Setelah sebanyak 164 laporan polis dibuat
terhadap penghina biadab yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri di laman
sosial Facebook miliknya, seorang warga emas ditahan polis ditahan polis
semalam.
Bertindak atas maklumat, semalam sekitar jam 11. 30h suspek Wai Foo Sing, 68 tahun, telah
berjaya diberkas di rumahnya No. 25, Tmn Sri Layang, Mentakab, Pahang oleh pasukan
dari Mentakab.
Menurut laporan diterima, suspek telah mendedahkan
bahawa telefon bimbit yang digunakan untuk membuat posting Facebook menghina
Nabi Muhammad SAW ada disimpan di rumahnya.
Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan Polis
daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Pahat telah membuat rampasan sebuah
telefon bimbit jenama Xiomi bersama sekeping kad sim U-Mobile.
Soal siasat lanjut, suspek mengakui berkongsi artikel
berkaitan Nabi Muhammad SAW di akaun Facebook miliknya.
Tangkapan telah dibuat ke atas suspek berserta dengan
rampasan. Siasatan lanjut diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas
(USJT), D5, JSJ Bukit Aman (I.O USJT : Insp. Hanif) atas arahan KPP D5.
Tangkapan, barang rampasan & kertas siasatan akan
diserahkan kepada I.O USJT pada hari ini utk siasatan selanjutnya.
Status yang tular sejak beberapa hari lalu itu
menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh negara sehingga banyak laporan
polis dibuat agar tindakan diambil terhadap lelaki terbabit.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin
Mahmood berkata, lelaki terbabit ditahan berikutan laporan polis yang dibuat di
Batu Pahat, Johor di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi
dan Multimedia 1988.
Kemarahan umat Islam di negara ini memuncak apabila
pemilik Facebook yang mengunakan nama Foo Sing Wai memuat naik status bersama
sekeping gambar karikatur yang memaparkan gambar seorang lelaki dan kanak-kanak
tanpa pakaian.
Gambar lelaki berkenaan dilabelkan sebagai Nabi
Muhammad berusia 54 tahun manakala seorang kanak-kanak perempuan yang memegang
patung dilabelkan sebagai Aisyah berusia enam tahun.
Berikutan itu, difahamkan banyak laporan polis telah
dibuat di seluruh negara agar tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment