Apa yang berlaku sehari dua ini agak mengejutkan buat
saya dan saya mengambil pendirian berdiam diri sambil melayan kesibukan
perniagaan. Sehingga pada mala mini, selepas meneliti beberapa pembacaan dari
saudara Nik Abduh dan perbincangan Bersama beberapa rakan kepimpinan PAS, maka
saya rasa perlunya membuat penulisan ini untuk memberi penjelasan kepada ahli
PAS tentang apa yang berlaku dari sudut pandangan agama dan akademik.
Ini amat penting supaya ahli PAS lebih jelas tentang
proses political advancement dan problem solving dalam organisasi supaya tidak
mudah bertindak mengikut emosi akibat daripada sub conscious manipulation yang
aktif bergerak dalam media war terutamanya dalam politik.
COGNITIVE WARFARE (PERANG KOGNITIF)
Saya suka memetik kata Deric J. Holbrook “In the
information age, warfare has changed from kinetic to non-kinetic attacks. The
introduction of new tactics changes the characteristics of warfare. The
industrial age created super-elevated hard power, massed kinetics, and
extremely violent characteristics. The information age has introduced mostly
non-kinetic techniques to achieve strategic objectives.”
Amerika yang kita sedia maklum sebagai entiti kuasa
besar dunia amat terkenal dalam campurtangan politik sesebuah negara dan
penggunaan ketenteraan menjadi salah satu metodologi asas dalam kebanyakan
perang di Timur Tengah, Afrika dan Teluk. Walaubagaimanapun, kita dapat melihat
cara Amerika berubah daripada Military Warefare kepada Cognitive warfare dengan
kepesatan teknologi maklumat, media serta media sosial.
Pendedahan President IRI Daniel Twining tentang peranan
mereka menyokong pembangkang Malaysia termasuk menggunakan dana NED sebagai
satu isyarat jelas bahawa Malaysia turut terlibat dalam COGNITIVE WARFARE sejak
2002. Amerika meletakkan Malaysia sebagai target strategic berdasarkan
kedudukan Geografinya di Asia Tenggara sebagai negara yang amat perlu mempunyai
polisi politik Pro Amerika dalam peperangan US-China Economic Warfare.
Secara tidak langsung, parti politik utama di Malaysia
sebenarnya adalah Pasukan Tentera peperangan yang membawa panji masing-masing.
Samada mereka membawa panji Amerika, China atau Malaysia. PAS merupakan salah
satu pasukan tentera utama di arena politik Malaysia apabila menjadi salah satu
koalisi didalam PRU 14.
Cognitive Warfare bukanlah perkara baru. Nazi telah
menggunakan pada perang dunia kedua melalui unit propaganda mereka yang
diketuai Joseph Goebbels. Saya memetik kata-kata Joseph Goebbels “It would not
be impossible to prove with sufficient repetition and a psychological
understanding of the people concerned that a square is in fact a circle. They
are mere words, and words can be molded until they clothe ideas and disguise.”
Ia membawa maksud, penipuan yang diulang-ulang akan akhirnya menjadi satu
kebenaran. Pada asalnya, para sarjana tidak memahami fahaman Joseph sehingga
perkembangan ilmu psikologi dan neurosains, mereka telah menemui kebenaran
kata-kata Joseph dan fenomena ini dinamakan Illusory Truth Effect.
EVOLUSI PERANG SIBER
Era cyberwar telah lama bermula. Bezanya adalah
kemajuan teknologi kognitif yang digunakan dalam peperangan. Ketika sosial
media menjadi peranan penting menaikkan Presiden Obama, perang cyber turut juga
berlaku di Malaysia. Di saat itu, saya yakin anda dapat melihat orang kita
berperang menggunakan skandal seks sebagai senjata peperangan. Daripada seluar
dalam, coli, janda, liwat, bogel, cium segalanya menjadi grenad, peluru dan bom
pada ketika itu. Ia banyak didominasikan oleh tentera siber Barisan Nasional
pada ketika itu.
Kemudian setelah beberapa ketika, rakyat mula muak
dengan skandal seks. Malah pihak yang menggunakan skandal seks dalam kempen
politik dilihat tidak bermoral. Kita juga dapat melihat betapa ilmu dan
konsultasi dalam kognitif warfare ini merupakan satu advantage apabila Dato
Seri Najib mengupah sebuah syarikat pelobi berpengkalan di Israel, APCO
Worldwide menjadi penasihat komunikasi strategik negara. Ini memandangkan
cybertroops BN pada waktu itu dilihat ketandusan idea serta berlakunya
perpecahan serta peperangan sesama sendiri kerana ingin merebut tender
cybertroops yang sangat lumayan pada waktu itu. Penggantungan DSN kepada
cybertroop tempatan tidak lagi begitu ketara dengan adanya APCO Worldwide.
