Showing posts with label Berita Bergambar. Show all posts
Showing posts with label Berita Bergambar. Show all posts

Monday, October 1, 2018

Terkini.. jenazah Wan Amizan dijangka sampai di KLIA 6.45 am esok

Menurut kenyataan tersebut isteri Allahyarham Datin Sri dan anak-anak akan membawa jenazah pulang bersama  dengan menaiki pesawat pada jam 12 malam ini dan dijangka sampai di KLIA pada pukul 6.45 pagi esok bersamaan (2 Oktober).

Jenazah akan dibawa ke rumah ibunya di Felda Jengka 12 dan semua urusan jenazah akan dilaksanakan di masjid Jengka 12 selepas itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Jengka 12.

Monday, February 5, 2018

OKU lulus STAM

TEMERLOH: Seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) fizikal dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah berjaya mendapat keputusan jayyid (baik) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diumumkan baru-baru ini.

Muhammad Syakib Arsalan Khairil dari Kampung Batu Satu di sini lulus semua mata pelajaran yang diambilnya dan layak memohon melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam.

Menyentuh rancangan masa depannyanya, anak ketiga daripada lima beradik itu berazam untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminatinya iaitu teknologi maklumat atau pendidikan.

“Saya sedar kurang kudrat tidak seperti kawan-kawan lain untuk bersaing tapi saya akan cuba semampu mungkin. Tapi seperti kata orang, hidup ini adalah perjuangan dan perlukan pengorbanan, katanya.

Syakib disahkan menghidap congenital fibertype disproportion off myopathy (sejenis penyakit berkaitan otot) serupa dengan abang sulungnya (OKU terlantar) Muhammad Badiuzzaman.

Abangnya Muhammad Badiuzzaman yang juga lulusan STAM, kini berada di tahun tiga PJJ di Open University Malaysia (OUM) dalam bidang TESL.

Sementara itu 42 calon telah menduduki peperiksaan STAM (2017) di Khairiah dan lima daripadanya mendapat keputusan tertinggi iaitu mumtaz, 10 jayyid jiddan, 11 jayyid, lima maqbul dan 11 gagal.

Tuesday, October 17, 2017

Amal adakan kursus hadapi banjir

TEMERLOH: Seramai 70 peserta melibatkan anggota Unit Amal dari seluruh Malaysia mengikuti pendedahan asas Boatman Basic Training & Water Confident 2017 anjuran Jabatan Amal Pahang.

Kursus intensif yang pertama kali ini bertujuan untuk melatih ahli-ahli dari sayap PAS itu bagi memenuhi persediaan menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku hujung tahun ini.

Program sehari itu diadakan di Dataran Patin, Kuala Semantan di sini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Amal Malaysia Mohd Nazree Mohd Aris.

Peserta didedahkan melalui taklimat teori mengenai keperluan dalam kerja-kerja menyelamat oleh sebuah konsultan penyelamat yang berpengalaman.

Mereka kemudiannya ditunjukkan secara praktikal di Sungai Pahang dan Sungai Semantan.

Komandan Amal Temerloh Mohd Shukri Osman berkata, Unit Amal sudah sinonim dan dikenali masyarakat dalam kerja-kerja kebajikan termasuk ketika menangani bencana.

“Dengan pendedahan berguna daripada jurulatih-jurulatih berpengalaman ini dapatlah anggota kami membuat persediaan yang lebih rapi lagi menghadapi musim tengkujuh dan banjir.

“Pengalaman banjir besar 2014 mengajar kami untuk lebih bersedia,” katanya.

Sementara itu rata-rata yang ditemui menyatakan rasa puas hati dan ilmu baharu yang didedahkan.



Wednesday, July 3, 2013

HIMPUNAN MUSLIMAT PAS PAHANG, 30 JUN


Laporan SAL

Perasmian Program dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan dirasmikan oleh Ketua Muslimat PAS Pusat Yb Ustazah Pn Zailah Mohd Yusoff. Beliau menyarankan agar muslimat komited dengan tugas dan tuntutan serta bijak dalam pengurusan masa. Selain itu juga, isteri isteri YB juga perlu aktif dalam program kebajikan dan rakyat supaya dapat memberi impak yang positif kepada parti dan jamaah.

Program himpunan ini juga turut mendapat kupasan dan penerangan yang cukup baik dari Yb Ustaz Nasrudin Hasan, merangkap Ketua Pemuda PAS Pusat. Beliau membentangkan berkenaan ‘Tarbiah, Dakwah & Siasah yang berterusan’ dalam himpunan berkenaan.

