Friday, April 12, 2019

Boikot pasaraya Giant!



Orang ramai, lebih-lebih lagi ahli PAS, diseru memboikot pasaraya Giant berikutan penghinaan yang begitu nyata dilakukan pasaraya berkenaan terhadap sebuah parti yang memiliki lebih sejuta ahli di negara ini.

Pasaraya tersebut tanpa segan silu atau rasa bersalah, telah menjual alas kaki berlogo PAS, seolah-olah wang dan urusniaga penyokong dan pendokong PAS tidak bernilai langsung di mata pengurusan mereka lantas jika orang PAS tidak pergi ke situpun tidak mengapa bagi mereka.


Gambar tersebut mulai ditularkan mulai hari ini oleh pelanggan yang sensiti dengan penghinaan tersebut.

“Harap ahli PAS boikot pasaraya Giant, sanggupkah kita memajukan pasaraya yang menghina kita?, semoga ditularkan sebanyak mungkin”, tulis status berkenaan.

Penghinaan tersebut sudah tentulah tidak sesuai pada masa ini apatah lagi dalam suasana PAS dan Islam begitu banyak di serang oleh pemimpin DAP dan bukan Islam pada ketika ini.

Mungkin tindakan boikot tidak akan membawa apa-apa kerugian kepada mereka, namun itulah seringan-ringan tindakan bagi mengajar kumpulan yang bertindak kurang ajar!

2 comments:

  1. Pasaraya Giant di pusat bandar Kota Bharu telah maut...walaupun ada bangunan baru dan gah di Lembah Sireh, ia akan bersaing hebat dgn Tesco dll.. Semoga Giant makin nazak.

    ReplyDelete