Friday, August 17, 2018

Atap tercabut akibat ribut di Batu 13 Chenor

Ribut kencang yang melanda daerah Maran lewat petang semalam telah menerbangkan atap serta kerosakan kepada tiga buah rumah terdiri daripada dua buah kedai dan sebuah pondok menjaga tanaman di Kampung Jengka Batu 13 di sini.

Mangsa yang terlibat ialah Muhamad Nasir Zakaria, Md Bakhri Osman dan Rohani Idris serta keluarga masing-masing.


Bagaimanapun semua mangsa yang ditemui, mengaku masih amat terkejut dan tergamam namun tetap melahirkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian yang pantas itu.


Adun Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak yang bergegas ke tempat kejadian pagi ini sambil melawat mangsa turut menghulurkan bantuan pantas kepada semua mangsa sebagai permulaan serta berjanji untuk membawa perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.

Fenomena taufan dan ribut yang berlaku dalam sebulan ini telah memusnahkan kediaman serta tanaman di beberapa lokasi dalam daerah-daerah  di Pahang.

Minggu lalu 20 buah rumah terjejas teruk akibat dilanda ribut  sehingga tercabut bumbung di Felda Sungai Retang, Kampung Lada dan di Taman Ria di Jerantut  dengan kerugian  kemusnahan dianggarkan mencecah RM100,000 keseluruhannya.


Sementara itu Ustaz Mujib turut mengingatkan bahawa sebagai hamba Allah kita pasrah dan tidak dapat mengelak dengan kejadian buruk yang berlaku namun seharusnya berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda setakat termampu.


No comments:

Post a Comment