Sunday, April 21, 2019

Pemuda jangka PRU15 pada 2021

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi menjangkakan pilihan raya umum (PRU) ke 15 berkemungkinan dilangsungkan awal iaitu sekitar 2021 serentak dgn pilhan raya negeri (PRN) Sarawak pada.

Berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pahang hari ini (21 April) di Dewan Tun Razak Temerloh, serentak dengan itu beliau menyeru saf pemuda agar bersiap sedia.


Beliau yang juga Adun Batu Buruk berkata, jangkaan PRU awal itu berikutan suasana kerajaan pusat sendiri yang tidak stabil antaranya disebabkan Perdana Menteri dari parti yang sedikit kerusi yang memungkinkan politiking berlaku di kalangan parti-parti dalam PH.

“Ini ditambah lagi dengan ketidakpuasan hati rakyat yang merasakan kehidupan semakin terhimpit berikutan kegagalan kerajaan PH melunaskankan janji,” katanya di hadapan kira-kira 400 perwakilan dan pemerhati yang hadir.

Ini merupakan julung-julung kali Pemuda merasai susana bermuktamar di dewan awam hasil politik BPMS dan kerjasama dengan pembangkang Umno.

Mengenai komen beberapa pemimpin PH yang menyalahkan PAS dan Umno yang dikatakan memainkan isu perkauman, beliau menolak pandangan terbabit kerana PAS bukan parti perkauman.

Malah, katanya, Ibnu Khaldun dalam kitab Muqaddimahnya menyebutkan, bangsa yang terkuat mestilah menjadi ketua.

“Bila kita sebut org Melayu mesti memimpin bukan bermakna kita menyalakan api perkauman. Kita tengok Orang Jepun tidak ambil orang Inggeris menjadi ketua, orang Peranchis juga tidak mengambil orang Inggeris sebagai ketua. Jadi adakah ini bermakna perkauman?”.

Tambahnya, mengenai kerjasama PAS dengan Umno hendaklah menguntungkan Islam tidak sama dengan sebuah parti yang kononnya ingin menggantikan PAS sebagai tapak Islam.

“Hari ini PAN menjadi terompah kayu kepada DAP. Mereka tidak ada matlamat yang jelas. PAS boleh memilih untuk bersama PH dulu untuk berada dalam kerajaan. Bagi PAS walaupun lambat mendapat kemenangan tetapi untuk mendapat redha Allah.

“Kerana PAS berbeza dengan parti-parti lain iaitu ahli-ahlinya walak dan siqah kpd pimpinan, meletakkan syura sebagai badan tertinggi dalam dan walak dan siqah kepad pendekatan yang dipilih”.

Mengenai kerjasama PAS dengan parti-parti lain sejak merdeka, Khalil berkata semuannya menguntungkan Islam.

Ketika negara menghadapi 13 Mei PAS menyertai BN. Sebagai kerjasama politik terbukti menguntungkn Islam antaranya seperti azan di televisyen, budaya kerja Islam dalam pentadbiran dan sebagainya.

“Seterusnya PAS bekerjasa dengan serpihan Umno iaitu Semangat 46 sehingga berjaya mengambil alih Kelantan. Dari situ berjaya  bawa enakmen hudud dan qisas sehingga dibahaskan oleh masyarakat umum.

“Lepas itu dengan Keadilan, DAP dan parti rakyat sehingga brrjaya menembusi sempadan dengan bukan Islam sehingga lahirnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“Sehinggalah keputusan pimpinan berpisah dengan Pakatan Rakyat. Dan hari ini PAS ambil keputusan bekerjasama dengan Umno. Walaupun PAS dan Umno bermusuh lama tetapi kita mesti mencari titik-titik pertemuan untuk Islam dan Melayu.

“Muafakat pembangkang ini mestilah menguntungkan Islam dan Melayu,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment