Wednesday, October 9, 2019

PAS Temerloh ziarah umah hangus di Felda Lakum


Kemalangan bukan dipinta, namun kita sebagai hamba takdir tidak mampu dielakkan.

Demikian insiden kebakaran telah berlaku pada hari Ahad kira-kira jam tiga petang di mana telah membakar rentung sebuah rumah di Felda Lakum, Lanchang, Pahang.


Mangsa yang terlibat ialah Mohd Taufik b. Abu Jamil (suami), Siti Nor Bt Su (isteri) dan tiga anak lelaki iaitu Syamil 8 Tahun, Syahil 6 tahun dan Naufal 2 tahun.


PAS Kawasan Temerloh melalui Lajnah Kebaikan bergegas menziarahi keluarga mangsa di Felda Lakum bagi menyampaikan sedikit sumbangan di atas ujian kebakaran tersebut.

Ziarah yang turut dihadiri Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, Hasan Omar turut meninjau keadaan rumah tersebut dan menasihati mereka supaya bersabar di atas dugaan ini.

Kepada mereka yang ingin turut menyumbang, boleh terus ke sana atau boleh dihantar terus ke pejabat PAS Kawasan Temerloh di Taman Temerloh Jaya @ bank in ke akaun BIMB, PAS Kawasan Temerloh 06028010003454.



No comments:

Post a Comment