Sepertimana APCO Berjaya membersihkan nama Narendra Modhi,
Robert Mugabe dan beberapa dictator, DSN juga dapat diselamatkan dan sokongan
rakyat kepada BN meningkat semula. Saya tidak ingin berbicara tentang DSN.
Harus difahami, kita bukan hendak menghukum DSN sebagai diktator disini, tetapi
keadaan beliau pada waktu itu dengan kes Altantuya Sharibu serta beberapa
skandal lain hampir menamatkan riwayat politik beliau.
Apa yang perlu kita lihat ialah betapa Cognitive
Warfare bukan sekadar perang maki hamun di komen facebook. Ia adalah satu
proses peperangan era baru yang menggunakan persepsi sebagai senjata yang
ampuh. Persepsi mampu menjadikan seorang yang baik kepada jahat, dan yang jahat
menjadi baik.
PRU14 COGNITIVE WARFARE
Menjelang PRU14, Pakatan Rakyat telah berpecah
memperlihatkan PAS dikeluarkan dari pakatan ini. Bukan sekadar dikeluarkan
tetapi PAS telah dipecahkan sehingga terbentuknya Parti Amanah Negara (PAN)
yang mewar-warkan bahawa golongan professional dan progresif tidak lagi yakin
dengan kepimpinan ulama dan konvensional PAS dan perlunya ada sebuah parti baru
yang membawa nafas agama dengan lebih progresif.
Menjelang PRU14 juga, Barisan Nasional dilihat sunyi
dalam perang siber. Perang siber sangat panas dengan isu berkaitkan PAS
mengalahkan isu terhadap Barisan Nasional. Disaat itu saya dapat melihat ramai
kenalan yang terlibat dalam marketing menjadi tonggak dan leader serta bergerak
aktif di dalam PH menyerang PAS dan BN secara strategik dan teratur.
Orang PAS mungkin bingung apa hebat budak-budak
marketing ni? Ini kerana orang PAS banyak membaca kitab dan buku-buku agama.
Tidak ramai dikalangan anda mengenal buku tulisan Dale Carnegie, Brian Tracy,
James C Crimmins, Napoleon Hill, Jordan Belfort, Jeffry Gitomer dan Sonya
Hamlin yang mana buku-buku mereka ini menggarapkan teknologi kognitif dalam
komunikasi yang mampu mempengaruhi. Ini adalah buku-buku dan kitab suci
golongan marketing. Kerana itulah sungguhpun orang Islam ini mempunyai Al-Quran
dan kekuatan belief dalam non conscious, masih ada mampu dipengaruhi dengan
menggunakan sub conscious manipulation. Apa yang perlu dilakukan oleh golongan
ini adalah dengan menukar fokus mereka dari menjual produk, kepada menjual
idea. Ia adalah satu serangan ‘illusory truth effect’ secara besar-besaran yang
dikepalai sarjan-sarjan hebat yang mahir dalam Neurolinguistic menjadikan
Cognitive Warfare ini didominasi oleh PH dengan jayanya.
Jadi tidakkah orang PAS pelik mengapa tuduhan tanpa
bukti lebih mudah dipercayai sungguhpun anda mampu menggariskan hukum-hakam
yang jelas membuktikan bahawa itu adalah bibit fitnah. Terimalah hakikat orang
PAS tidak begitu mahir dalam cognitive warfare. Malahan ada orang PAS yang
mengambil pendirian neutral kerana tidak mampu menjawab lontaran logik yang
diketengahkan pejuang ‘illusory truth effect’ ni.
THE DEDAK 90 MILLION STORY
Apabila audio Nik Abduh itu disahkan sebagai suaranya,
saya secara peribadi agak terkilan mengapa beliau tidak sekadar mengaku
kesahihan audio itu setahun yg lalu. Ini kerana saya yakin ramai orang PAS akan
mampu menerima penjelasan bahawa wang UMNO yang diterima itu adalah bukan
rasuah dan bertujuan bagi menjalankan aktiviti. Hakikatnya bukan saja wang UMNO
diterima diperingkat kepimpinan. Ramai juga orang UMNO yang menghulur wang
ringgit kepada pasti dan program PAS. Anak cucu mereka ramai bersekolah di
PASTI.
