Monday, February 18, 2019

Portfolio OKU, antara cabaran keyakinan dan keupayaan

Oleh FAISAL HAJI YUSOF

Hari ini melalui pengerusi Pertis Kelantan Mohd Nazri Nawi, kami kemukakan lagi cadangan agar diwujudkan suatu klaster khas di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yadim. Cadangan ini bukanlah suatu yang baru, bahkan ia telah kami suarakan sejak awal lagi.

Hatta, semasa di bawah pemerintahan Barisan Nasional BN, cadangan ini telah kami suarakan dan itulah pendirian kami hingga kini. Pelbagai riaksi atas cadangan ini tidaklah menjadikan kami untuk tetap dengan pendirian hinggalah ke suatu tahap ia dapat dirialisasikan.


Saya ketengahkan pandangan kami kenapa cadangan ini kami kemukakan. Matlamat kami kalua pun ia tidak terlaksana dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya cadangan ini mampu menjadi rujukan ke arah penambahbaikan dalam pembangunan sosio kehidupan OKU di Malaysia.

1. Sebagai sebuah antiti yang berorientasikan dakwah yang ditentukan perjalanannya oleh pimpinan politik yang menguasai kerajaan, pada pandangan kami, Yadim punyai peranan tersendiri dalam membina masyarakat umum dan golongan OKU berteraskan Islam. Sekurang-kurangnya, Yadim harus berperanan sebagai antara badan rujukan utama bagi pimpinan politik yang menguasai kerajaan. Dengan perkataan lain, Yadim tidak boleh sekadar menjadi pertubuhan seumpama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang melata di luar sana. Yadim harus mampu menjadi badan dakwah yang mampu digerakkan secara terancang dan teratur demi kepentingan Islam termasuklah bagi manfaat golongan OKU.

2. Dengan justifikasi sebagaimana di atas, kami meletakkan harapan agar Yadim mampu membantu pihak kerajaan bagi memastikan pembangunan sosio kehidupan OKU sesuai dengan kehendak Islam mampu diketengahkan. Ia bukanlah suatu yang mudah melainkan pelbagai cabaran perlu didepani ke arah merealisasikan impian ini.

3. Agenda pembangunan golongan OKU tidak lagi sesuai menjadi sub kepada mana-mana portfolio bagi memastikan focus kepada usaha yang ingin dilaksanakan tidak terlalu rencam. Saya akui ia tidaklah mudah. Namun, ia haruslah ada suatu keiltizaman untuk ianya dimulai.

4. Dengan bilangan OKU berdaftar mencecah 480,000 mengikut Sistem Maklumat OKU SMOKU kebangsaan, angaran 65% OKU muslim, ia adalah suatu angka yang sangat siknifikan. Tambahan pula dewasa ini cabaan sosio kehidupan OKU berhadapan dengan pelbagai cabaran yang kian kompleks. Justeru, usaha yang lebih terfokus dan terancang harus mampu dimulakan.


5. Cabaran hidup beragama adalah antara cabaran yang didepani golongan OKU pelbagai katagori yang sangat memerlukan perhatian oleh kerajaan melalui Yadim. Usaha yang benar-benar bersepadu dan rentas agensi harus menjadi pendekatan operasi.

Saya tidak menjangkan suatu jawapan tuntas dalam masa terdekat. Memadailah pandangan kami ini sedia dijadikan rujukan bagi kepentingan Islam dan golongan OKU pelbagai katagori. alQuran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias para ulama telah banyak mengenengahkan pandangan dan siri tauladan yang boleh dijadikan ikutan khusus dalam hal-ehwal OKU.

Mudahan catatan ringkas ini mampu menjadi titik mula buat pendokong Islam bagi mengorak langkah mengenengahkan kaedah Islam dalam pembangunan sosio kehidupan golongan OKU di Malaysia.

(Khudaim Islam)

No comments:

Post a Comment