Sejak pertemuan Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof dengan
pejuang LGBT (lesbian, gay, bisexual, and transgender) Nisha (sebenarnya
seorang lelaki tetapi menyerupakan dirinya sebagai wanita) yang diakhiri dengan
berjabat tangan, sudah banyak pendapat dan ulasan yang disuarakan.
Sudah tentulah ada pandangan pro dan kontranya. Ada yang
menyokong dan ada yang membantahnya.
Bukan sahaja ia dibicarakan dimedia sosial dan media
massa, malah turut mendapat respons daripada mufti. Setakat ini empat orang
mufti dari Pahang, Perlis, Perak dan Wilayah Persekutuan turut menyuarakan
pandangan masing-masing.
Dalam banyak-banyak itu, penulis tertarik dengan isi
kuliah Ustaz Azib Hussain yang khusus membicarakan LGBT ini. Kuliah khas pada
14 Ogos bertajuk “LGBT Antara Perangkap Syaitan” itu dicatatkan oleh Haji Zam seperti
berikut:
A. Firman Allah SWT mengenai perancangan iblis untuk
menyesatkan manusia.
1. Iblis dihalau keluar daripada syurga kerana enggan
sujud kepada Adam AS.
> Dalam surah al-Hijr, ayat 34 – 35:
“Allah berfirman: ‘Kalau demikian, keluarlah engkau
daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah
(satu makhluk yang) diusir. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat
terus-menerus hingga ke hari kiamat".
2. Lalu memohon diberikan tempoh tangguh kepadanya.
> Dalam surah Sad, ayat 79:
“Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah
tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).”
3. Allah memberi tempoh tangguh kepada iblis.
> Dalam surah al-Hijr, ayat 37 – 38:
“Allah berfirman: ‘Dengan permohonanmu itu, maka
sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari - masa
yang termaklum".
4. Iblis bersumpah untuk menyesatkan keturunan Adam AS.
> Dalam surah al-Hijr, ayat 39 – 40:
“Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah
menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala
jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan
mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang
dibersihkan dari sebarang syirik".
> Dalam surah al-Nisa’, ayat 119:
"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan
mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka
dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka
(mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga
binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah’.
Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati
selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang
nyata.”
> Dalam surah al-A’raf, ayat 16 – 17:
“Iblis berkata: ‘Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan)
menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat
menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. ‘Kemudian aku datangi
mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka
serta dari kiri mereka,dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka
bersyukur".
5. Allah
menegaskan hambaNya yang memilih untuk sesat sahaja akan menjadi pengikut
iblis.
“Allah berfirman: ‘Inilah satu jalan yang lurus, yang
tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu
sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari
orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).”
B. Beberapa istilah ulama’ dan hadith yang digunakan
berkaitan LGBT:
> Lesbian: Al-sihaq/ al-musahaqah
> Gay: Al-liwat
> Pondan: Al-mukhannas
> Tomboy: Al-mutarajjilat
C. Pendekatan
Nabi SAW berkaitan golongan LGBT:
1. Tidak boleh
diikut sebagai imam solat.
> Disebut dalam Sahih Bukhari, Bab Solat Berjemaah
dan Imam:
قَالَ الزُّهْرِيُّ لَا نَرَى أَنْ يُصَلَّى خَلْفَ الْمُخَنَّثِ إِلَّا مِنْ ضَرُورَةٍ لَا بُدَّ مِنْهَا
Imam al-Zuhri berkata, "Kami tidak membenarkan
solat bermakmum di belakang seorang pondan kecuali dalam keadaan sangat
terpaksa.
2. Dilaknat oleh Rasulullah (transgender, mak nyah,
pondan, tomboi dan pengkid)
> Riwayat al-Hakim, Imam Abu Dawud, Ibn Hibban dan
Imam Ahmad: [Daripada Abu Hurairah RA]
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ وَالرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ
"Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) perempuan yang
memakai pakaian lelaki dan lelaki yang memakai pakaian wanita."
> Riwayat Imam Bukhari, Abu Dawud, Ibn Majah dan
Tirmizi: [Daripada Ibn ‘Abbas RA]
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai
perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.”
