Thursday, October 3, 2019

Kakitangan pejabat PAS Pusat meninggal dunia

Berita duka. Seorang kakitangan di Pejabat Agung PAS, Abdullah Atan, dilaporkan baharu saha ja meninggal dunia sebentar tadi selepas terlibat kemalangan berhampiran Jalan Duta.

Ketika berita menyedihkan ini dimuatnaik, jenazah beliau masih berada di hospital.

Allahyarham banyak berjasa terutama meningkatkan aplikasi dan sistem IT di dalam PAS.

Berikut ialah mesej berkaitan yang diterima:

Assalamualaikum WBT,

Berita yang memilukan, sahabat seperjuangan kita Encik Abdullah bin Atan (Staff Pejabat Agung) telah disahkan sudah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan maut di kawasan berhampiran Tol Jalan Duta beberapa jam tadi.

Jenazah berada di Hospital Sungai Buloh, dan dijangka dikebumikan selepas waktu Asar nanti.

إن لله أخذ وله ما أعطى
وكل عنده بأجل مسمى
فلتصبر ولتحتسب

Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampungnya di Kuang Selangor, selepas Solat Jumaat hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu (surirumah) dan 5 orang anak. 

Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment