Wednesday, August 29, 2018

Adun PAS tidak setuju projek ECRL dibatalkan

Projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link - ECRL) yang sedang menjadi ‘perang mulut’ antara BN dan kerajaan baharu PH terus menjadi perhatian umum.

Mengikut perjanjian dan persetujuan kerajaan terdahulu, ia dilaksanakan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd akan melibatkan kos kira-kira RM55 bilion  namun Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin berkata ia boleh mencecah RM66 bilion atau lebih tinggi jika ditambah fasa kedua projek mega tersebut.


Terbaharu, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed mengumumkan projek tersebut mungkin dibatalkan iaitu selepas kembali daripada lawatannya ke China.

Namun bagi Adun Damak Ustaz Zuridan Daud menyifatkan satu kerugian andai kata projek tersebut dibatalkan kerana ini sahaja peluang untuk mempercepatkan kepesatan sosio ekonomi dan mengurangkan jarak kemajuan antara Lembah Klang dengan Pantai Timur Semenanjung. Justeru katanya ia wajar diteruskan mememandangkan ia memberi manfaat kepada rakyat terutamanya di Pantai Timur.

Namun katanya, ia wajar diteruskan dan pada masa yang sama kerajaan boleh mencari alternatif lain antaranya pemaju lain dengan kos yang lebih efektif dan difikirkan munasabah.

“Saya melihat projek ini tetap memberikan manfaat dan tempias pembangunan kepada daerah-daerah lain yang tidak terlibat seperti Jerantut dan mneghala ke ulu Pahang,” katanya.

Projek tersebut meliputi 1,394.4 hektar tanah melibatkan 1,545 lot tanah menerusi jajaran sepanjang 232.5 kilometer merentasi daerah-daerah Bentong, Temerloh, Bera, Maran dan Kuantan malah juga melibatkan negeri-negeri Terengganu, Kelantan serta daerah Mersing di Johor.

Projek ECRL ini, secara peribadinya, saya lihat membawa makna besar kepada bukan sahaja sektor perdagangan kerana ia memudahkan pengangkutan dan pengalihan barangan di Semenanjung Malaysia sekaligus mengurangkan masa dan kos.

Ia juga bakal memanfaatkan penduduk luar bandar dari segi peluang perniagaan serta kemudahan perjalanan.

Tambahan kepada itu, projek ini memerlukan tenaga kerja yang ramai dan dianggarkan 45,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan secara langsung.

Landasan untuk Fasa 1 sahaja melibatkan laluan sepanjang 600.3 kilometer.

Difahamkan, kerja-kerja awalan bagi projek berkenaan telahpun berjalan namun dikatakan terganggu akibat pertukaran kerajaan di pusat.


Ustaz Zuridan (berdiri, dua kiri) dalam majlis penyembelihan korban di kawasannya baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment