Thursday, May 31, 2018

Tabung derma dedah keadaan cemas pelabur


KUANTAN: Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) mewujudkan Tabung Harapan Malaysia untuk rakyat membantu membayar hutang di negara dijangka memberi kesan buruk kepada pelaburan negara.

Adun Panching, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, malah ia juga akan mendedahkan keadaan cemas kepada pelabur dan boleh menyebabkan kejatuhan saham di bursa saham sebagaimana pendedahan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan bahawa hutang negara mencecah RM1.08 trilion.

Menurutnya, kerajaan Harapan tidak sepatutnya tergopoh-gapah dalam perkara sebegini dan sepatutnya ia diselesaikan menerusi pengurusan yang baik memandangkan kerajaan sudah melantik penasihat ekonomi.


"Kerajaan sudah ada pakar ekonomi... Jadi  takkan la melalui idea pakar-pakar ekonomi ini cuma untuk mengadakan Tabung Harapan untuk mengutip duit daripada rakyat. Adakah kerajaan ini sudah hilang idea sedangkan negara kita memiliki hasil yang banyak dan bukan negara yang miskin...sepatutnya mereka menyediakan perancangan untuk menyelesaikan hutang-hutang ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

"Kerajaan juga perlu menunjukkan contoh dan perancangan kepada rakyat bahawa mereka adalah kerajaan yang mantap walaupun kerajaan yang lepas sudah meninggalkan hutang yang banyak menerusi pengurusan kewangan yang baik, sehingga mereka berjaya membayar hutang-hutang terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada program Shoping Raya Prihatin Rakyat, di Pasar raya Ten Ten, Taman Tas, hari ini.

Jelasnya, kerajaan baharu itu sepatutnya mengikut jejak langkah PAS di Kelantan mampu membayar hutang dengan urus tadbir kewangan dengan baik tanpa mewujudkan tabung yang boleh membebankan rakyat.

"Semua orang tahu pada ketika Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di Kelantan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu mengkritik PAS bahawa hanya boleh memerintah tiga bulan sahaja memandangkan beban hutang yang banyak. Tapi sehingga kini, PAS mampu mentadbir negeri itu dengan baik," katanya

Mohd Tarmizi yang merupakan Yang Dipertua PAS Paya Besar berkata, rakyat sudah terbaban dengan pelbagai cukai dan tidak sepatutnya membebankan mereka dengan kewujudan tabung terbabit.

Katanya, kerajaan sepatutnya mengambil sumbangan daripda sebahagian rakyat malaysia yang memiliki kekayaan luar biasanya untuk membantu menjelaskan hutang pemuitang ini, bukannya dari rakyat bawahan.

"Sumbangan itu perlu diambil dari orang-orang kaya, cukai-cukai simpanan daripada korporat, cukai pelaburan saham, orang-orang kaya mesti diambil untuk diambil kepada orang yang susah dan miskin.

"Tapi bagi PAS, kewujudan tabung ini sudah menunjukkan kegagalan kerajaan yang tidak menunjukkan pelan pembanguna ekonomi yang baik serta pelan pembayaran hutang pemuitang negara," katanya.

Sumber: Sinar Harian


No comments:

Post a Comment