Sunday, May 27, 2018

Potongan 2% gaji suami

EPF 2% DARIPADA GAJI SUAMI MENAMBAH BEBAN RAKYAT DAN MENGUNTUNGKAN KAPITALIS. 

Oleh: Zaharudin Muhammad Al-Faqeeh. 

Saya sangka KWSP untuk suri rumah 100% daripada kerajaan tetapi rupanya 2% adalah daripada gaji suami. 

A : Jika 2% dipotong daripada gaji suami disamping persen yang telah sedia dipotong sebelum ini, maka: 

Saya harap kerajaan lebih perihatin kepada kepada nasib rakyat yang terpaksa bayar cukai yang tinggi dan ditambah lagi dipaksa potong itu dan potong ini sehingga menipiskan kadar mampu belanja rakyat. Tabung atas, KWSP, PNB, 1MDB dan lain-lainnya dah tak tahu nak melabur kat mana dah, sampai ke oversea dan lain-lain. Tapi tabung bawah (baca poket rakyat), nak membeli pun tak cukup. Lembah Klang pendapatan bawah RM5,000 dianggap sebagai tidak mengcukupi. Kalau gaji RM5,000, dipotong KWSP wajib lagi, pelbagai cukai lagi, tol, tambah potong KWSP baru pulak untuk suri rumah, maka semakin nipislah poket rakyat. Bila pencen, nilai dan kuasa beli wang tersebut mungkin sudah tidak sama dengan nilai dan kuasa beli waktu mereka membayar.  


Cara seperti ini merugikan wang kerajaan (bayar RM50 persuri rumah) dan wang suami (ditambah 2% lagi tak boleh dibelajakan) dan paling untung ialah kapitalis yang menerima pelaburan daripada KWSP. Bukan rugi wang kerajaan akibat bagi kat suri rumah, tapi merugikan wang kerajaan akibat bagi lagi dan lagi kepada kapitalis atas nama pelaburan sebelum suri rumah dapat masa pencen. 

Manifesto PAS ialah RM2,000 direct digunakan oleh suri rumah atau modal perniagaan suri rumah untuk berniaga dari rumah seperti berniaga online dan lain-lain. Bagi saya, selangkah demi selangkah orakan yang dibuat oleh PH mahupun BN, ianya tetap menguntungkan kapitalis, bayarannya tetap ditanggung oleh kerajaan (baca oleh rakyat). 

B : Jika 2% daripada cabutan KWSP sedia ada, maka tiada perkara baru melainkan RM50 daripada wang kerajaan. Maka isu yang berbangkit ialah, sebelum wang itu layak diserahkan kepada suri rumah, maka RM50 ini lebih dikecapi nikmatnya oleh kapitalis-kapitalis penerima pelaburan sebagaimana yang saya terangkan sebelum-sebelum ni. 

Maka sekali lagi saya tegaskan bahawa, tawaran PAS untuk RM2,000 diberikan secara langsung kepada suri rumah adalah lebih baik kepada suri rumah dan memangkinkan ekonomi negara dari segi peningkatan kuasa beli rakyat bawahan. 

Sekian.

Untuk memahami lebih hakikat disebelik peraih untung sebenar disebalik sistem ini, sila rujuk tulisan saya sebelum ini tentang bagaimana rakyat terbeban dan kuasa beli mereka semakin menguncup: 

https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1210569635640136&id=312456128784829

https://web.facebook.com/Zaharudin-Muhammad-312456128784829/publishing_tools/?section=PUBLISHED_POSTS&sort[0]=published_time_descending

https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1217017964995303&id=312456128784829

https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=796350070395430&id=312456128784829

Rujuk berita asal: 

https://www.msn.com/en-my/news/other/wan-azizah-housewives-will-get-2-per-cent-epf-from-husband-rm50-from-govt/ar-AAxJ8t6?ocid=spartandhp

No comments:

Post a Comment