Monday, August 27, 2018

Operasi orang hilang di Taman Negara: Tahniah Amal

SEKALUNG TAHNIAH DARI PAS PAHANG BUAT JABATAN AMAL PAHANG.

Sekalung tahniah buat Jabatan Amal Pahang/Jabatan Amal Kuantan kerana terlibat dalam misi penyelamat mencari mangsa hilang di hutan taman negara, Alhamdulillah mangsa telah dijumpai oleh pasukan penyelamat.

Sebelum ini anggota Amal sering terlibat didalam pelbagai bentuk kerja kebajikan dan misi penyelamat seperti gotong royong, bantuan banjir dan misi penyelamat mangsa lemas, ini adalah kali pertama terlibat dalam misi penyelamat mencari mangsa hilang di dalam hutan.


Moga-moga pengalaman meredah hutan sejauh hampir tiga kilometer, mendaki bukit, meredah selut dan bermalam di dalam hutan. Semoga pengalaman ini akan menguatkan lagi jati diri serta memantapkan dan melebarkan lagi gerak kerja kebajikan Jabatan Amal.

PAS Pahang sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Amal Pahang/Jabatan Amal Kuantan atas pengorbanan yang dicurahkan yang pastinya akan memberikan impak yang baik kepada perjuangan PAS.


USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang 
Adun Tanjung Lumpur

No comments:

Post a Comment