Wednesday, January 23, 2019

Pemandu dah beritahu tapi timbalan menteri berdegil, ambil kunci kenderaan

Kes panas seorang timbalan menteri DAP yang didakwa bertindak samseng dengan ‘menyerang’ petugas BN pada kempen PRK Cameron Highlands,  menerima berita dan perkembangan baharu.

Kini ditularkan pula surat laporan polis oleh pemandu kenderaan Jabatan Hutan Raub memaklumkan bahawa beliau (pemandu berkenaan) sudahpun memberitahu timbalan menteri berkenaan Tengku Zulpuri Shah bahawa kenderaan Jabatan Hutan Raub tidak boleh digunakan untuk tujuan kempen.


Namun Ahli Parlimen Raub daripada DAP itu berdegil, dan terus meminta kunci dan mengarahkan pembantunya memandu kenderaan tersebut. 

Sementara itu, satu pihak mengesahkan ada permohonan daripada pihak kementerian melalui ketua pengarah kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan diluluskan oleh Pengarah Jabatan Hutan menggunakan kenderaan bagi kerja-kerja amal.

Namun kenderaan tersebut jelas digunakan untuk tujuan berkempen untuk PH sehingga menggantungkan lambang parti dan ditahan oleh petugas BN.

Kisah penggunaan kenderaan jabatan kerajaan itulah yang tular baru-baru ini sehingga membuatkan timbalan menteri berkenaan ‘naik minyak’ dan datang ke penempatan petugas BN.

Kerana penggunaan kenderaan tersebut kenderaan tersebut ditarik balik oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

No comments:

Post a Comment