Majlis penutupan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang iaitu Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Besar harapan beliau agar muslimat dapat menarik golongan wanita terutama dikalangan warga felda untuk memberi kepercayaan kepada PAS.

Program ini berjaya menghimpunkan seramai 450 orang peserta dari seluruh negeri Pahang. Diharapkan agar diperingkat kawasan dapat melaksanakan program yang sama agar fikrah yang jelas dapat disampaikan kepada ahli-ahli yang lain.

Wednesday, January 2, 2013

Biskut telinga cap Adnan laris!

Bungkusan biskut berbentuk telinga dihiasi gambar Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob yang diedarkan secara percuma oleh kumpulan anti-Lynas yang berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Kuantan Isnin lalu, mendapat sambutan hangat dan laris.

Mereka berhenti di beberapa lokasi seperti Bukit Tinggi, Bentong, Karak dan Mentakab untuk mengedarkannya kepada orang ramai.

Anggota rombongan Lee Chean Cheung berkata, biasanya di beberapa tempat mereka berhenti dan mengedarkan biskut, ia mendapat permintaan melebihi stok yang sehingga terpaksa dijimatkan.

Biskut telinga ialah satu bentuk respons kepada cabaran Adnan yang berkata sanggup dipotong telinganya dan terjun Sungai Pahang, jika DAP menang di Bentong.

Isu Adnan sanggup dipotong telinga hangat diperkatakan apabila beliau menyebut ‘tawaran’ itu kepada pemberita semasa Perhimpunan Umno di PWTC.

Adnan ialah Ketua Umno Bahagian Bentong. Beliau merupakan Adun Pelangai.


Tuesday, December 4, 2012

"Gunting telinga Nan"

Tuan Ibrahim menunjukkan lambang ‘gunting’ sebagai respons kepada cabaran Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob yang sanggup dipotong telinga jika DAP menang di Bentong.

Bagaimanapun 'tawaran' Adnan itu dianggap sebagai satu cabaran oleh Pakatan Rakyat, kata Tuan Ibrahim dalam sidang media tengahari tadi di pejabat PAS Pahang, Temerloh.

PR mensasarkan kehadiran 40,000 rakyat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP) pada 9 Disember ini di Kerdau.

Katanya, komitmen ini penting bagi merealisasikan perubahan rakyat di negeri ini ke arah pemerintahan yang lebih baik dan membela rakyat.

Turut hadir Ketua PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Tengku Puji serta pimpinan negeri ketiga-tiga parti.

Monday, November 26, 2012

Makan durian, main ular di pesta Dun Lanchang

Sambutan hari MTD Lanchang semalam disambut meriah.

Program yang diadakan sejak awal pagi di Darul Ansar, Chempaka tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai.

Program diisi dengan program motivasi, pesta makan durian dan pertunjukan permainan ular oleh Abu Zarin, pakar yang dijemput dari Kuantan pada sebelah petangnya.

Kanak-kanak merupakan golongan paling gembira walaupun hujan tidak henti-henti, apabila diberi peluang mengusap ular tedong yang paling bisa di Asia Tenggara. Gula-gula turut disediakan.

Orang dewasa pula kelihatan asyik membaham durian dan rambutan.

Pada sebelah malamnya pula diadakan ceramah perdana. Penceramahnya ialah Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Baling Datuk Taib Azzamuddin dan Yang Dipertua PAS Temerloh Hj Jusoh Darus.



~ OKU sempat bergambar dengan memeluk ular bersama urusetia program.



Wednesday, November 21, 2012

Anti Lynas bergerak dari Bentong

BENTONG: Kumpulan Hijau Anti Lynas yang berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan untuk ke Dataran Merdeka dan parlimen, hari ini meneruskan perjalanan sejauh kira-kira 12 kilometer lagi dari bandar ini ke Kolam Air Panas, jalan Kuala Lumpur lama.

Ini bermakna hanya tinggal kurang lebih 45 kilometer sahaja lagi dalam masa empat hari, untuk mencapai sasaran.

Rombongan asal 100 orang itu memulakan perjalanan pagi Selasa dari Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, sebelum berhenti dan bermalam di beberapa lokasi iaitu Gambang, Sri Jaya, Maran, Mentakab, Lanchang, Karak dan Bentong.

Jumlah mereka bertambah sehingga 200 ke 400 orang apabila tiba di beberapa perhentian dengan disertai penduduk setempat.

Perjalanan tersebut dianjurkan oleh beberapa buah pertubuhan (NGO) anti Lynas berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan 8 November lalu yang menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) sekali gus memutuskan kilang tersebut dibenarkan beroperasi di Gebeng.

