Tuesday, April 2, 2019

Menteri jangan sampai dilihat derhaka

Oleh ROSLAN SMS

Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan telah melantik Husam Musa pemimpin PAN Kelantan yang ditolak rakyat Kelantan dalam PRU lalu sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu atau KADA yang baru.

Surat perlantikan yang ditandatangani Menteri Pertanian pun telah viral.


Kerajaan berhak melantik sesiapa sahaja tetapi biarlah berkelayakan dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

KADA ditubuhkan melalui Akta 69 , Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972. Dan seksyen 5 Akta berkenaan menggariskan keahlian Lembaga KADA.

Seksyen 5(2) menyebut semua ahli lembaga dilantik oleh Menteri kecuali Pengerusi. Pengerusi kata seksyen berkenaan hendaklah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

Aneh dalam surat perlantikkan Pengerusi KADA yang baru Menteri menyebut perlantikkan dibuat melalui kuasa yang diberikan kepadanya.

Sejak bila kuasa Agong berpindah pada Menteri?

Jangan sampai dilihat durhaka kerana terlalu ghairah menjalankan kuasa Menteri.

Pohon diperjelas.

No comments:

Post a Comment