Wednesday, April 24, 2019

17 orang Asli hilang di hutan Kuala Krau

Gambar hiasan


Dilaporkan seramai 17 Orang Asli dari perkampungan sekitar Kuala Krau, Temerloh hilang di Hutan Simpan Krau sejak empat hari yang lalu.

Menurut sumber, kesemua mereka masuk hutan difahamkan untuk mencari madu lebah dan hasil-hasil hutan di situ.


Pada ketika ini, pasukan bomba, polis, Jabtan Hutan serta orang kampung dikatakan sedang giat mencari.

Terdapat beberapa buah kampung Orang Asli di kawasan Peneras di mana jalan di situ boleh tembus hingga ke Ulu Cheka.

Sebarang perkembangan akan menyusul.

No comments:

Post a Comment