Menurut pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck, yang mengetuai kempen berjalan kaki itu berharap, kempen akan berlangsung selama 10 ke 13 hari dengan sasaran jarak perjalanan ditetapkan sekitar 30 kilometer sehari untuk sampai ke Dataran Merdeka pada 25 November ini.

“Kami mendapat sokongan padu sepanjang perjalanan setakat ini termasuk disediakan makan minum, penginapan dan penyokong setempat yang sanggup memberi sokongan moral berjalan sama. Setiap malam dianjurkan ceramah dan forum anti Lynas.

“Pagi esok kami akan meneruskan berjalan kaki ke Karak dan lusa ke Bentong hinggalah sampai ke Dataran Merdeka dan bangunan parlimen untuk menyampaikan bantahan,” katanya.

Semalam mereka disambut di hadapan Masjid Ketari. Turut menyambut Yang Dipertua PAS Bentong Ustaz Hamid bahatim.

Turut menyertai kempen jalan kaki itu ialah NGO anti Rapid Pengerang, anti Sinida Raub, 12 orang Pribumi Sarawak yang membantah projek Hidroelektrik di negeri itu, ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH dan wakil dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang.

Dua belas ahli PAS Lanchang turut menyertai rombongan dari Lanchang ke Bentong.

GAMBAR

GAGAH... Peserta jalan kaki anti Lynas sedang berjalan kaki dari Karak ke Lanchang

Disambut meriah oleh penduduk Bentong di hadapan Masjid Ketari

Raja Bob dari PKR Temerloh bertugas mengawal lalu lintas

Ustaz Hamid yang menyambut rombongan anti Lynas, sedang ditemuramah oleh sebuah stesen televisyen



Monday, September 10, 2012

Nik Aziz, Mat Sabu di kenduri Tuan Ibrahim

BANDAR TUN RAZAK JENGKA: Lebih 5,000 orang mengunjungi majlis kenduri menyambut menantu Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka, di sini Sabtu lalu.

Antara kenamaan yang hadir ialah Mursyidul Am PAS yang juga Menteri besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hasan serta beberapa orang ahli jawatan kuasa PAS Pusat.

Turut hadir Adun Triang yang juga Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah, setiausaha beliau Choong Siew Onn (Adun Tras) serta pimpinan PAS, PKR dan DAP negeri serta penduduk setempat.

Anak sulung Tuan Ibrahim, Tuan Mohamad Badiuzzaman dan adiknya Tuan Mohamad Zakuan diijab kabulkan dengan pasangan masing-masing Nazirah Badruddin dan Illiya Nurul Iman minggu lalu di kediaman pengantin perempuan.Suasana hari raya Aidilfitri yang masih berbaki membuatkan majlis dikunjungi pelbagai bangsa dan tanpa batasan ideologi politik itu menjadi meriah disajikan hidangan gulai kawah yang enak dengan empat ekor lembu, seekor kerbau dan tiga ekor kambing ditumbangkan.


Sementara itu Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan hadir ke majlis tersebut.

Beliau kelihatan ceria dan teruja menerima menantu dua orang sekali gus meskipun tidak dapat menyembunyikan rasa penatnya, selepas hampir dua minggu bertungkus lumus bagi menjayakan majlis berkenaan.



1.Tuan Guru Nik Aziz diarak ketika sampai

2.Mohamad Sabu disambut petugas

3.Ada sesuatu yang menarik diperkatakan Nik Aziz kepada Tuan Ibrahim

4.Tuan Ibrahim (tengah) bersama tetamu jemputan yang hadir


Sunday, August 5, 2012

MTD Kuala Semantan terus sumbang kebajikan Ramadhan

TEMERLOH: Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Kuala Semantan meneruskan tradisinya mengagihkan sumbangan Ramadhan kepada insan yang kurang bernasib baik.

Semalam, sebanyak 75 orang miskin, anak yatim dan OKU menerima sumbangan di bilik operasi UPU Kampung Batu, dekat Batu Satu di sini.

Sumbangan berupa hamper dan wang tunai itu disampaikan oleh Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad. Selain sumbangan, UPU juga turut menaja majlis berbuka puasa bagi umum di Masjid Ubudiah, Batu Satu.

Turut hadir Pengarah MTD Ahmad Zubir Omar, Ketua UPU Firdaus, Setiausahanya Cikgu Sufian Sulaiman dan barisan AJK.

Bagi penerima, meskipun jumlahnya tidak sebanyak mana tetapi sudah cukup untuk mengukir senyum dalam menempuh ‘Aidil Fitri tidak lama lagi.

UPU Kampung Batu mengandungi lokaliti Kampung Batu Satu dan Bandar Baru. UPU tersebut tidak pernah kalah dalam pilihan raya umum (PRU) sejak 1999.




