Tuesday, April 9, 2019

Akhirnya UZAR akui pertukaran kerajaan sebabkan hibah TH terendah

Akhirnya pakar ekonomi Islam Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman mengakui hibah Tabung Haji (TH) yang terendah tahun ini adalah disebabkan pertukaran kerajaan PH yang dilihat tidak menentu.

Sebelum ini Dr Zaharuddin juga mengulas mengenai pengumuman hibah terendah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof, yang hingga kini masih diperdebatkan orang ramai kerana institusi tersebut merupakan satu-satunya milik umat Islam di negara ini.


Tun Carlos dalam status difacebooknya memuatnaik kenyataan daripada Ustaz Dr. Zaharuddin mengenai hibah tersebut:

"Pertukaran kerajaan dari BN kepada PH sememangnya menjadi salah satu faktor kesan kejatuhan saham di bursa yang seterusnya memberi impak kepada saham milikan TH.

Bagi saya itu hakikat dan ketidaktentuan halatuju kepimpinan PH dalam kabinet dan gelagat para Menteri tidak berpengalaman dalam menyuarakan pandangan turut menyumbang kepada kejatuhan serba sedikit.

Itu lumrah bagi pelaburan kerana sektor pelaburan tidak sukakan ketidaktentuan politik yang dibimbangi boleh membawa masalah ekonomi dan lingkupnya bisnes.

Saya juga setuju, kejatuhan harga sawit hasil boikot oleh Eropah turut menjadi sebab jatuhnya saham."

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Professor Adjung
Universiti Selangor
Presiden NGO MURSHID

No comments:

Post a Comment