Tuesday, April 16, 2019

Dr Maza sifatkan Kerajaan PH bagaikan kera mendapat bunga

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang sebelum ini dikatakan cenderung kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH), kini sudah mula mengkritik gabungan tersebut.

Utusan online yang memetik kenyataan beliau di Arau pada Isnin, Asri seolah-olah memberi gambaran kelemahan kerajaan Pakatan apabila melabelkan kerajaan kini bagaikan 'kera mendapat bunga'.


Katanya, peribahasa itu bermaksud seseorang yang tidak tahu menghargai ataupun menggunakan dengan cara betul, apa yang dia perolehi.

Beliau berkata, hal demikian juga terjadi apabila seseorang itu mendapat kuasa tetapi tidak tahu bagaimana cara dan disiplin yang sepatutnya dilakukan dengan kuasa tersebut.

“Kuasa diberikan untuk membaiki keadaan rakyat agar lebih baik dan membela yang lemah.

“Malang jika ada yang mendapat kuasa untuk menunjuk-nunjukkan kuasa. Maka kenalah perumpamaan Melayu ‘bagai kera mendapat bunga’ dan ‘bagaikan si kudung mendapat cincin’,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Meskipun tidak menamakan kepada siapa status tersebut ditujukan namun dipercayai merujuk kepada kegagalan kerajaan PH selepas hampir setahun mentadbir negara.

Mohd. Asri ketika mengulas prestasi kerajaan PH sebelum ini turut mengakui kecewa dan menyifatkan mereka gagal menjalankan tanggungjawab serta tugas dengan baik, sekali gus turut mengecewakan rakyat yang menaruh harapan tinggi terhadap kerajaan baharu itu.

Dalam kenyataan beliau pada 3 April lalu itu, Mohd. Asri juga tidak menolak kemungkinan jika sekiranya para pemimpin PH tidak berubah khususnya dalam soal perebutan jawatan sesama sendiri, mereka bakal menjadi kerajaan sepenggal.

“Saya sejujurnya berharap kepada urus tadbir negara yang baik dan saya tahu hasrat itu ada, tetapi saya rasa mereka tidak berkemampuan untuk melakukannya atas banyak faktor seperti calon-calon yang memang kurang pengalaman dan pertembungan dalaman sesama sendiri.

“Oleh itu, agenda perubahan yang kita harapkan itu tidak diberikan perhatian,” katanya. -

No comments:

Post a Comment