Cuma setelah berdiskusi dengan beberapa rakan
kepimpinan PAS dan membaca penerangan Nik Abduh, saya mula faham tentang
perkara ini dengan jelas. Daripada kekecewaan terhadap sikap Nik Abduh
mengambil pendekatan menafikan atau dengan kata jahat BERBOHONG, saya melihat
ia merupakan satu strategi yang normal.
Dari sudut agama, saya telah dijelaskan mengenai
kepentingan menjaga kerahsiaan yang diberitahu dalam surah Al-Isra:34 dan juga
At -Tahrim:3 begitu juga hadith yang menerangkan bagaimana seorang itu adalah
munafik apabila mengkhianati sesuatu amanah sehingga dia meninggalkannya. Namun
bukankah berbohong itu juga adalah sifat orang munafik? Bagaimana ia boleh
menjadi sesuatu yang syarie?
Ibnu Syihab berkata, “Aku tidaklah mendengar sesuatu
yang diberi keringanan untuk berdusta di dalamnya kecuali pada tiga perkara,
“Peperangan, mendamaikan yang berselisih, dan perkataan suami pada istri atau
istri pada suami (dengan tujuan untuk membawa kebaikan rumah tangga).” (HR.
Bukhari no. 2692 dan Muslim no. 2605, lafazh Muslim).
Jelas apa yang berlaku adalah satu peperangan dan
pembohongan itu adalah salah satu yang dibenarkan syarak. Ini adalah kerana
sekiranya fitnah itu tidak dihentikan seberapa segera, kesannya akan lebih
parah kepada Jemaah pada waktu itu.
Saya juga menyelak Analisa Peperangan Nabi Muhammad
S.A.W. Analisa Strategi Peperangan dan Pertahanan oleh Ahmad Azan Ridzuan, Mohd
Juraimy Kadir, Hasan Al-Banna Mohamed, Aman Daima dari Fakulti Pengajian dan
Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia perkara 2.2
Strategi Menyerang dan Kejutan dimana dijelaskan Rasulullah SAW juga tidak lupa
dengan strategi serangan mengejutkan dan kesan kurang baik kepada psikologi
anggota tentera serta kekuatan musuh. Strategi kejutan atau memeranjatkan
bererti mencipta keadaan pada satu-satu tempat atau masa yang menyebabkan pihak
musuh tidak berupaya dan tidak bersedia untuk menlancarkan serangan balas.
Cerita dedak 90 juta menjadi senjata ampuh PH dalam
cognitive warfare PRU14 abgi memberikan persepsi bahawa PAS bukanlah satu parti
yang boleh dipercayai kerana bersekongkol dengan UMNO yang menjarah harta
rakyat. Malah persepsi dicipta bahawa barangkali pemimpin PAS juga dalam diam
bersekongkol menjarah duit rakyat dan berselindung disebalik kopiah dan serban.
Tidak ada jalan lain selain menggunakan Strategi
Menyerang dan Kejutan dengan mematikan segala fitnah yang besar secepat mungkin
bagi mengelakkan damage berlarutan. Alhamdulillah, PRU 14 PAS mampu menawan
Terengganu disamping mengekalkan Kelantan dan hampir memiliki Kedah.
DIA PEMBOHONG KE ATAU PEMBOHONG KENA ‘GAME’ DENGAN DIA?
Sungguhpun begitu, perkataan bohong ini agak alergik
dikalangan orang PAS. Kita faham dalam Jemaah ini, sifat orang munafik ini
bukanlah sifat kita. Namun tidakkah anda sedar kenyataan Nik Abduh pada Febuary
2018 sebenarnya tidak menafikan itu adalah suaranya, tetapi menafikan dakwaan.
Ini adalah kenyataan beliau
"Jawaban saya, dakwaan rakaman ucapan saya itu
adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya, malah juga secara langsung
dan sengaja ke atas parti PAS yang sejahtera daripada terlibat dalam perkara
yang diharamkan oleh Islam termasuk memakan rasuah politik UMNO atau membuntut
di ekor DAP.
Ia hanya sampah yang tidak layak dimakan kecuali oleh
pelahap fitnah seperti PAN dan sekutunya.
Saya menafikan sekeras-kerasnya, berdoa semoga Allah
menimpakan balasan segera ke atas para pelakunya kecuali mereka segera
bertaubat kepada-Nya.
Semoga Allah mengukuhkan kekuatan PAS dan pendukungnya,
dicintai rakyat Malaysia seluruhnya dan memimpin negara menuju kejayaan dan
kesejahteraan yang sebenar."
Dia pembohong ke atau Pembohong kena 'game' dengan dia?
Hakikatnya Nik Abduh tidak pernah menafikan itu adalah
suaranya tetapi menafikan DAKWAAN ke atas rakaman tersebut dan terus mematikan
kenyataan tanpa pengulasan lanjut.
