Friday, February 15, 2019

DAP terima dana asing: Pemuda Pahang lapor polis

YB Andansura bersama YB Mohd Zakhwan dikerumuni wartawan seusai
 laporan polis di IPD Kuantan dibuat
Pemuda PAS Negeri Pahang semalam membuat laporan polis di IPD Kuantan bagi mendesak agar satu siasatan dibuat terhadap DAP yang didakwa menerima dana asing khusus bagi menghadapi pilihan raya di negara ini.

Ini berikutan dakwaan dan pendedahan oleh beberapa individu yang berkaliber seperti Mohamad Razali Abdul Rahman selaku mantan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Hanif selaku mantan Pegawai TUDM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman selaku mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Daniel Twining selaku Presiden International Republican Institute (IRI).


Kesemua mereka mendakwa bahawa Parti DAP menerima sejumlah dana daripada pihak asing bagi membiayai parti mereka. Selaku parti yang berkuasa sekarang, ‘makan budi’ tersebut boleh ditafsirkan boleh mengundang campur tangan asing nantinya, jika tidak dikekang.

Sebagaimana siasatan dibuat terhadap dakwaan PAS menerima RM90 juta dari Umno, maka perkara yang sama juga perlu dibuat ke atas DAP, memandangkan dakwaan tersebut lebih serius lagi dan boleh menjejaskan integriti negara.

Sebelum ini PAS Pusat dan beberapa negeri telah membuat laporan yang serupa.

No comments:

Post a Comment