Thursday, January 17, 2019

PRK CH: PH pecah undi Melayu melalui calon bebas?

Rata-rata penduduk sekitar Felda Sungai Koyan dan Lipis mengsyaki calon bebas yang bertanding dalam PRK P.078 Cameron Highlands merupakan orang Pakatan Harapan (PH) yang dimasukkan bagi memecahkan undi Melayu dalam pemilihan berkenaan.

Calon yang dimaksudkan ialah Sallehudin Ab Talib.


Kata mereka, Sallehudin pada PRU Mei lepas sebenarnya telah bersedia untuk bertanding di atas tiket Parti Amanah Negara (Pan) di salah satu kerusi di Lipis. Namun apabila ada calon Bersatu yang mewakili PH, maka beliau tidak jadi bertanding.

Kata mereka lagi, tidak terdengar pula berlaku sengketa antara Sallehudin dengan PH, mahupun komponen PH sendiri mengancam calon tersebut diambil tindakan kerana bertindak menentang PH (DAP) pada PRK ini.

Mereka berpendapat, PH terpaksa meletakkan proksi Melayu bagi memecahkan undi terutama dalam Dun Jelai kerana calon rasmi mereka M. Manogaran berbangsa India.

Berdasarkan komposisi kaum Melayu sebanyak 33.44 peratus, Cina (28.42 peratus), India (14.42 peratus) dan lain-lain (kebanyakannya Orang Asli), 23.67 peratus.

No comments:

Post a Comment