Tuesday, January 15, 2019

Laungan Allahuakbar iringi permasyhuran Sultan Pahang

Mencipta sejarah. Kalimah suci Allahuakbar akan berkemundang di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini sempena Permasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang ke-6 hari ini.

Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ahmad Shah berkata kalimah Allahuakbar akan dilaung sebanyak enam kali diiringi daulat Tuanku sebanyak tiga kali.


“Laungan Allahuakbar adalah di atas permintaan baginda Sultan Abdullah sendiri yang akan diiringi laungan daulat tuanku,” katanya kepada media.

Negeri Pahang bakal memperolehi sultan dan juga pemerintah baharu negeri ini dalam tempoh 45 tahun.

Pada majlis berkenaan seramai kira-kira 1,500 tetamu akan hadir ke Istana Abu Bakar terdiri daripada kerabat, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua kampung seluruh Pahang.

Sementara itu menurut Setiausaha Sulit baginda, gelaran rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Ke-6 ialah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.


No comments:

Post a Comment