Monday, December 16, 2019

Banjir di Pahang libatkan 1,000 di PPS

Setakat pagi ini seramai 1,003 orang mangsa banjir khususnya di Rompin yang membabitkan 256 keluarga dan ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sementara itu hujan lebat sejak dua hari lalu turut menyebabkan 19 mangsa dari tiga keluarga di Kampung Paya Luas, Temerloh dipindahkan ke Dewan Belia kampung berkenaan.


Dalam pada itu Jabatan Meteologi Malaysia petang semalam telah mengeluarkan satu amaran berkaitan hujan yang sangat lebat di daerah Rompin serta pantai Timur Johor yang akan berterusan sehingga Selasa.

Amaran turut dikeluarkan bagi hujan lebat peringkat waspada bagi daerah-daerah Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora juga memungkinkan situasi bahaya kepada bot-bot kecil nelayan daripada menjalankan aktiviti menangkap ikan di tengah laut.

No comments:

Post a Comment