Setelah satu demi satu syarikat-syarikat GLC dipecah dan ditumbangkan, selepas 9 bulan
kerajaan baharu PH memerintah, ‘kesejahteraan’ ekonomi legasi kerajaan BN dilihat
hari ini semuanya merudum.
Kini terbongkar pula satu tender penjualan properti
milik Telekom Malaysia (TM).
Tender tersebut didedahkan oleh seseorang yang mengaku
sebagai warga kerja TM dan menulis untuk ditujukan kepada bekas Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam rintihannya, beliau mendahului dengan
memperkenalkan dirinya merupakan staff Telekom Malaysia Berhad dan yang ingin
saya meluahkan mengenai kedudukan kewangan TM ketika ini agak menyedihkan
kerana polisi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang melaksanakan manifesto
"Penurunan Harga Jalur Lebar" secara mendadak.
Katanya, staff TM dikejutkan dengan iklan penjualan dua
buah bangunan utama milik TM.
“Terus terang saya cakap yang TM mencapai kejayaan yang
amat cemerlang di zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang
diterajui DS Najib.
“Kami staff TM menumpang kemewahan disebalik
kecemerlangan syarikat TM ni selama 9 tahun DS Najib menjadi Perdana Menteri.
“Projek UNIFI dilancarkan oleh TM dan Kerajaan Malaysia
(2008) telah memberi peluang pekerjaan kepada Bumiputera/Melayu Islam. Hampir
90% dari pekerja TM terdiri dari kaum ini.”
Tulisnya, namun begitu, ramai pekerja TM termakan
fitnah yang dilontarkan oleh PH. Seingatnya, hampir 80 % pekerja TM menyokong
PH sebelum PRU ke 14 yang lepas.
“Saya masih ingat lagi, bagaimana sambutan dingin oleh
pekerja TM semasa lawatan kerja DS Najib ke Menara TM pada 25 September 2017.
Sungguh menyedihkan.
“Saya mewakili staff TM berharap perkara ini dapat
sampaikan kepada DS Najib.”
No comments:
Post a Comment