Oleh ARIS HAZLAN ISMAIL
Semoga Allah merahmati keluarga yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di
KM101 Kg Semat (Bt 13) Chenor pada jam 2.30 petang tadi.
Mangsa yang terbunuh ialah pemandu Myvi, Ustazah Norsuraya Binti Mohd Noor (30
tahun) dari Jengka 6 dan suaminya Musa
Bin Abdullah (31). Musa adalah aktivis PAS Jengka 4.
Bapa Suraya,
Mohd Noor Bin Che Mat (78) ahli PAS Jengka 6, ibunya Hashimah Binti
Ismail (66) dan anaknya Muhammad
Zulkarnain Bin Musa (3) turut kembali ke rahmatillah.
Seorang lagi anaknya,
Nur Quraitun Ain Binti Musa (5) cedera parah dan kini berada di Zon
Merah Hospital Temerloh.
Kesemua yang terbunuh dikebumikan malam ini di Jengka 6
kecuali Hashimah Ismail yg dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Kampung Sungai Kepong Lancang.
Pemandu Proton Iswara,
Mohd Yuszi Bin Yusof (46 tahun) aktivis PAS Kg Awah dan pemandu Hilux
Tan Cheng Keot (52 tahun) terselamat
walaupun kenderaan mereka rosak teruk.
Agak menyedihkan,
adik Nur Quraitun Ain yang baru berusia 5 tahun kehilangan ibu, ayah,
adik, datuk dan neneknya sekali
gus. Beliau kini sebatang kara.
Semoga Allah merahmati semua yang terkorban dan
memudahkan segala urusan mereka yang masih hidup.
No comments:
Post a Comment