Tuesday, July 24, 2012

PAS, penduduk Jengka 16 baiki jalan sendiri

BANDAR TUN RAZAK JENGKA: PAS Kawasan Kuala Krau mengambil inisiatif bersama penduduk membaiki sendiri secara gotong-royong jalan di Blok C dalam Felda Jengka 16 di sini, setelah tidak diindahkan oleh pihak Felda.

Ketua Pemuda PAS Kuala Krau Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berkata, pihaknya terpaksa membantu penduduk membaiki jalan yang sudah lama rosak itu kerana menjadi laluan penting untuk pennduduk mengeluarkan hasil ladang serta urusan lain.

“Penduduk setempat sudah pun berjumpa dengan Pengurus Felda untuk mendapatkan peruntukan membaiki jalan yang dah lama rosak tetapi jawapan yang diterima amatlah menyedihkan kerana beliau menyatakan tanah ini tidak pernah digazetkan untuk buat jalan.

“Sedangkan lori-lori Felda mengguna dan melalui jalan ini bagi mengeluarkan getah hasil dari ladang. Yang peliknya jalan ini sendiri dibuat oleh Felda mula-mula dulu, tiba-tiba bila penduduk mohon untuk membaiki jalan yang telah rosak mereka katakan tanah ini tidak digazet,” katanya ketika ditemui semasa kerja gotong-royong.

Shahril berkata, beliau fikir pihak Felda enggan menghulur bantuan disebabkan markas PAS yang ada di situ yang sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti.

“Saya rasa itulah sebabnya mereka tidak meluluskan peruntukan untuk membaiki jalan ini.

“Ini membuatkan PAS dan pihak penduduk Jengka 16 sudah berusaha mengumpul dana sendiri dan hari ini sudah tiba masanya kita membaiki jalan sendiri. Mudah-mudahan semua kerja dilakukan mendapat perhatian masyarakat,” ujarnya.

Tambah Shahril, sudah sampai masanya rakyat menjatuhkan BN yang selalu melaungkan ‘rakyat didahulukan’, ‘janji ditepati’ dan berbagai slogan tetapi hanya sekadar retorik semata-mata.

Shahril berkata, bukan sahaja jalan dalam ladang bahkan jalan utama dari Kampung Awah ke Bandar Jengka juga dibiarkan pihak kerajaan sedangkan keadaan jalan yang sempit serta tebing bahu jalan yang tinggi menyebabkan kemalangan berlaku hampir setiap hari termasuk kemalangan maut.

Menurut Shahril, sudah bertimbun-timbun surat rayuan dan permohonan daripada pengguna-pengguna jalan raya tersebut yang mahu pihak berkuasa segera membesarkan jalan sepanjang kira-kira 40 kilometer itu kerana pada masa ini kenderaan semakin banyak terutama sejak siapnya Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang mana jalan keluar tol berada di Jengka 19.

“Jalan itu juga merupakan penghubung antara daerah-daerah Pahang Barat dengan Kuantan. Selain daripada kenderaan pengangkut hasil pertanian yang berulang-alik, Bandar Jengka sendiri sudah rancak dengan aktiviti perniagaan membuatkan banyak kereta keluar masuk ke sini Tetapi jalan tidak dilebarkan.

“Kita dengar janji demi janji terutama menjelang pilihan raya termasuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat ke Jengka dulu untuk melebarkan jalan tersebut, namun janji terus kekal tinggal janji,” katanya.


GAMBAR:
1.Penduduk bergotong-royong membaiki jalan di Jengka 16
2.Shahril Azman (empat, kanan) bersama penduduk semasa program membaiki jalan Jengka 16


Thursday, July 12, 2012

Berlegar merata tabur janji... tempat sendiri?

PEKAN: “Tidak ada istimewanya berada di kawasan Perdana Menteri (PM) kerana nasib kami penanam padi tidak pernah dibela,” demikian luah seorang penduduk Pahang Tua.

Md. Fadzir Bidin, 44, merupakan salah seorang daripada lebih 500 penanam padi di kampung Pahang Tua, Langgar dan Lamir di daerah ini yang pernah diisytiharkan sebagai Jelapang Padi Negeri Pahang dulu.

Projek seluas 1,226 ekar itu mendapat kerjasama Jabatan Pertanian Pahang, Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS).

Menurut Fadzir yang juga ketua blog Melur, para petani di tiga kampung berkenaan banyak kali terpaksa menanggung kerugian akibat hasil rosak, kerana masalah mesin jentuai (jentera penuai padi), yang tidak dihantar tepat pada masanya.

