terdiri daripada pemuda pemudi serta golongan tua mengusahakan tanaman berkenaan.

Dalam perbincangan Ustaz Mujibur Rahman bersama peserta, beberapa permasalahan telah dikemukakan seperti masalah kera dan beruk yang banyak datang merosakkan hasil tanaman.

Salain darpada itu, peserta juga memohon empangan yang telah lama ini dibesarkan bagi melancarkan sistem pengairan.

Di akhir program, Ustaz Mujibur Rahman yang hadir bersama sekretariat Dun Chenor turut dihadiahkan jagung muda oleh para peserta.

Sebenarnya masih banyak tanah terbiar di negeri ini yang boleh dimanfaatkan dengan tanaman sebegini. Sebagai negeri yang terluas di Semenanjung, tanah-tanah yang yang terbiar itu jika diusahakan dengan bantuan dan seliaan agensi kerajaan, sudah tentu dapat menyediakan pekerjaan terutama kepada golongan belia di negeri ini. Selain pekerjaan yang menjamin pendapatan, ia sekali gus mampu menyelesaikan permasalahan ketiadaan tanah milik kepada anak watan negeri ini.

Negeri Pahang sebelum ini sudah berkorban dengan menyediakan tanah-tanah rancangan Felda di seluruh negeri.

Mengenai tanah terbiar, PAS Pahang dalam manifestonya dalam PRU yang lepas turut menawarkan lot-lot pertanian kepada belia-belia kampung serta Felda daripada pelbagai kaum di negeri ini supaya diusahakan produk pertanian.



No comments:

Post a Comment