Secara peribadi saya melihat ini sebagai satu strategi
yg agak wow. Sekiranya anda membaca buku “Subtle Art of Not Giving A Fuck”
dalam topik Danger of Pure Certainty dan Manson’s Law of Avoidance, ini adalah
satu perkara yang bijak. Apa yang cuba dilakukan dalam kebanyakan perang
cognitive adalah membawa individu untuk terus membalas sehingga membuat lebih
banyak kesilapan. Seterusnya kesilapan-kesilapan baru itu akan terus digunakan
sebagai peluru baru untuk memberikan kesan yang lebih parah.
Saya tidak pasti sama ada Nik Abduh membaca buku ini
atau tidak tetapi apa yang dilakukannya adalah seperti yang dijelaskan oleh
Mark Manson didalam buku tersebut. Hakikatnya Husam and the gang disinilah
sebenarnya yang kena game kerana mereka menyangkakan Nik Abduh akan jadi Mr
Bean dan mengakui audio tersebut adalah suaranya tetapi lain pula yang berlaku.
Lebih menarik, saman TGHH ke atas SR di London dan kemenangan dalam
interlokutori telah berjaya mengembalikan semula kepercayaan orang kepada PAS
untuk kekal istiqamah.
Lebih menarik, menurut Wan Rohimi Wan Daud, perangkap
baru dipasang dengan membawa pulang isu 90 juta ke Malaysia. Setelah Claire
menamakan Ambiga sebagai pemberi maklumat, PAS semakin mendapat peluru untuk
membuat serangan mengejut kerana selama ini orang tidak menyangka bahawa
tuduhan ini sebenarnya datang dari beliau. Bukan sahaja beban ini berada
dipundak Ambiga, Husam yang mendakwa mempunyai bukti juga masih belum mampu
memberikan bukti itu kepada SPRM. Rafizi pula diketawakan apabila menamakan
Nasharudin Mat Isa sebagai pemimpin. Pemimpin yang sebegitu hebat masih tak mampu
membezakan antara pemimpin PAS dan bekas pemimpin PAS yang dipecat. Lebih
menarik lagi apabila SPRM mengeluarkan kenyataan tiada bukti PAS menerima 90
juta. Checkmate.
APA MASALAH KITA ORANG PAS YANG SEBENAR?
Masalah kita orang PAS ialah ramai antara kita tidak
terdedah kepada apa yang telah saya jelaskan dengan Panjang lebar. Ramai antara
kita yang mahu istiqamah tetapi ramai juga antara kita yang mudah diusik
pertimbangannya. Hakikatnya orang PAS sukar dipengaruhi tetapi mereka tidak
perlu mempengaruhi sepernuhnya. Saya kongsikan sebuah quite dari Harry S Truman
“If you not convince them, confuse them”. Inilah yang mereka lakukan. Mereka
tidak perlu mempengaruhi anda sepenuhnya. Cukup untuk mereka mengelirukan anda.
Kelebihan kita umat Islam dalam Jemaah adalah wala. Be
proud to be WALAUN. Allah berfirman taatlah kamu Allah, taatlah kamu kepada
rasul dan taatlah kamu kepada pemimpin. Adakah Allah lebih bijak atau kamu yang
lebih bijak?
Kepada K40 dan yang sewaktu dengannya. Saya amat yakin
anda bukanlah Jebon. Mungkin cuma kurang periksa atau kurang arif. Saya yakin
anda sayangkan Jemaah. Namun tindakan yang telah dilakukan merupakan satu
tindakan yang GELOJOH.
Diharap dengan penulisan ini, anda perlu lebih memantapkan
lagi ilmu politik apabila berperang dimedan ini. Saya tidak diupah sesen pun
oleh PAS atau Nik Abduh untuk menulis artikel ini. Saya sayangkan Jemaah ini
dan mereka yang turut sama berjuang Bersama Jemaah. Kita tidak lari dari
melakukan kesilapan. Kita juga perlu mengajar pengikut Jemaah jangan mudah
menghukum sesuatu sekadar mengikut pertimbangan emosi kita. Al-Ilm Kan Nur Fil
Hidayah. Jadikan kesilapan lalu sebagai wadah mempelajari sesuatu.
Semoga Allah permudahkan kita, menerangkan hati kita,
mengeratkan ukhwah kita, agar dapat kita bersama-sama meranjaui onak duri dalam
perjuangan yang jelas penuh pancaroba ini.
(Tulisan ini dikutip dari satu grup whatsapp tanpa penulis meletakkan namanya)
No comments:
Post a Comment