Katanya, urusan jentuai di bawah kendalian Pasfa namun sering kali menimbulkan masalah mengakibatkan hasil pendapatan petani merosot sehingga 50 peratus.

“Umpamanya pada musim lalu petani di Pahang Tua sahaja telah kerugian tidak kurang daripada RM84,000. Biasanya dalam satu ekar mereka dapat dua tan kalau jadi seperti ini hasil pendapatan merosot sehingga 50 peratus.

“Masalah seperti ini bukannya baru tetapi sudah berlarutan sejak 10 tahun, kenapa jadi begini sehingga tidak membuat perkiraan awal membawa masuk mesin-mesin ini oleh Pasfa.

“Selain mesin sistem perairan juga menimbulkan banyak masalahtan juga banyak masalah, pembajakan tanah paya pula tidak sempurna di samping kelewatan barang subsidi seperti baja dan racun,” ujarnya ketika ditemui di sini.

Menurut Fadzir, selain sering membuat laporan kepada agensi berkenaan perkara tersebut juga sudah banyak kali diadukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Peramujaya namun tiada tindakan diambil. Mereka juga sudah menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Pekan namun masih tiada tindakan penyelesaian.


“Harapan kami kalau boleh Najib turun-turunlah dengar masalah petani di sini. Ini semua saudara mara waris dia belaka. Walaupun kami pengundi dia tapi nak mengadu secara langsung tak pernah dapat kerana banyak sangat birokrasi. Ketua kampung dan wakil rakyat juga tidak menyampaikan masalah kami dengan jujur.

“Masalah dibiar berlarutan seperti inilah yang membuatkan Najib hampir kalah dalam PRU 1999. Jadi eloklah Najib datang lunaskan slogan pemerintahannya iaitu Rakyat didahulukan, Janji ditepati dan YB turun padang,” tegasnya.

Seorang petani lagi, Wan Zulbazlan Wan Nasir, 38, berkata sudah tiga orang Menteri Pertanian yang datang ke kampung mereka iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Effandi Norwawi dan Datuk Seri Noh Omar lalu mengumumkan kawasan tersebut sebagai Jelapang Padi Negeri Pahang oleh Kementerian Pertanian dan kerajaan negeri Pahang sebagai Jelapang Padi negeri.


Katanya, kerajaan juga sudah mengumumkan suntikan sebanyak RM30 juta tetapi sehingga kini tidak nampak menguntungkan petani dan nasib mereka tidak berubah.

“Satu lot paya petani bersamaan dua ekar. Kos RM700 seekar jadi RM1,400. Harga padi RM1,150 setan. Pada masa ini petani sudah boleh mengusahakan padi dua kali setahun, jadi sepatutnya sudah boleh menjadi sumber pendapatan utama,” katanya.

Isrulnizam Yusof, 30, pula berkata mereka mengadu ialah untuk menjaga undi Najib juga sebab itu harap Najib selepas berlegar menabur janji seluruh negara, sesekali turunlah ke kampung asalnya menjenguk masalah penanam padi di sini biar jabatan kerajaan memberi perkhidmatan lebih baik.

Sumber: Harakahdaily


Monday, June 18, 2012

Akan 'ghuyub' Umno jika berterusan trend artis masuk PAS

Dengan hampir 20 kali takbir di sepanjang ceramahnya, menyatakan berharap akan bertemu jodoh dengan seorang ustaz dan meminta pendengar mendoakannya kekal menutup aurat hingga ke akhir hayat, membuatkan selebriti terkenal Abby Abadi mendapat tumpuan penuh daripada kira-kira 5,000 pendengar malam tadi.

Beliau yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri drama televisyen Gerak Khas, menyertai program Talk Show Malam Keinsafan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau malam tadi. Program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang.

Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran Pemuda PAS Pahang itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor. Sementara Penyelaras Dun Kerdau Ustaz Kamal Ashaari bertindak sebagai moderator.

Beliau yang juga bekas anggota kumpulan penyanyi Elite dan kini berstatus ibu tunggal itu menyertai trend baru artis menyebelahi PAS.

Ramai yang berkata, selebriti yang tinggal dalam Umno cuma Umi Hafilda sahaja.


Monday, May 14, 2012

PAS kecewa MPT turunkan bendera

PAS Kawasan Temerloh kesal dengan sikap Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang didakwa mengamalkan ‘double standard’ ketika menurunkan bendera PAS dan Umno di kawasan ini.

Bukan itu saja, MPT juga didakwa berlaku tidak adil iaitu memberikan ruang penerangan kepada partu Umnop dengan sebebas-bebasnya termasuk menyediakan tempat, khemah dan kerusi milik PBT itu.

