Sunday, January 20, 2019

Kenderaan milik kerajaan diguna PH berkempen ditarik balik

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak mengarahkan kereta-kereta jabatan kerajaan negeri ini yang digunakan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam kempen PRK Cameron Highlands yang sedang berlangsung sekarang, ditarik serta merta.

Beliau mengeluarkan kenyataan demikian selepas katanya, dihubungi bertalu-talu oleh pelbagai pihak yang tidak senang dengan gelagat pemimpin-pemimpin kerajaan pusat dengan sewenang-wenangnya menggunakan aset kerajaan terutama menteri-menteri dan timbalannya.

Antara yang amat menjolok mata itu ialah kenderaan pacuan empat roda milik Pejabat Hutan Daerah Raub yang terang-terangan dilekatkan lambang parti PH.

"Saya dihujani pertanyaan daripada netizen tentang kenapa kenderaan milik kerajaan negeri Pahang digunakan untuk berkempen dan dilekatkan lambang parti.

"Suka saya jelaskan bahawa jabatan berkenaan dibenar meminjamkan kereta berkenaan kepada satu kementerian bagi kegunaan rasmi seorang timbalan menteri.

"Walau bagaimanapun, selepas dilekatkan lambang satu parti, saya telah mengarahkan supaya kenderaan tersebut diambil semula serta-merta," demikian kenyataan beliau dipetik.

Sementara itu rata-rata memuji memuji tindakan Sallehuddin namun kesal dengan SPR yang seolah-olah menutup mata. Walhal, tambah mereka, tindakan tersebut terang-terang menyalahi akta pilihan raya.

Yang lainnya pula, ada yang hairan dengan gelagat pembesar PH yang dulu kononnya mengutuk perkara yang sama ketika zaman BN. Namun setelah berkuasa, bertindak lebih jelik daripada kerajaan sebelum itu.

No comments:

Post a Comment