Thursday, May 24, 2018

Selamat bertugas YB!



Kini lengkaplah pasukan baru bagi menggerak dan memacu kerajaan negeri Pahang, dua minggu selepas PRU 14.

Tidak seperti sesi yang lepas-lepas, pembentukan team Menteri Besar (MB) Pahang agak lewat sedikit kali ini. Ini berikutan kecundangnya kerajaan BN yang memerintah selama lebih 60 tahun di peringkat persekutuan dan keduanya pertukaran MB yang baharu.


Namun semalam semuanya selesai apabila Menteri Besar yang baru, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan portfolio kesemua lapan Ahli Exco, iaitu berkurangan dua daripada sesi lalu, yang mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 15 Mei lalu.

Kini, masanya bagi pasukan Wan Rosdy untuk bekerja dan melaksanakan manifesto dan tawaran yang dibuat semasa tempoh berkempen yang lalu. Meskipun begitu, umum menyedari bahawa sebahagian janji-janji tersebut sukar dilaksanakan berikutan kerajaan Pahang kini berstatus kerajaan pembangkang kerana kerajaan Pusat telah jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH).

Namun di Pahang BN masih mengekalkan kuasa dengan memenangi 25 kerusi Dun daripada 42. PAS pula memenangi 8 dan 9 lagi oleh PH (7 Dap, 2 PKR)

Begitupun, kini bukanlah masanya untuk berpolitiking dan bersengketa lagi dan hasrat rakyat yang mengundi calon dan mandat kerajaan dalam PRU lalu mestilah dihormati dan tanggungjawab mestilah ditunaikan. Untuk itu tidak salah rasanya kepimpinan baharu ini menjalin kerjasama dan permuafakatan dengan wakil-wakil rakyat daripada pembangkang demi untuk kemudahan dan keselesaan rakyat. Walaupun 17 wakil rakyat tersebut dilabelkan pembangkang, mereka juga membawa mandat pengundi yang mewakili kira-kira 1.5 juta rakyat negeri Pahang selaku pembayar cukai.

Berikut adalah senarai portfolio Menteri Besar dan barisan Exco Pahang:

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Menteri Besar)

- Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli

- Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Ekonomi

- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli

- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perladangan dan Bioteknologi

Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin

- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

- Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga

Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad

- Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan

Datuk Seri Norol Azali Sulaiman

- Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi

Datuk Seri Mohd Johari Husin

- Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan

Datuk Nazri Ngah

- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna

 Datuk Mohd. Fakharuddin Mohd. Arif

- Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia

Abdul Rahim Muda

- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

No comments:

Post a Comment