Yang Dipertua PAS Temerloh Haji Jusoh Darus berkata, ini dapat dibuktikan apabila penceramah Umno seperti Dato’ Dr Hasan Ali, Dato’ Zulkifli Noordin, Zahid Mat Arip, Ummi Hafilda, Gobala dan lain-lain boleh berceramah dengan bebas di padang atau di dewan milik PBT itu.

“Tidak sepatutnya undang-undang penggunaan harta MPT hanya terpakai kepada pembangkang seperti PAS sedangkan bagi Umno dna BN boleh menggunakan hak awam itu dengan bebas,” katanya.

Dalam operasi menurunkan bendera malam minggu baru-baru ini, MPT didakwa telah menurunkan bendera PAS sedangkan bendera Umno (yang dipasang sejak sempena larian Umno) dibiarkan.

Sebelum ini bendera besar PAS yang dipasang di pucak pokok berhampiran dekat Taman Sri Semantan telah diturunkan MPT dengan alasannya pokok ini kepunyaan MPT. Sedangkan, dakwa ahli PAS, bendera Umno dan BN dibiarkan sahaja.

Manakala satu masa dulu Ceramah Bongkar Perdana anjuran Umno telah diadakan di belakang Petronas Taman Sri Semantan (Batu 3) dan kemudahan ceramah disediakan oleh MPT sendiri.

Bagi PAS, sikap membelakangkan keadilan ini tidak sepatutnya belaku kerana orang PAS juga merupakan pembayar cukai dan tidak sepatutnya dibezakan hak dengan Umno.


Bukankah negara ini demokrasi, kalau begitu cara pemikiran dan tindakannya oleh pihak berkuasa maka tidak adalah gunanya pendaftaran parti-parti pembangkang, kerana hanya kelompok Umno saja yang boleh menggunakan segala-galanya.

GAMBAR:
1. Bendera Umno dibiarkan, bendera PAS diturunkan
2. Bukti, MPT menyiapkan kemudahan untuk ceramah Umno
3. Bendera 'gergasi' PAS ini akhirnya diturunkan MPT




Tuesday, March 20, 2012

Memalukan, bagaimana kerajaan tempatan boleh disita?

Semalam tercipta satu sejarah yang tidak pernah terjadi dimana Majlis Daerah Jerantut (MDJ) nyaris disita kerana gagal membayar saman yang diputuskan mahkamah apabila kes dibawa ke Mahkamah Sesyen Temerloh oleh seorang kontraktor.

Perkara seperti ini tidak pernah belaku sebelum ini, melainkan biasanya majlis daerahlah menyita premis orang lain.

Pelik. MDJ merupakan PBT di bawah Kerajaan Pahang yang dipimpin oleh Umno BN. Ahli Majlisnya dipenuhi oleh orang-orang Umno yang sibuk berebut projek majlis.

Ini satu lagi membuktikan kerajaan Umno-BN bukannya pandai sangat memerintah, tetapi mereka mempunyai kuasa, itu saja. Kalau dibiarkan lagi puak-puak ini mentadbir, alamat jahanamlah!

Tuesday, January 10, 2012

Banner PAS diconteng

Ini tidak lain daripada kerja-kerja budak nakal Umno.

Banner PAS yang memaparkan tawaran Pakatan Rakyat di Seberang Temerloh telah diconteng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Inilah gambaran demokrasi negara ini di bawah bimbimham Umno!

Thursday, September 29, 2011

PKR lapor polis terhadap Umi Hafilda, Ketua Polis Lipis

KUANTAN: PKR Pahang kelmarin membuat dua laporan polis dan bantahan masing-masing terhadap Umi Hafilda Ali dan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintenden Abdul Razak Hassan berkaitan gangguan ceramah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lipis pada 25 November lalu.

Laporan polis dan bantahan tersebut dibuat oleh Pengarah Pilihanraya PKR Pahang Zaidi Ahmad, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi menyiasat dalang di sebalik gangguan terhadap ceramah Anwar sempena program rumah terbuka hari raya PKR Cabang Lipis di Budu, Benta itu.

Zaidi dalam sidang medianya selepas membuat laporan polis, berkata program jamuan raya dan ceramah itu telah diadakan bersebelahan Sekolah Menengah Panglima Garang Sultan Abdul Samad.

Namun katanya, pada tarikh, tempat dan masa yang sama beliau dapati satu majlis jamuan hari raya yang lain diadakan betul-betul di hadapan tapak jamuan PKR itu dengan hanya jalan raya sahaja yang memisahkan kedua-dua program..

“Menurut Superintendan Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Abdul Razak Hassan majlis itu adalah anjuran Adun Benta Datuk Mohd Sofi Abdul Razak dan penceramah jemputannya ialah Umi Hafilda Ali.

“Apa yang dikesalkan banyak pihak ialah sepanjang ceramah Umi Hafilda dari jam 10.40 hingga 12 malam beliau Umi Hafilda mengeluarkan kata-kata kesat, kasar, lucah dan memaki hamun.

“Di antara perkataan yang dijeritkan binatang dan bodoh. Beliau turut menengking dan mengherdik. Pada saya jeritan Umi Hafilda itu amat tidak sesuai disampaikan dalam majlis hari raya malah mana-mana majlis dan tempat sekalipun,” katanya.

Tambah Zaidi, ramai yang hadir menemui beliai pada malam itu dengan menyatakan rasa kesal dan malu dengan ceramah Umi Hafilda yang begitu nyata mengganggu ceramah Anwar.

Katanya, lebih kurang pukul 11.10 malam beliau mengambil keputusan bertemu dengan beberapa orang anggota polis menyatakan bantahan terhadap ceramah Umi Hafilda itu tetapi mereka memberitahu tidak ada kuasa kerana ketua polis daerah turut hadir mendengar ceramah berkenaan.

“Kemudian saya dibawa bertemu dengan Abdul Razak di kawasan sekolah yang sedang mendengar ceramah Umi Hafilda. Secara lisan beliau (Abdul Razak) mengaku memberi kebenaran program hari raya yang menjemput Umi Hafilda itu berhadapan program PKR itu.

“Beliau turut mengakui tiada permit diberikan kepada ceramah Hafilda malah menyedari ceramah tersebut sangat biadab, lucah, kasar, kesat dan bersifat provokasi. Beliau menunjukkan bukti SMS yang beliau menegur penganjur ceramah Umi Hafilda tetapi bimbang dimarah pihak penganjur sekiranya memberhentikan ceramah Umi Hafilda,” ujarnya.

Justreu beliau bagi pihak PKR negeri Pahang dan Cabang Lipis membuat laporan agar pihak polis yang dibayar gaji menggunakan wang rakyat dapat berkhidmat dengan profesional, tidak memihak, telus, jujur, amanah.

“Saya juga minta siasatan turut dibuat bagaimana Ketua polis Daerah Kuala Lipis membenarkan secara lisan tanpa permit Adun Benta mengadakan jamuan raya betul-betul berhadapan tapak program PKR sedangkan beliau sendiri, saya diberitahu tidak datang langsung ke majlis jamuan hari raya yang beliau sendiri anjurkan.

“Ini bermakna majlis tersebut semata-mata berniat untuk mengganggu program anjuran PKR. Siasatan juga mesti dibuat mengapa dibiarkan Umi Hafilda menyampaikan ceramah yang penuh kontroversi, provokasi dan amat memalukan terutama apabila didengari oleh kanak-kanak, wanita dan orang tua.

“Anehnya, Ketua Polis Lipis dan anggotanya hadir walaupun menyorok dalam pagar sekolah mendengar dengan jelas ceramah Umi Hafilda yang sangat memalukan itu tanpa mengambil apa-apa tindakan,” katanya.

Tambahnya lagi, Abdul Razak tidak menggunakan kuasanya sebagai ketua polis daerah untuk memberhentikan ceramah sedangkan beliau mengakui dan menyedari ceramah Umi Hafilda kasar, lucah dan bersifat provokasi sehingga boleh menimbulkan susana tegang dan boleh mencetuskan kemarahan.

Bahkan, katanya, pihak polis seolah-oleh masih membenarkan Umi Hafilda meneruskan ceramah maki hamunnya itu walaupun polis tidak mengeluarkan permit ceramah.

“Justeru saya memohon satu siasatan teliti adakah Superintenden Abdul Razak dipengaruhi oleh Umno dan BN bagi membenar dan membiarkan ceramah Umi Hafilda diadakan. Atau adakah Abdul Razak menerima apa-apa imbuhan dalam apa jua bentuk daripada Umno, BN atau
menerima apa-apa ugutan sehingga sanggup membenar dan membiarkan ceramah Umi Hafilda itu diteruskan.

“Di atas pengalaman lalu saya berhadapan dengan halangan dan kekangan daripada pihak polis untuk mendapatkan permit. Apabila ceramah saja tanpa permit maka tanpa berlengah pihak polis akan datang menghentikan ceramah tersebut. Tetapi ceramah Umi Hafilda tanpa permit anjuran Mohd Sofi dari Umno bukan sahaja tidak dihalang dan tidak dihentikan malah dihadiri dan didengari sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kuala Lipis.

