Tuesday, April 23, 2019

Menteri lemah bukan persepsi, Salahuddin

Penafian Salahuddin Ayub bahawa menteri-menteri kerajaan PH lemah hanya persepsi, boleh dianggap sebagai Cuma menutup kelemahan sendiri.

Malah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menganggap ‘persepsi’ tersebut hanyalah dari orang luar tanpa data, kajian sahih dan tiada kajian emperikal.


Kenyataan Salahuddin dipetik akhbar Sinar Harian di bawah kolum Menjelang Setahun Kerajaan PH.

Apa yang hendak dikatakan persepsi orang luar sedangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri pernah mengaku bahawa beliau tidak berpuas hati dengan barisan kabinetnya.

Bahkan, mantan Naib Presiden PKR yang juga puteri Presiden PKR Nurul Izzah sendiri meletakkan jawatan daripada PAC kerana kecewa dengan prestasi menteri-menteri.

Tambah menakjubkan, Mahathir sendiri selepas itu menyetujui bahawa kelemahan para menterinya memang benar.

Satu lagi, Salahuddin mungkin sudah duduk di atas tidak menyedari situasi rakyat di bawah. Paling senang,beliau sendiri sepatutnya memasang ejen tanpa perlu protokol menyelami kehidupan rakyat bawahan di mana nasib mereka sekarang sejak berkerajaan baharu setahun lalu.

Tidak ada salahnya mendengar keluhan dan rungutan petani, yang kebetulan di bawah jaga kementeriannya, yang kebetulan meliputi masyarakat Melayu dan bumiputeri teramai.

Salahuddin yang dulunya bergelumang dengan politik Islam sudah tentu pernah dengan kisah Sayidina Umar AlKhatab yang keluar malam memeriksa, menyantuni serta mendengar sendiri rintihan rakyat bawahannya.

Dengan hasil komiditi yang terendah berbanding kos sara hidup yang terlampau tinggi di hadapi rakyat khususnya petani yang rata-ratanya orang Melayu, apa pelan penyelesaiannya? Apa tindakan kerajaan bagi mnegeluarkan para petani daripada putaran ganas kemiskinan?

Salahuddin yang sudah berada di kerusi empuk di atas sana seelok-eloknya mencari kayu ukur sendiri bagi menilai prestasi beliau serta rakan seangkatannya daripada mencabar orang luar membawakan bukti bagi menilai kelemahan barisan kabinet hari ini.

No comments:

Post a Comment