3. Diusir keluar dari rumah-rumah orang Islam.
> Riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad: [Daripada Ibn
‘Abbas RA]
لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ وَقَالَ أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ قَالَ فَأَخْرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فُلَانًا وَأَخْرَجَ عُمَرُ فُلَانًا
"Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) lelaki yang
bersifat kewanitaan dan wanita yang bersifat kelakian, dengan sabdanya:
‘Keluarlah mereka daripada rumah-rumah kamu.’ Ibn ‘Abbas menambahkan lagi:
‘Maka Nabi SAW telah mengeluarkan si fulan, dan Umar juga telah mengeluarkan si
fulan.”
> Ada pondan dalam rumah Nabi SAW lalu diusir
keluar.
> Riwayat Imam Bukhari: [Daripada Ummu Salamah RA]
أَنَّ النَّبِيَّ -
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -
كَانَ عِنْدَهَا وَفِي الْبَيْتِ مُخَنَّثٌ ، فَقَالَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أُمَيَّةَ أَخِي أُمِّ سَلَمَةَ :
يَا عَبْدَ اللَّهِ إِنْ فَتَحَ اللَّهُ لَكُمْ غَدًا الطَّائِفَ فَإِنِّي أَدُلُّكَ عَلَى ابْنَةِ غَيْلَانَ فَإِنَّهَا تُقْبِلُ بِأَرْبَعٍ وَتُدْبِرُ بِثَمَانٍ ، فَقَالَ النَّبِيُّ -
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -
: لَا يَدْخُلَنَّ هَؤُلَاءِ عَلَيْكُمْ
"Bahawa Nabi SAW berada di rumahnya dan terdapat
di sebuah rumah seseorang yang berkelakuan wanita. Maka Nabi s.a.w berkata
kepada saudara Ummu Salamah iaitu 'Abd Allah bin Abi Umayyah: ‘Jika Allah
membebaskan Taif bagi kamu pada esok hari, maka akan aku tunjukkan kepada kamu
anak perempuan Ghaylan, yang dia menghadap dengan empat dan membelakangimu dengan
lapan’. Maka sabda Nabi SAW: ‘Jangan sekali-kali mereka itu masuk ke dalam
rumah-rumah kamu."
4. Disingkan dari umat Islam.
> Riwayat Imam Abu Dawud.
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِمُخَنَّثٍ قَدْ خَضَّبَ يَدَيْهِ وَرِجْلَيْهِ بِالْحِنَّاءِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَالُ هَذَا فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَتَشَبَّهُ بِالنِّسَاءِ فَأَمَرَ بِهِ فَنُفِيَ إِلَى النَّقِيعِ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نَقْتُلُهُ فَقَالَ إِنِّي نُهِيتُ عَنْ قَتْلِ الْمُصَلِّينَ
¬“Pernah didatangkan kepada Nabi SAW seorang pondan
yang mewarnai kuku tangan dan kakinya dengan inai. Maka Nabi SAW pun bertanya:
‘Ada apa dengan orang ini?’ Para sahabat menjawab, ‘Wahai Rasulullah, orang ini
menyerupai wanita.’ Beliau kemudian memerintahkan agar orang tersebut dihukum,
maka orang itu diasingkan ke suatu tempat yang bernama Naqi'. Para sahabat
bertanya, ‘Wahai Rasulullah, tidakkah kita membunuhnya saja?’ Beliau menjawab:
‘Aku dilarang untuk membunuh orang yang solat."
5. Dihukum seperti hukuman zina bagi lesbian dan gay
(homoseksual).
> Riwayat Imam al-Tabarani: [Daripada Abu Musa
al-Asha’ri]
لَا تُبَاشِرُ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ إِلَّا وَهُمَا زَانِيَتَانِ ، وَلَا يُبَاشِرُ الرَّجُلُ الرَّجُلَ إِلَّا وَهُمَا زَانِيَانِ
”Tidaklah seorang wanita itu bersedap-sedapan dengan
seorang wanita melainkan mereka adalah berzina, dan tidaklah seorang lelaki
bersedap-sedapan dengan seorang lelaki melainkan mereka juga (sedang) berzina.”
> Riwayat Imam al-Baihaqi, Abu Dawud, Ibn Majah,
al-Tirmizi, al-Daruqutni dan Imam Ahmad:
مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ
”Jika kamu dapati seseorang melakukan amalan kaum Lut,
bunuhlah pelaku dan orang yang dilakukan perlakuan itu.”
D. Kesimpulan
LGBT sebenarnya adalah satu kesalahan bukan satu
pengiktirafan kerana ia melanggar Undang-undang Jenayah Syariah di bawah
peruntukan setiap negeri. Jangan terperangkap dengan golongan ini.
No comments:
Post a Comment