Tuesday, October 29, 2019

PAS Pahang sokong cadangan PM buka kedutaan Palestin di Jordan

PAS Pahang menyokong cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Malaysia yang akan membuka kedutaan untuk Palestin di Jordan.

Pesuruhjayanya, Ustaz Rosli Abdul Jabar dalam satu kenyataan media, bahawa dunia telah menyaksikan ketidakadilan yang menimpa rakyat Palestin sejak sekian lama sehingga menanggung sengsara kesan daripada kekejaman rejim Israel.

“Ketiadakadilan keatas rakyat Palestin juga dilihat apabila bukan sahaja negara mereka diserang malahan tanah mereka dirampas dengan sewenang-wenangnya dan lebih sukar lagi apabila negara-negara kuasa besar dunia memberikan bantuan kepada Israel agar rakyat Palestin tidak dapat menuntut kembali hak mereka.


“Kezaliman ini berterusan sehingga menjadikan Israel semakin bermaharajalela menghentam rakyat Palestin, sehingga ribuan rakyat Palestin telah terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak kesan dari kekejaman dan kejahatan Israel.

“Lebih mengecewakan, ada pula negara-negara umat Islam sendiri hanya berpeluk tubuh menyaksikan kekejaman Israel dan penderitaan rakyat Palestin. Mereka seperti tidak berperanan langsung untuk membantu rakyat Palestin, malahan ada yang menyokong ketika pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan oleh Israel.

“Kedutaan untuk Palestin yang dinyatakan oleh Tun Mahathir Muhamad yang akan dibuka dalam masa terdekat di Jordan, dilihat sebagai langkah untuk Malaysia dan rakyatnya dapat menyalurkan bantuan berterusan kepada rakyat Palestin,” jelasnya.

Perdana Menteri dalam ucap tamanya pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 di Baku, Azerbaijan memaklumkan bahawa Malaysia akan membuka kedutaan untuk Palestin bagi menyalurkan bantuan kepada negara itu.

Kedutaan untuk Palestin yang ditempatkan di Jordan itu bakal dibuka dalam masa terdekat.

“Saya yakin tindakan ini juga akan menjadi pencetus pula kepada negara-negara umat Islam yang lain untuk turut membuka kedutaan mereka bagi membela rakyat Palestin dan seterusnya berani untuk membela ketidakadilan terhadap rakyat Palestin.

“PAS Pahang mencucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia di atas keberanian beliau dan berharap hasrat ini segera dilaksanakan demi keadilan untuk rakyat Palestin.”

No comments:

Post a Comment