“Secara tegasnya saya meminta pihak polis menyiasat aduan ini dengan profesional, tidak memihak dan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang melakukan kesalahan dalam perkara ini tanpa mengira fahaman politik, kedudukan pangkat atau darjat,” tegasnya.

Dalam pada itu, Zaidi ketika ditanya yakin dalang di sebalik penganjuran ceramah Umi Hafilda itu ialah pemimpin-pemimpin Umno yang begitu terdesak hingga sanggup berbuat apa saja termasuk memanggil Umi Hafilda berceramah dengan memperkudakan pihak polis memberi laluan ceramah itu diadakan.

Baginya, tindakan Umno itu menunjukkan mereka sendiri sudah tidak mempunyai pengaruh untuk memanggil rakyat menghadiri majlis yang mereka anjurkan.

“Ini bermakna rakyat termasuk orang Melayu di kampung-kampung sudah mula menolak pemimpin Umno yang rasuah. Pemimpin Umno sudah hilang kredibiliti diri dan saya yakin mereka akan ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“Dengan menganjurkan ceramah Umi Hafilda itu, pemimpin Umno sendiri itu meletakkan diri mereka sebagai golongan pemimpin yang haprak dan mengamalkan politik bankrap kerana itulah sebenarnya kualiti yang ada pada mereka semua,” katanya.

Tambah Zaidi, mereka sudah tidak mampu berfikir dengan waras dan budiman lantaran sudah hilang pertimbangan sebagai pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat untuk mentadbir negeri dan negara.

Tuesday, August 9, 2011

Satu lagi projek Pak Pandir Umno-BN

Pelik tetapi benar. Terdapat satu projek kerajaan iaitu membaiki jalan Kampung Bukit Lada , Mukit Bukit Segumpal, Maran.

Projek yang sedang menjadi bahan ketawa penduduk itu ialah penaburan tanah merah di bahu jalan bagi menggantikan batu kuari.

Biasanya di zaman moden ini kantraktor menabur batu dan tar untuk jalan masuk kampung. Sebaliknya yang berlaku dalam Dun Chenor ini pula ialah batu crusher run yang sudah ditabur di bahu jalan sejak tiga tahun lalu itu, dikorek balik dan dibuang lalu diganti dengan tanah merah!

Pelik? Kalau tak percaya datanglah ke Kampung Bukit Lada sekarang, projek sedang berjalan!

Bahkan projek jalan JKR sejauh kira-kira dua kilometer di kampung itu sudah siap ditanam rumput di kiri kanan jalan. Tetapi dengan datangnya projek Pak Pandir ini, tanaman rumput pun habis dibuang digantikan dengan tanah merah.

Menurut sumber, projek yang hampir sama juga terdapat di jalan masuk Kampung Embun dan Chenor.

Pelik? Jika tak percaya datanglah sendiri ke kawasan Dato’ Tan Aminuddin Ishak ini!

Bagi orang kampung, projek Pak Pandir ini amat menyusah dan menyiksakan mereka kerana sekarang ini mereka terpaksa ‘makan debu’ dan bila sampai hujan nanti mereka terpaksa ‘main ski’ dalam selut atas lebu.

Barangkali kerajaan Umno-BN ini sudah kering idea bagaimana untuk memajukan sesebuah kampung, lalu dicuba stail pembangunan mundur ke belakang!


Thursday, July 21, 2011

Takpe, pakai baju “kotor” tak kena tangkap

Mangsa tangkapan polis kerana memakai baju kuning “Bersih” Peguam Mohd Fadzli Ramly dan Abdul Manaf Md Hassan tampil dengan memakai baju t-berwarna kuning dengan logo “Kotor 13.0” di Mahkamah Sesyen Kuantan semalam.

Kedua-duanya didakwa memiliki pakaian yang tertera tulisan Bersih 2.0 di markas PAS Kampung Mentara, Rompin, kira-kira jam 10.50 malam, 2 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.


Kedua-dua dikenakan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Kedua-dua mangsa tangkapan diwakili peguam, Hon Kai Ping dan Hisham Ramzan.

Perbicaraan kes ini semalam mendapat perhatian luar biasa dengan kehadiran ramai peguam tempatan dan dari luar. Terdapat ramai juga siswazah dari kuliah undang-undang universiti yang hadir.

Wednesday, July 20, 2011

Badrul dakwa dibelasah 20 orang polis


Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19, mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu.

Katanya semasa perjalanan pulang menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain kira-kira pukul 4.30 petang selepas perhimpunan bersurai, beliau dibelasah ketika melalui tangga menara OCBC Bank. Beliau juga diheret hingga ke Dataran DBKL.