Monday, October 1, 2018

Terkini.. jenazah Wan Amizan dijangka sampai di KLIA 6.45 am esok

Menurut kenyataan tersebut isteri Allahyarham Datin Sri dan anak-anak akan membawa jenazah pulang bersama  dengan menaiki pesawat pada jam 12 malam ini dan dijangka sampai di KLIA pada pukul 6.45 pagi esok bersamaan (2 Oktober).

Jenazah akan dibawa ke rumah ibunya di Felda Jengka 12 dan semua urusan jenazah akan dilaksanakan di masjid Jengka 12 selepas itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Jengka 12.


Kenyataan sebelum ini menyebut jenazah Dato' Sri Wan Amizan dijangka tiba petang ini jam 5.30 petang dI KLIA.

Allahyarham disahkan menghembus nafas terakhir kira-kira jam 6.30 semalam waktu Malaysia di Colombo, Sri Lanka ketika mendapatkan rawatan pelbagai penyakit yang dihidapinya 

No comments:

Post a Comment