Sebuah kedai serbaneka yang dikatakan baru dibuka di
Taman Temerloh Jaya, Temerloh didapati menjual arak kepada umum.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh penduduk yang
turut mempamerkan minuman tersebut yang disusun atas rak bersama barangan lain, di kedai hujung yang sebaris dengan 7E.
Bagi penduduk, tindakan tersebut sudah tentu menyalahi
Islam kerana hukumnya sudah jelas. Minum (arak) haram, (mereka) yang menjual
(arak) haram, yang membungkus botol (arak) haram, yang mengangkut kotaknya haram.
Tambahan Taman Temerloh Jaya merupakan kawasan
perumahan terbesar berhampiran bandar Temerloh dan lebih 95 peratus merupakan
penghuni Melayu dan Islam.
Bagi mereka, menjual secara terbuka minuman yang jelas
haram di sisi Islam itu sudah tentu akan menyebabkan ia bebas dibeli oleh
remaja-remaja Melayu jika tidak dibendung. Sedangkan pada ketika ini kadar
jenayah sudah sedia berlaku.
“Ia sekali gus dikhuatiri boleh meningkatkan jenayah
seperti kecurian dan gengsterisme dalam tempoh jangka panjang kerana arak yang
memabukkan ini akan menghilangkan akal dan kewarasan manusia,” kata mereka.
Sehubungan itu mereka mendesak pihak berkuasa seperti
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang meluluskan permit, Pejabat Agama Islam
Daerah serta Jawatankuasa penduduk dapat bertindak sewajarnya sebelum perkara
tidak diingini berlaku.
“Penduduk mungkin tidak boleh menyekat dengan kekerasan
berhubung penjualan arak itu kerana undang-undang penguatkuasaannya tidak
jelas. Jadi pihak berkuasa sekurang-kurangnya boleh menasihatkan pemilik supaya
tidak menjualnya secara terbuka”.
Penduduk menunjukkan arak yang dijual bersama barangan lain
No comments:
Post a Comment