Tuesday, October 15, 2019

Suspek tangkapan LTTE bukan ahli DHPP

Suspek penyokong LTTE yang ditahan polis dan dikaitkan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), sebenarnya telahpun keluar daripada entiti tersebut.

Demikian respon Ketua DHPP N. Balasubramaniam kepada media.


Berikut adalah kenyataan beliau:

Status Keahlian DHPP Seorang Suspek Tangkapan LTTE

Pihak DHPP mengambil maklum berita yang mengatakan seorang ahli DHPP telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti LTTE.

Pihak kami telah melakukan semakan dan mendapati, individu yang dimaksudkan itu ada memohon untuk menyertai DHPP beberapa bulan sebelum PRU14, dan telah menghantar surat keluar parti selepas PRU14 pada 21 Mei 2018.

N. Balasubramaniam
Ketua DHPP
15 Oktober 2019

No comments:

Post a Comment